Sejak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan garis panduan percukaian khusus bagi pendapatan pempengaruh media sosial, topik ‘cukai influencer’ semakin hangat diperkatakan di Malaysia. 

Pada asasnya tiada cukai baharu yang dikenakan sebaliknya, pendapatan influencer tertakluk kepada cukai pendapatan sedia ada, dan garis panduan terkini menjelaskan secara terperinci bahawa semua bentuk pendapatan yang diperolehi oleh influencer wajib diisytiharkan.

Apa Itu Cukai Influencer?

Cukai influencer merujuk kepada tanggungjawab percukaian ke atas pendapatan yang diperoleh oleh influencer atau pempengaruh digital melalui aktiviti mereka di media sosial. 

Menurut LHDN, walaupun pempengaruh tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan seperti pekerja bergaji, mereka masih perlu mendaftar fail cukai dan mematuhi undang-undang cukai sekalipun pendapatan mereka mungkin belum melepasi ambang minimum cukai. 

Secara amnya, pendapatan yang dijana melalui platform digital dianggap sebahagian daripada ekonomi digital dan golongan influencer mampu memperoleh pendapatan lumayan hasil tajaan dan promosi produk, justeru layak dikenakan cukai di bawah undang-undang sedia ada. 

Pengarah Besar Hasil Dalam Negeri mempunyai kuasa di bawah Seksyen 134A Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengeluarkan garis panduan sebegini, dan ia boleh dipinda atau ditarik balik mengikut keperluan semasa.

Garis Panduan LHDN Terkini

Pada Januari 2026, LHDN telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan cukai yang dikenakan atas influencer. Garis panduan ini memberikan panduan jelas tentang layanan cukai bagi individu yang menjana pendapatan melalui platform digital. 

Menurut garis panduan tersebut, influencer diwajibkan mengisytiharkan semua jenis pendapatan yang diterima hasil aktivitinya di media sosial termasuk, 

  • pendapatan tunai
  • tajaan produk
  • Hadiah
  • Baucar
  • pembayaran dari platform
  • Komisen
  • manfaat bernilai wang

LHDN menegaskan bahawa manfaat bukan tunai seperti produk percuma, perkhidmatan tajaan, baucar diskaun atau token digital sekalipun dianggap pendapatan bercukai berdasarkan nilai pasaran pemberian tersebut. 

Dengan kata lain, segala imbuhan yang mempunyai nilai monetari hasil pengaruh di media sosial mesti dilaporkan kepada LHDN. 

Kategori Influncer LHDN

Garis panduan ini turut mentakrifkan siapa itu ‘pempengaruh’ dari sudut percukaian. Seseorang individu tidak semestinya perlu berjuta pengikut untuk dianggap influencer tetapi sesiapa sahaja yang memperoleh pendapatan melalui kandungan digital, promosi berbayar atau apa jua pengaruh atas talian adalah dianggap menjalankan aktiviti perniagaan dan tertakluk kepada cukai. 

LHDN membahagikan pempengaruh kepada dua kategori utama, iaitu: 

  1. Influencer Individu (merangkumi tokoh dari pelbagai latar belakang seperti selebriti, ahli sukan, ahli politik, suri rumah, pelajar, content creator dan lain-lain)
  2. Influencer Berasaskan Objek/Watak (akaun yang berasaskan watak animasi, avatar fiksyen, maskot jenama dan sebagainya yang dikendalikan individu atau syarikat)

Kedua-dua kategori ini diwajibkan melapor pendapatan dan menerima layanan cukai yang sama. 

Garis panduan LHDN menerangkan secara terperinci bahawa pendapatan influencer boleh terhasil daripada pelbagai aktiviti, termasuk:

  • mencipta atau memuat naik kandungan (video, audio, tulisan)
  • menghadiri acara siaran langsung atau program online
  • menjalankan ulasan berbayar atau promosi berjenama
  • menjual produk sendiri atau hak penjenamaan digital

Jenis Pendapatan Influencer yang Dikenakan Cukai

Secara ringkasnya, apa jua bayaran atau imbuhan yang diperoleh melalui aktiviti seorang pempengaruh boleh dikenakan cukai sekiranya ia mempunyai nilai kewangan.Di bawah adalah disenaraikan jenis-jenis pendapatan influencer yang tertakluk kepada cukai pendapatan:

  • Pendapatan dari platform media sosial
    • Bayaran yang diterima terus daripada platform digital berdasarkan prestasi kandungan.
  • Bayaran ulasan berbayar & duta jenama
    • Pendapatan hasil kerjasama dengan jenama atau klien untuk membuat ulasan produk/servis, menjadi brand ambassador, atau mempromosikan jenama. 
    • Ini merangkumi bayaran tunai untuk setiap ulasan atau kempen, serta imbuhan dalam bentuk barangan seperti produk percuma, hadiah, baucar diskaun, perkhidmatan percuma, pakej percutian atau penginapan ditaja dan lain-lain manfaat yang diberikan sebagai balasan kepada promosi.
  • Pendapatan perkhidmatan & jualan oleh influencer
    • Hasil bayaran yang influencer terima daripada menjual produk atau kemahiran mereka sendiri. 
    • Contohnya termasuk jualan merchandise atau produk berjenama sendiri, yuran atau tiket untuk seminar, bengkel atau kelas yang dikendalikan, bayaran untuk muncul dalam majlis atau acara, bayaran untuk menjayakan podcast, webinar atau sesi siaran langsung berbayar, serta pendapatan daripada ‘digital gifts’ atau token/emotikon bernilai wang yang diberikan oleh penonton di platform.
  • Royalti, penjualan hak cipta & aset digital
    • Jika seorang influencer mempunyai hak cipta ke atas watak, slogan atau kandungan yang dilesenkan kepada pihak lain, royalti yang diterima hasil penggunaan hak tersebut adalah pendapatan bercukai.
    • Penjualan akaun media sosial atau penjenamaan digital turut dikira sebagai pendapatan.
  • Komisen dan pemasaran afiliasi
    • Pendapatan dalam bentuk komisen atas jualan atau trafik yang dijana oleh influencer untuk pihak lain. 
    • Komisen daripada platform penstriman adalah pendapatan yang patut dicukai.

Baca juga: Cara Lapor Cukai Pendapatan: Bagaimana Nak Lapor?

Kesimpulannya, pempengaruh kini tidak terlepas daripada radar percukaian. Golongan influencer disarankan supaya mengambil serius hal ini dan mengambil langkah awal untuk mengurus cukai dengan betul. 

Ingatlah bahawa kepatuhan terhadap undang-undang cukai bukan sahaja tanggungjawab peribadi, tetapi juga satu sumbangan kepada pembangunan negara.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of an employee wondering about pendapatan bercukai in payslip with LHDN logo
Apakah Maksud Pendapatan Bercukai Dalam Slip Gaji?Cukai

Apakah Maksud Pendapatan Bercukai Dalam Slip Gaji?

Zahin ByondZahin ByondJanuary 20, 2026
picture of a male employee performing stamping with LHDN logo
Proses Penyeteman Kontrak Pekerjaan di STAMPS LHDNCukai

Proses Penyeteman Kontrak Pekerjaan di STAMPS LHDN

Zahin ByondZahin ByondJanuary 7, 2026
picture of female employee holding calculator with LHDN logo
Perbezaan CP38 dan CP39Cukai

Perbezaan CP38 dan CP39

Zahin ByondZahin ByondJanuary 7, 2026

Leave a Reply