Salam Sejahtera kepada semua pengguna MySyarikat yang dihormati.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana terus bersama menggunakan MySyarikat bagi memudahkan serta efisienkan pengurusan HR di syarikat anda sepanjang tahun 2020.
Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana menjadikan kami antara syarikat permula teknologi (Start-up) HR yang berkembang pesat di Malaysia.
Kami sangat teruja untuk sentiasa menambahbaik Sistem MySyarikat untuk pengalaman yang berbeza bagi semua pengguna kami.
Sekilas Tahun 2020
Tahun 2020 merupakan antara tahun yang mencabar untuk ditempuhi sama ada anda seorang majikan mahupun pekerja terutama dalam pandemik Covid-19.
Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bulan Mac 2020, ramai majikan serta pekerja yang terpaksa berdepan dengan cara kerja norma baharu iaitu Bekerja Dari Rumah atau Work From Home. Kami di MySyarikat melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk menambah baik sistem MySyarikat dan pada bulan Jun 2020, kami telah melancarkan Aplikasi Pintar MySyarikat dengan penambahan fungsi e-Kehadiran.
Setakat hari ini, MySyarikat telah mencatatkan hampir 200,000 kehadiran dalam tempoh 6 bulan dilancarkan.
Selamat Datang 2021!
Kami teruja untuk terus bersama membantu pengurusan HR di syarikat anda. Terima kasih di atas segala sokongan dan cadangan daripada semua pengguna MySyarikat. Kami akan bekerja keras lagi pada 2021 untuk memberikan servis yang terbaik!
Kami doakan semoga perjalanan syarikat anda bagi Tahun 2021 lebih baik dan lancar serta terus berkembang maju.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Tahu Baru 2021.
Terima Kasih!