Skip to main content
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dan rasa suka.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.
Sempena meraikan bulan Syawal iaitu bulan kemenangan selepas sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa, kami dari MySyarikat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Raikan kemenangan dengan saling bermaafan dan kuatkan jalinan silaturrahim. Semoga hari raya pada tahun ini disambut dengan penuh keceriaan.
Sempena menyambut bulan syawal yang mulia ini, warga kerja MySyarikat akan bercuti pada 21 April 2023 (Jumaat) sehingga 26 April 2023 (Rabu) dan akan kembali beroperasi pada 27 April 2023 (Khamis).
Walaupun warga kerja MySyarikat tidak beroperasi dalam tempoh ini, kami akan sedaya upaya untuk melayani sebarang pertanyaan atau permasalahan yang dihadapi oleh pihak pengguna dalam kadar yang segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan kami melalui e-mel di [email protected]