Stres di tempat kerja adalah isu yang kerap dihadapi oleh ramai pekerja di pelbagai industri. Jika tidak diuruskan dengan betul, stres boleh menjejaskan kesihatan mental, produktiviti, dan hubungan sosial di tempat kerja.
Dalam artikel ini, akan kongsikan strategi berkesan untuk mengatasi tekanan kerja secara praktikal untuk membantu anda mengurangkan stres seterusnya memastikan dinamik di tempat kerja terjamin.
Apakah Punca Utama Stres di Tempat Kerja?
Menurut kajian oleh World Health Organization (WHO), stres di tempat kerja adalah salah satu punca utama keletihan mental global. Antara punca biasa stress ialah:
- Beban Kerja Berlebihan: Tugasan yang tidak seimbang dengan kemampuan.
- Konflik di Tempat Kerja: Hubungan yang tegang dengan rakan sekerja atau majikan.
- Ketidakpastian Kerjaya: Takut diberhentikan atau kurang kepastian mengenai masa depan.
- Kurangnya Sokongan: Tiada bimbingan daripada penyelia atau kekurangan sumber.
Selain itu terdapat beberapa jenis stress yang sering dihadapai oleh pekerja di tempat kerja antarannya,
- Bersiri (Episodic)
- Keadaan di mana seseorang pekerja mengalami stress berulang dalam tempoh sederhana seperti tekanan untuk menyiapkan tugasan setiap kali menghampiri tarikh akhir (deadline).
- Berpanjangan (Chronic)
- Keadaan di mana seseorang pekerja mengalami stress berpanjangan dalam tempoh lama seperti mengalami masalah peribadi dengan rakan sekerja, bekerja dalam persekitaran toksik atau tekanan peribadi.
- Jangka Pendek (Acute)
- Keadaan di mana seseorang pekerja mengalami stress dalam jangka masa pendek seperti bebanan kerja tambahan yang boleh mengganggu emosi sementara cuba mengadapatasi kepada perubahan.
“Jenis stress mana paling bahaya?”
Sebenarnya jenis-jenis stress ini berkaitan di antara satu sama lain. Boleh terjadi pekerja alami stress jangka pendek yang bertukar ke stress bersiri apabila ia berlarutan. Pada sesetengah kes apabila stress berlarutan tanpa penyelesian ia boleh jadi stress berpanjangan.
6 Cara Mengatasi Stres di Tempat Kerja
Stress di tempat kerja ini sukar untuk dielakkan jadi cara terbaik untuk tanganinya adalah dengan berhadapan dengan punca tekanan tersebut. Jangan takut untuk mengambil langkah proaktif dalam berhadapan dengan stress di tempat kerja.
- Kenal Pasti Punca Stres
Langkah pertama adalah memahami apa yang mencetuskan stres anda. Dengan mengenal pasti punca, anda boleh fokus kepada penyelesaian yang spesifik. Gunakan jurnal untuk merekodkan waktu dan situasi yang membuat anda tertekan atau luangkan masa untuk berbincang dengan penyelia jika stress berpunca daripada beban kerja.
- Urus Masa dengan Efisien
Kekurangan pengurusan masa sering menjadi sebab utama stress. Belajar menguruskan masa akan membantu anda lebih teratur dan mengurangkan tekanan. Buat senarai tugasan harian dan susun mengikut keutamaan (prioriti) atau gunakan teknik Pomodoro; bekerja selama 25 minit, berehat 5 minit
- Jangan Lupa Berehat Secukupnya
Kerja tanpa rehat boleh membawa kepada keletihan fizikal dan mental. Pastikan anda mengambil masa untuk berehat bagi menyegarkan fikiran. Ambil 10 minit untuk berjalan di sekitar pejabat, lakukan senaman regangan ringan di meja anda atau amalkan teknik pernafasan dalam (deep breathing) untuk menenangkan fikiran
- Bina Sokongan Sosial di Tempat Kerja
Hubungan yang baik dengan rakan sekerja dapat mengurangkan rasa tekanan dan kesunyian. Sertai aktiviti seperti makan tengah hari bersama rakan sekerja, sertai kumpulan sosial atau acara yang dianjurkan oleh syarikat atau sentiasa bersikap positif dan sedia membantu rakan sekerja lain.
- Kekalkan Kesihatan Fizikal dan Mental
Tubuh yang sihat dapat membantu anda menangani stres dengan lebih baik. Amalan pemakanan sihat dengan pilih makanan tinggi nutrisi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein berkualiti. Lakukan senaman berkala seperti senaman ringan selama 30 minit sehari dan dapatkan tidur cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam.
- Belajar Berkata “Tidak”
Kadangkala, tekanan kerja berpunca daripada keengganan untuk menolak permintaan. Belajar berkata “tidak” dengan cara profesional dapat membantu anda mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan.
Kesimpulannya, stress di tempat kerja adalah perkara biasa, tetapi ia boleh diuruskan dengan cara yang betul. Ingat, stres adalah sesuatu yang boleh diatasi. Jangan takut untuk meminta bantuan jika diperlukan, dan jadikan kesejahteraan mental sebagai keutamaan dalam kehidupan anda.
Jadikan Pengalaman Kerja Syarikat Lebih Baik Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pekerja kurang bermotivasi? Atau berdepan aduan pengalaman kerja syarikat tiada penambahbaikan? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi MySyarikat yang direka untuk membantu meningkatkan pengalaman kerja syarikat ke arah lebih positif secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!