Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bulan Mac 2020, ramai majikan serta pekerja yang terpaksa berdepan dengan cara kerja norma baharu iaitu Bekerja Dari Rumah atau Work From Home. Kami di MySyarikat melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk menambah baik sistem MySyarikat dan pada bulan Jun 2020, kami telah melancarkan Aplikasi Pintar MySyarikat dengan penambahan fungsi e-Kehadiran.
Setakat hari ini, MySyarikat telah mencatatkan hampir 200,000 kehadiran dalam tempoh 6 bulan dilancarkan.