Dalam dunia pekerjaan, beri maklum balas dan penilaian amat penting kepada pembangunan serta perkembangan pekerja. Sama ada untuk tujuan tinjauan tahunan atau melaksanakan rancangan peningkatan pekerja, memberi maklum balas sama positif atau negatif amat penting.
Rentetan daripada itu setiap majikan dan bahagian sumber manusia (HR) wajib untuk kuasai teknik pemberian maklum balas konstruktif (constructive criticism). Semakin baik cara pemberian maklum balas konstruktif ini semakin mudah untuk pekerja memperbaiki diri.
Apa Itu Maklum Balas Konstruktif (Constructive Criticism)?
Antara perkara yang paling sukar dalam dunia ini adalah untuk memberi dan menerima kritikan. Tidak kira sama ada dari majikan kepada pekerja atau sebaliknya, pemberian maklum balas konstruktif ini penting dan merupakan sebahagian daripada alat berkomunikasi.
Secara amnya, maklum balas konstruktif atau constructive criticism ini sering digunakan dalam konteks pekerjaan dan ia saling berkait rapat dengan suatu penilaian prestasi atau tingkah laku seseorang pekerja.
Ia selalu diberikan oleh individu yang memiliki kuasa ke atas individu yang lain tetapi boleh juga terjadi tanpa mengira taraf, status dan peringkat. Mudah kata majikan boleh beri constructive criticism kepada pekerja, dan pekerja mengikut situasi juga boleh berikan constructive criticism.
Tujuan constructive criticism ini adalah untuk membantu mana-mana individu menambah baik atau memperbaiki diri. Ia merupakan salah satu daripada alat komunikasi yang berfokus untuk menyampaikan teguran dalam bentuk jelas, ringkas dan formal.
Antara elemen penting dalam memberikan constructive criticism adalah,
- Berniat baik
- Bermanfaat kepada penerima
- Spesifik
- Maklum balas
- Fokus untuk capai solusi
Disebabkan penggunaan perkataan kritikan yang sinonim dengan perkara negatif, ramai mungkin menganggap segala bentuk kritikan adalah sama iaitu untuk menjatuhkan atau menyatakan ketidakpuashatian.
Namun, perlu difahamkan juga pemberian kritikan ini pada asalnya adalah untuk tujuan pembangunan. Ia diberikan sebagai bentuk penambahbaikan yang disampaikan secara jujur tidak berlapik tetapi untuk tujuan baik.
Teknik Beri Constructive Criticism Yang Membangun
Dalam menyampaikan constructive criticism penting untuk menetapkan objektif yang jelas, iaitu memperbaiki dan menambahbaik serta memfokuskan kepada pertumbuhan. Bagi konteks di tempat kerja ia merujuk kepada pembangunan pekerja.
Ini merupakan antara tips dalam menyampaikan constructive criticism yang berkesan dan membangun oleh majikan kepada pekerja.
- Teknik Maklum Balas Sandwich
Seperti namanya, teknik ini bermaksud menyampaikan maklum balas yang dilapik dengan perkara positif (seperti sandwish yang dilapik dengan dua keping roti). Melalui teknik ini pekerja tidak akan rasa seperti dipersalahkan kerana majikan turut memberikan 2 impak positif.
- Fokus Tindakan atau Tingkah Laku
Dalam memberikan sebarang maklum balas sama ada positif atau negatif, penting untuk fokus kepada sebarang tindakan dan tingkah laku. Contohnya, pekerja yang hadir lambat ke kerja boleh diberikan teguran kepada tindakan tersebut dan bagaimana ia beri kesan kepada syarikat (outcome).
- Sampaikan Dengan Jelas dan Spesifik
Sungguhpun majikan mengamalkan teknik sandwish dalam memberikan constructive criticism, penting untuk menyampaikan segala maklum balas tersebut secara jelas dan spesifik. Perkara yang negatif perlu disampaikan dengan jelas termasuk untuk yang positif.
- Fokus Kepada Masalah
Rata-rata majikan yang memberikan maklum balas sering kali bersimpang daripada masalah sebenar. Contohnya dalam menerangkan tentang prestasi KPI, majikan cenderung juga untuk memasukkan masalah lain seperti tingkah laku pekerja. Beri fokus untuk selesaikan satu masalah sebelum beralih ke masalah lain.
- Beri Cadangan dan Nasihat
Untuk mengakhiri sebarang maklum balas termasuk dalam konteks consctructive criticism, penting untuk berikan cadangan dan nasihat penambahbaikkan yang majikan mahu pekerja buat. Jangan tinggalkan sesi maklum balas dengan menerangkan masalah tanpa sebarang solusi.
Selesaikan Masalah Pengurusan Pekerja Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, dalam dunia pekerjaan ini kita tidak boleh lari dari memberi atau menerima constructive criticism. Sebagai majikan penting untuk berikan maklum balas kepada pekerja secara profesional tanpa mengikut perasaan dan emosi.
Dalam pada itu adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Sukar untuk selarakan faedah pekerja tetap dan pekerja kontrak? Berita baik kepada anda kerana MySyarikat satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!