Seperti semua sedia maklum sekiranya terdapat masalah pekerjaan sama ada majikan tidak bayar gaji atau dipecat secara tidak adil (unfair dismissal), hak anda dilindungi dari sisi undang-undang melalui Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Bagi menegakkan hak anda ini sebarang aduan ataupun laporan boleh dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).
Oleh itu, artikel kali ini akan menerangkan cara untuk membuat aduan ke JTKSM dan JPP, hak pekerja dan majikan dan hak majikan untuk membuat laporan terhadap pekerja.
Fungsi JTSKM & JPP
Sebenarnya Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Pejabat Buruh atau Mahkamah Buruh ini adalah perkara yang sama. Istilahnya diguna pakai untuk merujuk kepada badan pengawal selia penguatkuasaan, perundangan dan pentadbiran pekerjaan di Malaysia.
Antara fungsi utama JTK ini adalah untuk,
- Menjaga kebajikan pekerja.
- Menguatkuasan undang-undang yang melindungi hak pekerja.
- Memastikan kepentingan pekerja dilindungi dan terpelihara.
- Mengawal selia perihal berkaitan masalah gaji
Sementara itu Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) pula memainkan peranan untuk mengawal selia dengan membantu memelihara perhubungan positif dan keharmonian di antara pekerja dan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja, dan majikan dan kesatuan sekerja.
Ini bermakna JPP berperanan untuk menyediakan perkhidmatan yang kondusif seperti:
- Pantau perkembangan dan aliran perhubungan perusahaan.
- Membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan Negara dan Dasar Buruh Negara.
- Selaraskan perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja dalam negara.
- Membantu menjadi perunding kolektif di antara kesatuan sekerja dan majikan.
- Memberi khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.
- Memberi khidmat rundingan damai untuk menyelesaikan pertikaian dan mendamaikan perhubungan.
- Kendalikan tuntutan kesatuan sekerja.
- Bantu pekerja selesaikan masalah yang berbangkit dari tindakan tidak adil majikan.
Kejap, JTK dan JPP ni bukan benda sama ke?
Jawapannya adalah tidak. JTK dan JPP adalah dua badan berbeza namun memainkan peranan yang sama iaitu mengawal selia dan menjaga hak-hak serta kepentingan pekerjaan di Malaysia.
Aduan Yang Boleh Dibuat Ke Pejabat Buruh
Macam yang dinyatakan di atas sebarang masalah berkaitan pekerjaan boleh diadukan ke JTK sementara untuk sebarang isu berkaitan perhubungan antara majikan dan pekerja boleh disalurkan ke JPP.
Antara contoh aduan yang boleh dibuat ke JTK dan yang paling banyak dilaporkan adalah seperti di bawah.
- Tunggakan gaji.
- Tunggakan komisen.
- Elaun cuti bersalin.
- Bayaran kerja lebih masa.
- Bayaran ganti rugi notis.
- Pampasan pemberhentian kerja
Tetapi suka diingatkan bahawa bukan pekerja sahaja yang boleh membuat aduan ke JTK. Pihak majikan juga memiliki hak untuk membuat aduan ke atas pekerja di Pejabat Buruh ini. Antara beberapa laporan yang sering dilaporkan majikan ke JTK adalah,
- Bayaran ganti rugi notis (tetapi untuk mereka yang bergaji lebih RM4,000 tidak dibenarkan untuk buat tuntutan seperti di bawah:
- Bayaran kerja lebih masa.
- Bayaran kerja hari rehat.
- Bayaran kerja pada cuti am.
- Elaun kerja shift.
- Faedah penamatan kerja.
Prosedur Laporan Ke Pejabat Buruh
Sama seperti mana-mana prosedur yang diamalkan untuk urusan rasmi lain, proses untuk membuat laporan ke Pejabat Buruh hampir sama. Tanpa mengira sama ada pekerja atay majikan, langkah membuat laporan adalah seperti berikut.
- Sediakan Dokumen Berkaitan – kumpulkan dan sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti kontrak kerja, surat perlantikan, slip gaji, notis penamatan kontrak dan sebagainya.
- Tulis Aduan ke Pejabat Buruh – penetapan pada Seksyen 70 Akta Kerja menggariskan bahawa sebarang aduan boleh dibuat secara bertulis dan diajukan ke Pejabat Buruh terdekat.
- Saman Dikeluarkan dan Tarikh Sebutan Ditetapkan – sebaik aduan diterima pihak Pejabat Buruh akan keluarkan tarikh bagi sebutan kes
- Sebutan Kes dan Perbincangan – sekirannya pertikaian gagal dicapai secara baik, maka kes akan di bawa ke perbicaraan dengan menetapkan tarikh baru.
- Perbicaraan Dijalankan – pada tahan ini kedua-dua pihak perlu melantik peguam, jika tiada pihak tersebut boleh mewakili diri sendiri untuk perbicaraan.
- Hujahan Bertulis – selepas perbicaraan dijalankan Pejabat Buruh akan meminta pihak terlibat atau peguam yang mewakili menyediakan Hujahan Bertulis.
- Keputusan Kes – sebaik penilaian dibuat Pejabat Buruh akan memberikan tarikh untuk membaca keputusan yang dibuat.
Kesimpulannya, hak untuk membuat laporan dan aduan ke JTK bukan hanya terletak pada pekerja sahaja tetapi majikan juga boleh membuat perkara yang sama. Apa yang paling penting sekali adalah mengenal pasti contoh masalah yang membolehkan anda untuk membuat aduan.
Suka untuk diingatkan bahawa prosedur yang dikongsikan ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Untuk dapatkan kemas kini terkini berkaitan prosuder berkaitan cara membuat aduan adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi JTK dan JPP.
Automasikan Pengurusan Pekerja Anda dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan pekerja anda boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi ditawarkan MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus gaji, pengurusan prestasi dan pengurusan tuntutan secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!