Potongan Cukai Bulanan (PCB) ialah komponen penting dalam pengurusan gaji pekerja di Malaysia. Ia berfungsi sebagai bayaran pendahuluan kepada cukai pendapatan tahunan pekerja. Majikan wajib mematuhi peraturan PCB LHDN bagi memastikan setiap potongan dan bayaran dibuat dengan tepat serta mengikut jadual.
Kegagalan majikan menguruskan bayaran PCB LHDN dengan betul boleh membawa kepada denda, penalti kewangan, atau tindakan undang-undang. Justeru, memahami cara membayar PCB pekerja dengan tepat adalah tanggungjawab besar yang perlu diberi perhatian oleh setiap majikan.
Apakah Pemotongan PCB oleh Majikan?
Pemotongan PCB bermaksud potongan cukai yang dilakukan oleh majikan daripada gaji kasar pekerja setiap bulan. Potongan ini penting kerana ia membantu pekerja membayar cukai secara berperingkat, mengurangkan beban kewangan ketika pengisytiharan cukai tahunan.
Majikan memainkan peranan utama dalam memastikan potongan cukai bulanan dibuat tepat pada waktunya. Secara asas, majikan wajib memotong PCB dan menyerahkan jumlah yang dipotong kepada LHDN sebagai bayaran pendahuluan cukai pendapatan pekerja.
Cara Mengira PCB Pekerja
Pengiraan PCB boleh dibuat menggunakan jadual potongan LHDN atau melalui sistem berkomputer yang lebih efisien. Kaedah manual sesuai untuk rujukan, namun penggunaan sistem digital disyorkan kerana lebih cepat dan mengurangkan risiko kesilapan.
Antara sistem rasmi LHDN yang boleh digunakan oleh majikan untuk cara kira PCB ialah:
- e-PCB – sistem dalam talian untuk mengira potongan secara automatik.
- e-Data PCB – platform untuk memuat naik data PCB pekerja secara berkumpulan.
- e-CP39 – sistem elektronik untuk penghantaran maklumat dan bayaran PCB.
Faktor yang mempengaruhi pengiraan termasuk jumlah gaji kasar, elaun tambahan, serta potongan wajib lain seperti KWSP dan SOCSO. Dengan sistem ini, majikan dapat memastikan cara bayar PCB pekerja dilakukan dengan tepat dan mengikut undang-undang.
Cara Membuat Bayaran PCB
Selepas pengiraan dilakukan, majikan perlu membuat bayaran dan menyerahkan penyata PCB melalui portal rasmi LHDN. Terdapat beberapa saluran bayaran PCB LHDN yang boleh digunakan:
- FPX melalui bank (Maybank, CIMB, Public Bank, RHB dan lain-lain).
- Kaunter bank menggunakan tunai atau cek.
- Kaunter Pos Malaysia.
- Perbankan internet dengan nombor akaun PCB/CP39.
Semua bayaran mesti dibuat sebelum atau pada 15hb bulan berikutnya. Jika bayaran lewat, LHDN boleh mengenakan penalti, sekali gus menambah kos kepada syarikat. Oleh itu, majikan digalakkan menetapkan peringatan dalaman untuk memastikan pembayaran dibuat tepat pada masanya.
Borang yang Perlu Dikemukakan oleh Majikan
Selain bayaran bulanan, terdapat beberapa borang penting yang perlu dihantar oleh majikan:
- Borang E – laporan tahunan cukai pendapatan syarikat.
- Borang C.P.8D – penyata akhir tahunan PCB pekerja.
- Borang TP3 – mengemas kini maklumat pekerja baharu untuk potongan PCB.
Setiap borang perlu diisi dengan tepat kerana kesilapan boleh memberi kesan kepada rekod PCB pekerja dan proses audit LHDN.
Baca juga: Borang TP3: Panduan Lengkap Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Secara ringkas, proses cara bayar PCB pekerja dengan betul melibatkan tiga perkara utama: potongan yang tepat, bayaran yang dibuat sebelum tarikh akhir, dan penghantaran borang yang lengkap.
Kepatuhan terhadap peraturan LHDN PCB bukan sahaja mengelakkan penalti, malah mencerminkan integriti syarikat dalam pengurusan cukai dan gaji pekerja.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







