Skip to main content

Sebaik majikan mengambil pekerja baru, tanggungjawab majikan bukan sekadar membayar gaji tetapi perlu mendaftarkan mereka di bawah KWSP, PERKESO, SIP serta LHDN untuk tujuan percukaian.

Langkah ini adalah wajib dan digariskan sendiri di bawah undang-undang kerja Malaysia, Akta Kerja 1955 bagi memastikan pekerja menerima hak sepatutnya seperti simpanan persaraan, perlindungan pekerjaan dan pemotongan cukai yang sah.

Pendaftaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

Majikan mesti daftar pekerja baru dengan KWSP dalam tempoh 7 hari selepas tarikh mula bekerja, selaras dengan Akta KWSP 1991 (Akta 452).

Biasanya, pendaftaran dilakukan secara automatik apabila majikan menghantar Borang A (KWSP 6) semasa membuat caruman pertama. Maklumat ini digunakan untuk mengaktifkan akaun simpanan pekerja.

Pilihan Pendaftaran Pekerja

  • Pekerja tetap: Didaftarkan oleh majikan.
  • Pekerja sendiri/freelancer: Boleh mendaftar di bawah i-Saraan KWSP dan mencarum secara sukarela.
  • Kaunter KWSP: Pendaftaran manual boleh dilakukan dengan membawa MyKad ke cawangan terdekat.

i-Akaun KWSP

Selepas berdaftar, pekerja disaran membuka i-Akaun KWSP untuk semak baki caruman, penyata tahunan, dan status majikan. Langkah ini memastikan ketelusan dan memudahkan pemantauan simpanan persaraan.

Pendaftaran PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)

Majikan perlu mendaftar dengan PERKESO melalui Portal ASSIST, platform rasmi untuk semua urusan pendaftaran dan caruman. Isi Borang 1 (Pendaftaran Majikan) dalam portal untuk mendapatkan ID sementara sebelum log masuk semula dan meneruskan proses pendaftaran.

Cara Daftar Pekerja

Setelah akaun majikan aktif, isi Borang 2 (Pendaftaran Pekerja) bagi setiap pekerja baru.

Semua urusan kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal ASSIST PERKESO, tanpa perlu hadir ke kaunter.

Selepas pendaftaran, pekerja boleh semak nombor keahlian mereka untuk rujukan tuntutan di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan PERKESO.

Pendaftaran SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)

SIP dikendalikan oleh PERKESO, jadi pendaftarannya dibuat melalui portal dan sistem sama, Portal ASSIST PERKESO. Tiada pendaftaran tambahan diperlukan bagi majikan yang telah berdaftar.

Langkah Pendaftaran SIP

  • Daftar syarikat di PERKESO terlebih dahulu.
  • Daftar pekerja baru untuk caruman SIP melalui portal.
  • Caruman SIP wajib dibayar bersama caruman PERKESO setiap bulan dan berfungsi melindungi pekerja yang kehilangan kerja secara tidak sukarela.

Tuntutan Faedah SIP

Jika pekerja diberhentikan, mereka boleh membuat tuntutan faedah SIP di portal rasmi atau kaunter PERKESO. Antara faedah termasuk Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Latihan Semula Pekerjaan.

Pendaftaran LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Majikan wajib berdaftar dengan LHDN bagi pelaksanaan Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan pelaporan pendapatan pekerja. Langkah ini memastikan pematuhan undang-undang cukai dan mengelakkan penalti.

Proses Pendaftaran Majikan

  • Daftar syarikat melalui portal e-Daftar LHDN.
  • Dapatkan nombor cukai dan kemukakan Borang e-CP204 dalam masa 3 bulan dari tarikh mula operasi.
  • Selepas itu, majikan boleh mula membuat potongan PCB secara sah untuk semua pekerja.

Baca juga

Kesimpulannya, mendaftar dengan KWSP, PERKESO, SIP dan LHDN adalah wajib bagi membentuk perlindungan asas sosial dan kewangan bagi setiap pekerja di Malaysia. 

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Leave a Reply