Skip to main content

Seperti semua sedia maklum sekiranya terdapat masalah pekerjaan sama ada majikan tidak bayar gaji atau dipecat secara tidak adil (unfair dismissal), hak anda dilindungi dari sisi undang-undang melalui Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Bagi menegakkan hak anda ini sebarang aduan ataupun laporan boleh dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Oleh itu, artikel kali ini akan menerangkan cara untuk membuat aduan ke JTKSM dan JPP, hak pekerja dan majikan dan hak majikan untuk membuat laporan terhadap pekerja.

Fungsi JTSKM & JPP

Sebenarnya Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Pejabat Buruh atau Mahkamah Buruh ini adalah perkara yang sama. Istilahnya diguna pakai untuk merujuk kepada badan pengawal selia penguatkuasaan, perundangan dan pentadbiran pekerjaan di Malaysia.

Antara fungsi utama JTK ini adalah untuk,

  • Menjaga kebajikan pekerja.
  • Menguatkuasan undang-undang yang melindungi hak pekerja.
  • Memastikan kepentingan pekerja dilindungi dan terpelihara.
  • Mengawal selia perihal berkaitan masalah gaji

Sementara itu Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) pula memainkan peranan untuk mengawal selia dengan membantu memelihara perhubungan positif dan keharmonian di antara pekerja dan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja, dan majikan dan kesatuan sekerja.

Ini bermakna JPP berperanan untuk menyediakan perkhidmatan yang kondusif seperti:

  • Pantau perkembangan dan aliran perhubungan perusahaan.
  • Membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan Negara dan Dasar Buruh Negara.
  • Selaraskan perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja dalam negara.
  • Membantu menjadi perunding kolektif di antara kesatuan sekerja dan majikan.
  • Memberi khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.
  • Memberi khidmat rundingan damai untuk menyelesaikan pertikaian dan mendamaikan perhubungan.
  • Kendalikan tuntutan kesatuan sekerja.
  • Bantu pekerja selesaikan masalah yang berbangkit dari tindakan tidak adil majikan.

Kejap, JTK dan JPP ni bukan benda sama ke?

Jawapannya adalah tidak. JTK dan JPP adalah dua badan berbeza namun memainkan peranan yang sama iaitu mengawal selia dan menjaga hak-hak serta kepentingan pekerjaan di Malaysia.

Aduan Yang Boleh Dibuat Ke Pejabat Buruh

jenis-jenis aduan ke pejabat buruh

Macam yang dinyatakan di atas sebarang masalah berkaitan pekerjaan boleh diadukan ke JTK sementara untuk sebarang isu berkaitan perhubungan antara majikan dan pekerja boleh disalurkan ke JPP.

Antara contoh aduan yang boleh dibuat ke JTK dan yang paling banyak dilaporkan adalah seperti di bawah.

  • Tunggakan gaji.
  • Tunggakan komisen.
  • Elaun cuti bersalin.
  • Bayaran kerja lebih masa.
  • Bayaran ganti rugi notis.
  • Pampasan pemberhentian kerja

Tetapi suka diingatkan bahawa bukan pekerja sahaja yang boleh membuat aduan ke JTK. Pihak majikan juga memiliki hak untuk membuat aduan ke atas pekerja di Pejabat Buruh ini. Antara beberapa laporan yang sering dilaporkan majikan ke JTK adalah,

  • Bayaran ganti rugi notis (tetapi untuk mereka yang bergaji lebih RM4,000 tidak dibenarkan untuk buat tuntutan seperti di bawah:
    1. Bayaran kerja lebih masa.
    2. Bayaran kerja hari rehat.
    3. Bayaran kerja pada cuti am.
    4. Elaun kerja shift.
    5. Faedah penamatan kerja.

Prosedur Laporan Ke Pejabat Buruh

Sama seperti mana-mana prosedur yang diamalkan untuk urusan rasmi lain, proses untuk membuat laporan ke Pejabat Buruh hampir sama. Tanpa mengira sama ada pekerja atay majikan, langkah membuat laporan adalah seperti berikut.

  1. Sediakan Dokumen Berkaitan – kumpulkan dan sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti kontrak kerja, surat perlantikan, slip gaji, notis penamatan kontrak dan sebagainya. 
  2. Tulis Aduan ke Pejabat Buruh – penetapan pada Seksyen 70 Akta Kerja menggariskan bahawa sebarang aduan boleh dibuat secara bertulis dan diajukan ke Pejabat Buruh terdekat.
  3. Saman Dikeluarkan dan Tarikh Sebutan Ditetapkan – sebaik aduan diterima pihak Pejabat Buruh akan keluarkan tarikh bagi sebutan kes
  4. Sebutan Kes dan Perbincangan – sekirannya pertikaian gagal dicapai secara baik, maka kes akan di bawa ke perbicaraan dengan menetapkan tarikh baru.
  5. Perbicaraan Dijalankan – pada tahan ini kedua-dua pihak perlu melantik peguam, jika tiada pihak tersebut boleh mewakili diri sendiri untuk perbicaraan.
  6. Hujahan Bertulis – selepas perbicaraan dijalankan Pejabat Buruh akan meminta pihak terlibat atau peguam yang mewakili menyediakan Hujahan Bertulis.
  7. Keputusan Kes – sebaik penilaian dibuat Pejabat Buruh akan memberikan tarikh untuk membaca keputusan yang dibuat.

Kesimpulannya, hak untuk membuat laporan dan aduan ke JTK bukan hanya terletak pada pekerja sahaja tetapi majikan juga boleh membuat perkara yang sama. Apa yang paling penting sekali adalah mengenal pasti contoh masalah yang membolehkan anda untuk membuat aduan.

Suka untuk diingatkan bahawa prosedur yang dikongsikan ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Untuk dapatkan kemas kini terkini berkaitan prosuder berkaitan cara membuat aduan adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi JTK dan JPP.

Automasikan Pengurusan Pekerja Anda dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Pengurusan pekerja anda boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi ditawarkan MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus gaji, pengurusan prestasi dan pengurusan tuntutan secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

28 Comments

  • Ashwini says:

    Hi i would like to know how to lodge a complaint against my organization. because they are demanding for explanation for medical certificate even after producing it to them and when there are 30 days mc entitlement, i i did not exceed and every human can fall sick any days, but my company is very strict and saying we need to give explanation why I’m taking mc. please advise

  • Heehhehe says:

    Kalau majikan tidak bayar kwsp pekerja selama 4 bulan tapi dlm penyata gaji dah tolak boleh jugak ke buat aduan pada pjabat buruh????

  • NOOR AZURA BINTI AHMAD says:

    beberapa bulan dulu ada keyataan meberitahu kenaikan gaji dari 1500 kepada 1700 sebulan .adakah kenaikan ini layak untuk cleaner…surat sudah compeny hantar kepada pihak kolej ..sampai sekarang tidak diberi keputusan.boleh kah buat aduan tanpa diketahui majikan dan oihak kolej identiti pengpdu

  • zahir says:

    Hi nak tanya begini ,

    Kronologi:

    Kontrak setahun : 11/3/2024 – 11/3/2025
    Kontrak diperbaharui setahun : 11/3/2025 – 11/3/2026 ( pihak agensi / pihak majikan bersetuju untuk sambung kontrak sementara menunggu untuk dapatkan sign kontrak, perbualan di whatsapp )
    Dapat berita pada 25/2/2025 , kontrak ditamatkan sehingga 24/3/2025 atas sebab restructuring di organisasi syarikat. Tarikh akhir kerja pada 24/3/2025 daripada tarikh asal iaitu 11/3/2026( email bertulis dihantar)

    Tiada addendum diterima, hanya berdasarkan perbualan dalam whatsapp dan email daripada pihak agensi.

    Harap saya dapat menerima faedah SIP oleh perkeso oleh kerana saya kehilangan kerja akibat dibuang dalam tempoh kontrak. Adakah saya layak dapat?

  • Lai Nyuk Chai says:

    Hi tuan,nak contoh surat resmi aduan megenai majikan lambat membayar gaji pekerja setiap bulan

  • shah says:

    Salam saya nak tanya kalau Jawatan dengan Job Grade yang di bagi tak sama dengan kerja yang di buat boleh buat aduan ke? sebab hampir 5 tahun dalam Grade yang sama tapi kerja yang berlainan.

    • Zahin Byond says:

      Jika jawatan dengan tugasan kerja tidak sama, terlebih dahulu boleh bincang dengan majikan dan dapatkan nasihat daripada bahagian HR. Jika dalam kontrak tidak tetapkan tugasan kerja tetap maka dinasihatkan untuk bincang dengan majikan bagi mendapatkan kepastian tugasan yang perlu dibuat.

  • michelle says:

    hai tuan, nak tanya, jika majikan menyuruh kerja pada 01.05.25 iaitu hari pekerja(labour day), adakah kami boleh tidak hadir pada masa tersebut, sudah tentu kami akan dimarahi atau diberi notis amaran atau di potong gaji sebab kami tidak menuruti arahan majikan kami. minta tunjuk ajar daripda pihak tuan, terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Jika diminta bekerja pada hari cuti umum maka pekerja layak dapat bayaran 3x ganda. Jadi jika bekerja boleh dapat bayaran lebih pada hari tersebut.

  • Zee says:

    I was terminated on payday, but the HR still insisted on me paying the 2 months notice in lieu even though I have provided them my 2 months resignation letter a day before.

    Since I was terminated on payday, I did not receive my salary and HR told me they will issue a demand letter for the outstanding balance.

    At the same, I did receive my payslip but no salary of course.

  • msel says:

    hai tuan, saya baru berhenti dari syarikat lama dengan notis 1bulan pada 18march-19april, saya sepatutnya masih layak menerima gaji selebihnya bulan april tetapi majikan menahan gaji saya dengan alasan yang tidak munasabah. kwsp belum dibayar dri bulan february hngga skr. mcmana nak laporkan ke buruh pasal gaji saya itu?

  • lzzlais says:

    Kalau majikan bayar gaji staff secara ansuran dan tidak beri payslip , kwsp telah ditolak dari gaji tetapi tidak bayar ke kwsp , mcm mana nak laporkan ya ?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran gaji tidak boleh dibuat secara ansuran. Jika majikan gagal untuk membuat bayaran potongan wajib tersebut boleh buat aduan ke pihak JTK dan agensi berkaitan seperti KWSP.

  • NUR ARIKAH ABD RAHMAN says:

    Tuan saya nak bertanya…saya sudah berhenti kerja pada bulan januari 2025…tetapi majikan saya belum bayar gaji saya secara keseluruhan…dan sewaktu saya bekerja gaji selalu dibayar secara ansuran dan tidak diberi payslip…namun saya tiada surat tawaran kerja boleh ke kalau saya nak tahu bagaimana cara utk buat laporan ?

  • Azreen says:

    Salam Tuan, saya bertanya atas pihak kawan saya. Dia memberi notice berhenti kepada manager atas sebab mental health issue and stress with overload works. Tapi manager hold resignation form and request for refferal letter dari Dr. untuk dia ambik unpaid leave dan berehat. Bila tanya HR, HR kata manager tak perlu refferal letter dari Dr. untuk berhenti and manager perlu sign form tu. Tapi in the end, manager tak sign pun resignation form and tak bagi berhenti. Kawan saya memang dah tak boleh fokus untuk bekerja dan selalu dapat anxiety attack. Apa tindakan yang perlu kawan saya lakukan?

    • Zahin Byond says:

      Perlu difaham bahawa notis penamatan kontrak tidak memerlukan kelulusan daripada sesiapa. Apabila menghantar notis berhenti ia berkuat kuasa serta merta melainkan jika ada perbincangan lain di antara pihak pekerja dan majikan berkaitan penangguhan.

  • azizan safwan says:

    kalau kes sya dibuang kerja atas kerosakan mesin macam mna pulak. sebab mesin tu rosak bukan atas kehendak saya tapi mesin tu dah sampai masa memang nak rosak. yg macam ni sya bole buat aduan ke. dan kalau bole mcm mna?

    • Zahin Byond says:

      Bagi perkara ini adalah dinasihatkan untuk bincang dengan majikan terlebih dahulu, dan jika gagal capai solusi maka boleh buat aduan ke JTK atas pemecatan tidak adil.

  • Nur says:

    Saya bekerja di satu organisasi untuk kontrak satu tahun dari bulan 7 tahun 2024. Namun, pada Disember 2024 dapat tahu bahawa syarikat tersebut tutup perniagaan dan tamatkan kontrak pada February 2025.

    Pada January 2025, syarikat baru ambil alih, dan rebadge semua pekerja masuk semula dalam organisasi sama yang kontrak baru akan bermula dari March 2025 untuk tempoh satu tahun.

    Pada awal bulan January 2025, kami isi borang2 untuk kontrak baru, lepas submit borang semua saya dapat tahu saya pregnant, namun pada stage awal trimester pertama.

    Oleh itu, lepas masuk kerja dengan kontrak baru, pada pertengahan March 2025, saya ada maklum kan kehamilan saya kepada team leader saya, dan pada April 2025 ada bertanya semula kepada team leader untuk respond perlu emel update kepada HR, atau operation manager.

    Namun saya tidak mendapat apa-apa maklum balas daripada team leader.

    Pada May 2025, saya hubungi semula team leader berkenaan nak maklum kehamilan dan due date estimation kepada HR dan Operation Manager. Saya hanya dapat maklum balas pada pertengahan bulan May untuk minta emel kepada operation Manager.

    Saya emel kepada operation manager pada 16 May 2025, untuk maklum kehamilan saya, dan maklum estimated due date saya pada iaitu pada 25 July 2025.

    Saya tidak menerima maklum balas emel, namun pada 20 May 2025 pihak HR ada buat meeting online dan terus paksa saya untuk resign kerja 24 jam, pada hari yang sama. Walaupun saya dah maklum kehamilan dan due date delivery sebelum 60+ hari sebelum due date. Dan juga telah maklum kepada Team Leader pada bulan March.

    Pihak HR mengugut maklum akan buat black mark sekiranya saya tidak resign, dan paksa buat resignation pada hari sama juga.

    Saya terpaksa resign dan akur dengan pihak HR kerana tiada jalan lain dan pressure yang diberikan oleh pihak HR.

    Adakah saya boleh buat report dengan pejabat buruh?

    Untuk makluman, dalam offer letter dan kontrak tidak dinyatakan berkenaan maternity leave. Cuma dalam handbook syarikat, ada maklumat untuk request maternity leave dalam 2 minggu sebelum due date sahaja. Saya dah emel kepada operation manager 2 bulan lebih sebelum due date. Dan telah maklum kepada team leader pada bulan March, walaupun due date delivery saya pada 25 July 2025. Saya ada bukti emel dan whatsapp saya kepada team leader dan operation manager.

    Adakah saya boleh buat report dengan pejabat buruh berkenaan isu tersebut? Kerana dipaksa resign dalam masa 24 jam, dan tiada pampasan apa2 diberikan juga. Maaf saya buntu dan ingin dapatkan pendapat pihak tn/pn. Terima kasih.

Leave a Reply