Skip to main content

Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana potongan cukai bulanan (PCB) dikira? Sebagai pembayar cukai di Malaysia, memahami cara PCB berfungsi adalah penting untuk menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik. 

Dalam artikel ini, akan diterangkan apa itu PCB, mengapa ia penting, dan cara menggunakan kalkulator PCB untuk mengira potongan cukai dengan tepat. Sama ada anda seorang pekerja atau majikan, panduan ini akan membantu anda memahami sistem cukai pendapatan dengan lebih mendalam.

Apa Itu PCB?

Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau Monthly Tax Deduction (MTD) ialah potongan wajib yang dibuat oleh majikan daripada gaji pekerja setiap bulan. Potongan ini kemudiannya diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai bayaran cukai pendapatan. 

PCB memastikan bahawa pembayar cukai tidak perlu membayar jumlah yang besar pada akhir tahun, sebaliknya membayar secara bulanan. Mudah kata seperti pembayaran ansuran sedikit demi sedikit bagi memudahkan pembayar cukai.

Mengapa Anda Perlu Gunakan Kalkulator PCB?

Penggunaan kalkulator PCB memudahkan anda untuk:

  • Menganggarkan jumlah potongan cukai bulanan.
  • Merancang kewangan dengan lebih baik.
  • Memastikan pematuhan kepada peraturan LHDN.
  • Mengelakkan kesilapan dalam pengiraan yang boleh menyebabkan penalti.

Cara Guna Kalkulator PCB

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan kalkulator PCB:

1. Layari Laman Rasmi LHDN

Anda boleh mengakses kalkulator PCB dengan melayari laman rasmi LHDN dan pilih tahun pembayaran cukai yang ingin dibuat.

2. Kumpulkan Maklumat yang Diperlukan

Sebelum menggunakan kalkulator PCB, pastikan anda mempunyai maklumat berikut:

  • Status perkahwinan.
  • Gaji kasar bulanan.
  • Jumlah caruman KWSP atau PERKESO.
  • Maklumat tanggungan (jika ada).

3. Masukkan Data ke dalam Kalkulator PCB

Kebanyakan kalkulator PCB dalam talian memerlukan anda memasukkan maklumat di atas. Pastikan data yang dimasukkan adalah tepat untuk mendapatkan hasil yang betul.

4. Semak Hasil Pengiraan

Setelah memasukkan semua maklumat, kalkulator PCB akan menunjukkan jumlah potongan cukai bulanan yang perlu dibayar.

Sistem e-PCB oleh LHDN

LHDN telah memperkenalkan sistem e-PCB untuk memudahkan majikan menguruskan potongan cukai pekerja. Sistem ini membolehkan pengiraan PCB dilakukan secara automatik dan diserahkan kepada LHDN dalam masa yang singkat.

Manfaatkan penggunaan sistem ini untuk memudahkan proses pembayaran cukai pendapatan anda!

Baca juga: e-PCB Plus: Sistem PCB Baharu LHDN Gantikan e-PCB Sedia Ada

Kesimpulannya, memahami cara mengira PCB adalah penting untuk memastikan anda mematuhi peraturan cukai di Malaysia. Dengan menggunakan kalkulator PCB, anda boleh menganggarkan potongan cukai bulanan dengan tepat dan merancang kewangan dengan lebih baik.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

looking for HR Software?

Leave a Reply