Skip to main content

Isu pemecatan atau pemberhentian pekerja merupakan topik yang sering disalahertikan dalam kalangan pekerja dan majikan. Istilah seperti dismissal”, “termination”, atau “retrenchment” sering digunakan, namun tidak semua memahami maksud sebenar serta hak-hak di sebaliknya.

Disebabkan kekeliruan inilah, artikel ini ditulis sebagai panduan lengkap tentang pemberhentian dan pemecatan pekerja di Malaysia, termasuk rujukan sah kepada Akta Kerja 1955 serta formula pengiraan pampasan pekerja yang tepat.

Perbezaan Antara Pemecatan dan Pemberhentian Pekerja

Secara asasnya:

  • Pemecatan (Dismissal): Tindakan majikan menamatkan kontrak kerja disebabkan salah laku pekerja yang melanggar syarat perkhidmatan.
  • Pemberhentian (Termination): Penamatan kontrak perkhidmatan sama ada oleh pekerja atau majikan atas sebab tertentu, termasuk retrenchment atau penamatan sukarela.

Penting: Di Malaysia, istilah ini sering bertindih, contohnya, majikan “membuang pekerja” secara tidak formal juga dipanggil pemecatan, walaupun dari sisi undang-undang ia mungkin termasuk dalam pemberhentian.

Adakah Akta Kerja 1955 Membenarkan Pemecatan dan Pemberhentian?

Jawapannya ialah ya, Akta Kerja 1955 memperuntukkan beberapa seksyen yang mengawal proses pemberhentian pekerja. Berikut ialah seksyen penting yang perlu difahami:

Seksyen 12: Notis Penamatan Kontrak

  • Mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan dengan memberi notis bertulis berdasarkan tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
    • Kurang 2 tahun bekerja: 4 minggu notis
    • 2–5 tahun bekerja: 6 minggu notis
    • Lebih 5 tahun bekerja: 8 minggu notis

Seksyen 13: Penamatan Tanpa Notis

  • Kontrak boleh ditamatkan tanpa notis dengan syarat pampasan atau indemniti dibayar bersamaan gaji sepanjang tempoh notis yang sepatutnya diterima.

Seksyen 14: Penamatan Kerana Salah Laku

  • Majikan boleh menamatkan kontrak tanpa notis selepas siasatan dalaman yang adil jika pekerja melakukan salah laku serius. Hukuman lain termasuk:
    • Penurunan pangkat
    • Penggantungan tanpa gaji (maksimum 2 minggu)
    • Hukuman ringan lain yang wajar

Jenis-Jenis Pemberhentian Pekerja yang Sah

Tidak semua pemberhentian dibenarkan. Ia mesti mematuhi prinsip keadilan dan peruntukan undang-undang. Untuk kes pengurangan pekerja (redundancy), terdapat dua skim utama:

  1. Skim Pemisahan Sukarela (VSS – Voluntary Separation Scheme)
    • Pekerja ditawarkan untuk berhenti secara sukarela.
    • Pampasan dibayar berdasarkan rundingan dan persetujuan bersama.
  2. Skim Pemisahan Bersama (MSS – Mutual Separation Scheme)
    • Persetujuan bersama antara majikan dan pekerja untuk menamatkan kontrak kerja.
    • Rundingan dilakukan untuk menetapkan kadar pampasan dan faedah yang adil.

Cara Mengira Pampasan VSS di Malaysia

Untuk pengiraan pampasan VSS, majikan perlu mengambil kira:

  • Tempoh perkhidmatan (dalam tahun).
  • Gaji pokok bulanan.
  • Elaun tetap.

Formula Pampasan VSS:

Pampasan = Tempoh Perkhidmatan (tahun) x (Gaji Bulanan + Elaun)

Contoh: Lisa bekerja selama 5 tahun dengan gaji RM2,500 dan elaun tetap RM500.

  • Pampasan = 5 x (RM2,500 + RM500) = RM15,000

Baca juga: Perbezaan VSS dan MSS

Kesimpulannya, proses pemberhentian pekerja atau pemecatan di Malaysia bukan perkara kecil. Ia melibatkan implikasi undang-undang dan kewangan kepada kedua-dua pihak. 

Majikan dan pekerja harus memahami hak dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan Akta Kerja 1955 serta mengamalkan komunikasi profesional dalam urusan penamatan kontrak kerja.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

27 Comments

  • Nik says:

    Syarikat ingin menutup operasi syarikat, apa perlu dibuat oleh majikan kepada kakitangan, tq

  • AA says:

    Tuan, pada pertengahan tahun 2023, saya pernah menerima surat amaran pertama berkaitan dengan kelewatan kedatangan dan tidak memberitahu pihak atasan bila tidak dapat hadir kerja. Dan baru-baru ini pada tahun ini saya telah terus menerima surat amaran terakhir diatas kesalahan berulang dan dikatakan menyebabkan operasi terganggu kerana rakan kerja terpaksa membuat kerja saya. Saya mengakui kesalahan tersebut kerana dalam 2 hari tidak hadir kerja, hanya hari pertama saya menghubungi pihak atasan beritahu bahawa saya tidak dapat hadir. Dan di dalam surat tersebut mengatakan saya akan diberhentikan sekiranya ia berulang lagi.

    Dan pada hujung bulan lepas, saya tidak dapat hadir kerja selama 2 hari
    dan selama 2 hari juga saya telah beritahu pihak atasan di dalam whatsapp group berkenaan tidak dapat hadir dan berkenaan operasi terganggu saya yakin tiada tugas kerja saya yang terpaksa dilakukan oleh rakan lain melainkan tugas mereka sendiri yang mempunyai masalah dan hanya saya yang tahu untuk selesaikan nya. Saya juga tidak mendapat sebarang panggilan sekiranya terdapat masalah.

    Hari berikut nya ketika masuk kerja saya dipanggil pihak HR dan AGM dan tanpa ditanya punca saya tidak hadir, saya hanya diberikan peringatan tentang amaran terakhir yang pernah saya terima dahulu dan HR terus memberi surat berhenti kerja dan di dalam surat tersebut mengatakan saya diberhentikan serta merta kerana mengulangi kesalahan dan diarahkan untuk menyerah kembali kad kerja dan sebagainya.

    Boleh saya dapat pandangan tuan berkenaan dengan surat amaran terakhir tanpa ada amaran kedua? Kerana pada saya, surat amaran pertama diterima tahun lepas. Dan pandangan tuan berkenaan surat pemberhentian kerja yg masih menggunakan alasan tersebut? Saya masih tidak tandatangan surat tersebut dan untuk pengetahuan tuan, saya masih terus hadir ke pejabat setelah berbincang dgn ketua saya saya mohon untuk menyiapkan baki2 tugas sebelum pergi.

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan bahawa pemberian surat amaran kedua adalah berdasarkan polisi syarikat, Akta Kerja hanya menyatakan bahawa majikan perlu mengeluarkan surat amaran dan show cause letter sahaja. Jadi untuk kesalahan berulang ini majikan berhak untuk mengeluarkan surat amaran terakhir sekirannya telah diberikan peluang kepada pekerja tetapi pekerja masih mengulangi kesilapan yang sama.

      • Zack says:

        Tuan , saya seorang pengawal keselamatan , saya diberitahu oleh pengurus saya bahawa pihak premis jagaan tidak mahu saya bekerja di sana tanpa memberi notis amaran , pihak premis cuma memberitahu pengurus saya melalui panggilan telefon sahaja , adakah saya boleh ambil tindakan untuk pihak premis tersebut ?

  • Cc says:

    Salam, jika staff mempunyai masalah disiplin. Kerap tidak datang kerja, datang lewat,tidur di Tempat kerja. Adakah majikan Boleh memberhentikan Pekerja Tanpa notis? Pampasan kepada pekerja perlu di bayar juga?

    • Zahin Byond says:

      Tidak perlu ikut flow. Show Cause Letter – Warning 1, Warning 2, Warning 3. Tapi kalau absent lebih 2 hari tanpa cuba memberitahu atau memberitahu kepada majikan, boleh diterminate sebab absent without approval.

  • HALIMAHTUL SAADIAH BINTI HANIPAH says:

    Selamat tengah hari Tuan
    saya telah bekerja selama 7tahun 6 bulan di syarikat saya sebagai seorang kerani.Majikan saya telah memberitahu saya pada bulan 12 tahun 2024 bahawa ingin menamatkan perkhidmatan saya tahun ini pada bulan march 2025.boleh saya tahu ape pampasan atau faedah yang saya boleh tuntut dari pemberhentian majikan saya ini.Jika sampai bulan 3 saya telah berkhidmat selama 7tahun 9 bulan
    mohon penjelasan terima kasih

  • Anis says:

    Salam,

    Saya nak bertanya kalau syarikat ingin menamatkan kakitangan cleaner yg merupakan gaji harian disebabkan perbuatan yg mengatasi syarikat. Contoh berjumpa dgn pihak client dan mempertingkai jumlah gaji harian dan cuti. Kontrak kakitangan akan abis pada April 2025. Disebabkan perangai yg sebegitu syarikat sudah tidak berminat dgn kakitangan yg sebegitu. Bagaimana utk syarikat utk tamatkan perkhidmatan mereka. TQ

  • ridwan says:

    Tuan,saya ingin bertanyakan soalan.
    Mohon tuan reply saya ya.

    Syarikat saya ingin mengecilkan operasi dengan memberhentikan beberapa staff atas faktor kewangan syarikat yang tidak lagi mampu untuk membayar gaji.

    Jika deberikan notis 1 bulan, (berdasarkan contract yg di tandatangani bersama pekerja), adakah syarikat masih perlu memberi sejumlah papasan?

    Jika peru, bagaimana pula jika syarikat tidak memiliki keupayaan kewangan untuk membayar pampasan?

    Tetapi jika syarikat masih menggaji pekerja tersebut, syarikat juga tidak mampu untuk bertahan lagi.

  • Nur Aimuni says:

    Assalamualaikum tuan. sekiranya majikan ingin mengurangkan staff atas sebab jualan menurun, dan salah sorg staff yg akan diberhentikan tu masih dalam tempoh berpantang. adakah boleh majikan bg notis penamatan dalam tempoh berpantau atau kne tunggu pekerja habis tempoh berpantang dan setelah itu baru notis diberikan

    • Zahin Byond says:

      Jika untuk pengurangan pekerja, majikan boleh tawarkan VSS di mana sejumlah pampasan perlu diberikan kepada pekerja untuk pemberhentian tersebut. Ini diguna pakai untuk semua staff tanpa mengira status.

  • Faizal says:

    Salam tuan, saya baru sahaja bekerja dalam tempoh sebulan..dan dipecat atas sebab kesalahan yang dibuat oleh rakan sebilik sendiri, bukan dari kesalahan sendiri(hostel milik syarikat), boleh ke syarikat ambil tindakan pecat saya dan tidak membayar sedikit pun duit gaji selama tempoh sebulan saya bekerja?

    • Zahin Byond says:

      Untuk kesalahan yang melanggar persetujuan kontrak maka majikan boleh memberhentikan pekerja, dan untuk berhentikan pekerja ini majikan perlu membayar ganti rugi notis jika pemecatan 24 jam. Bagi kes ini jika dirasakan ia adalah pemberhentian tidak adil boleh buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

  • PUTERI says:

    Bagi kes pemecatan 24jam, gaji hanya dibayar sehingga hari terakhir bekerja adakah pekerja boleh menuntut sebarang pampasan? pekerja dipecat atas sebab pelanggaran kontrak bekerja dan juga masalah disiplin.

  • Zam says:

    Salam tuan, sy bekerja diberikan contract 1 + 1 sebelum mendapat pekerja tetap. Selepas 1 tahun untuk pembaharuan kontrak majikan hanya berikan 6 bulan shj kontrak shj. Tiada alasan yg kukuh dari majikan dan tiada kesalahan sy lakukan dari konract yg diberikan dan tiada notice dr majikan tentang salah laku. Apa tindakan yg perlu dibuat memandangkan majikan hanya menyuruh saya mencari kerja d tmpt lain shj.

    • Zahin Byond says:

      Majikan memiliki hak untuk menetapkan tempoh kontrak. Jadi jika majikan ingin mengurangkan tempoh kontrak maka pekerja layak pendapat pampasan bergantung kepada persetujuan kontrak.

  • Hamsuri bin Zainal says:

    Nak tanya, restoran tempat saya ada seorang pekerja (Penolong Pengurus) yang baru 4 bulan disahkan sebagai kakitangan sepenuh masa. Beliau terlalu kerap datang lewat dan pernah mendapat surat amaran. Dalam masa yang sama juga beliau kerap dalam waktu kerja keluar dari tempat kerja menghantar isteri beliau ke tempat kerja dan beliau keluar sehingga hampir 45 minit. Pada waktu kerja juga beliau sering hilang dengan alasan keluar merokok atau ke tandas sehingga lebih 15 minit. Kelakuan ini telah menyebabkan pekerja lain tidak puas hati dan tidak mahu bekerjasama bekerja ketika beliau bertugas kerana banyak kerja tidak dilakukan oleh beliau menyebabkan orang lain perlu melakukan kerja tersebut. Ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk syarikat.

    Sebelum ini, beliau pernah ada rekod pecah amanah melibatkan wang di tempat kerja lama, tetapi syarikat ini memberikan simpati dengan memberi peluang kedua bekerja. Dengan kelakuan beliau yang semakin mendatangkan masalah, dibayar gaji dan jawatan yang kanan, syarikat telah berputus asa dan kecewa, justeru ingin memecat beliau.

    Apakah pemecatan 24 jam boleh dilakukan kerana dikhuatiri jika diberi notis yang panjang, beliau akan melakukan perkara di luar jangkaan terutama sekali melibatkan wang. Mohon panduan.

    • Zahin Byond says:

      Jika ingin berikan notis 24 jam, maka majikan perlu bayar ganti rugi notis. Sebaliknya jika kelakuan pekerja melanggar persetujuan kontrak maka boleh dipecat namun perlu lalui prosedur yang besar seperti pemberian surat amaran dan sebagainya.

  • Cik Noi says:

    Saya mempunyai seorang pekerja yang bermasalah disiplin iaitu kerap ambil mc, cuti tanpa kebenaran ( tidak memohon mengikut polisi syarikat tetapi ada kala beliau ada memberitahu kepada penyelia).Kesan daripada cuti yang tidak apply, majikan ada mengeluarkan surat tunjuk sebab dan juga warning letter sehingga 3 kali dan masih memberi peluang kepada beliau untuk mencari rezeki.
    Akan tetapi beliau masih tidak takut dengan surat-surat amaran majikan dan masih berani mengambil cuti tanpa kebenaran setiap minggu (terutama pada hari isnin & hari jumat)alasan yang kerap kami terima adalah masalah kesihatan, emergency hal famili dan saudara meninggal dunia.
    Oleh itu, boleh ke majikan memecat pekerja ini tanpa notis dan pampasan kerana kesalahan yang berulang?

Leave a Reply