Skip to main content

Selain daripada potongan wajib pada gaji seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pekerja yang layak dikenakan cukai juga perlu membuat pembayaran cukai pendapatan setiap tahun. 

Menariknya kini pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan tahunan melalui potongan gaji dengan sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB) dalam talian (online), yang dikenali sebagai e-PCB.

e-PCB

Umumnya, PCB adalah sejenis potongan bulanan yang dikenakan pada gaji pekerja bagi membantu pembayar cukai yang layak membayar cukai secara ansuran. Ia adalah satu kemudahan diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan proses pembayaran cukai secara berperingkat.

Konsep PCB sebenarnya sama seperti potongan wajib lain, di mana pekerja yang layak dikenakan cukai boleh minta majikan untuk membuat satu potongan pada gaji bulanan untuk menjelaskan pembayaran cukai bagi tahun taksiran sebelumnya.

Pembayaran bagi PCB ini pula ditentukan dengan menggunakan kaedah pengiraan gaji komputer atau jadual e-PCB melalui e-CP39. Rujukan lanjut tentang jadual e-PCB boleh dibuat pada portal rasmi LHDN sendiri.

Berbalik kepada sistem e-PCB, ia merupakan satu kemudahan yang disediakan kepada majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian komputer untuk tujuan seperti berikut:

  • Menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
  • Mengira PCB setiap bulan
  • Memastikan PCB dikira dengan betul dan tepat
  • Mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian

Sebagai pengetahuan, CP38 merupakan potongan gaji yang diarahkan oleh LHDN kepada majikan untuk selesaikan baki cukai pekerja bagi tahun percukaian sebelumnya. CP38 biasanya digunakan untuk selesaikan cukai yang belum dibayar, sementara PCB pula untuk kurangkan bebanan bayaran cukai melalui potongan gaji.

Panduan Gunakan Sistem e-PCB

Sebelum masuk bahagian panduan menggunakan sistem e-PCB bagi tujuan membuat potongan gaji untuk menjelaskan pembayaran cukai, penting untuk mengambil tahu kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan LHDN berkaitan pembayaran cukai.

  • Sistem e-CP39 : kemudahan yang diperkenalkan untuk majikan menghantar data PCB pekerja dan membuat bayaran secara dalam talian
  • Sistem e-Data PCB : kemudahan untuk majikan menyemak format dan memuat naik fail CP39 secara atas talian 

Kini sudah tiba masa untuk dalami panduan atau langkah menggunakan sistem e-PCB LHDN. Suka diingatkan bahawa penerangan pada artikel ini adalah ringkasan sahaja, rujukan lanjut perlu dibuat pada manual pengguna di laman rasmi LHDN sendiri.

  1. Layari portal e-PCB
  2. Masukkan ID serta kata laluan
    1. Bagi majikan yang belum mendaftar, klik pada bahagian pengguna baru
    2. Isikan maklumat pendaftaran majikan dan tekan ‘Hantar’ 
  3. Pada laman utama selepas log masuk, pilih bahagian ‘PCB/CP38’ dan tekan ‘Kira PCB’ untuk buat pengiraan PCB pekerja
  4. Kemudian, pilih pekerja yang hendak dikira PCB mereka dan tekan ‘KIRA’
  5. Semak maklumat PCB pekerja kemudia tekan ‘KIRA & SIMPAN’
  6. Langkah seterusnya adalah untuk masukkan maklumat instrumen dan pilih cara pembayaran sama ada di kaunter atau FPX
  7. Selepas selesai mengisi maklumat, kemaskini maklumat pegawai penyedia dan pembayaran, tekan ‘Pengesahan’

Kesimpulannya, sistem e-PCB ini adalah satu bentuk kemudahan atas talian yang diperkenalkan LHDN bagi memudahkan para majikan membuat pembayaran PCB bagi pihak pekerja. Selain daripada memiliki fungsi pengiraan PCB secara automatik, ia juga menawarkan pelbagai fungsi lain termasuk kemudahan menyimpan rekod pekerja bagi yang tiada sistem penggajian komputer.

Sekali lagi diingatkan, pembayaran cukai adalah wajib dan kemudahan yang ditawarkan LHDN ini perlu dimanfaatkan oleh majikan dalam memastikan pekerja yang layak membayar cukai dapat menyelesaikan pembayaran mereka secara ansuran tan bebanan.

Bagi pekerja pula, sekiranya pendapatan yang diperolehi layak dikenakan cukai cepat-cepat menyelesaikannya dengan memaklumkan kepada majikan. Jika dibiarkan terkumpul, jumlah tunggakkan bayaran boleh menjadi tinggi dan perlu dibayar banyak dalam satu masa.

Jana EA Form Secara Automatik Untuk e-PCB Dengan MySyarikat

Adakah pendapatan yang diterima melayakkan anda untuk dikenakan cukai? Jika jawapannya ‘Ya’ anda perlu pantas membuat pemfailan cukai pendapatan dengan mendapatkan borang EA dari majikan sekarang! Dan MySyarikat ada fungsi untuk jana borang EA dengan mudah.

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply