Terbayang wajah-wajah kegembiraan pekerja di Malaysia pada 1 Januari 2023 yang lalu saat Pindaan Akta Kerja Malaysia 1955 telah berkuat kuasa pada hari tersebut. Keputusan ini membawa kelegaan kepada jutaan pekerja di Malaysia dan yakinnya menimbulkan senyuman di wajah mereka.
Kita semua tahu bahawa banyak pekerja di Malaysia terpaksa bekerja lebih masa tanpa mendapat bayaran yang sewajarnya dan kebanyakan dari mereka berasal dari golongan berpendapatan rendah. Akta Kerja 1955 adalah untuk meningkatkan dan memperbaiki perlindungan dan kebajikan pekerja di sektor swasta umumnya di Semenanjung Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menjelaskan tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi meningkatkan dan menambahbaik perlindungan dan kebajikan pekerja di negara ini serta memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selaras dengan standard antarabangsa.
Pindaan ini juga membolehkan semua pekerja, tanpa mengira tangga gaji, membuat tuntutan atau aduan di JTKSM. Ini bermakna bahawa semua pekerja sekarang mempunyai hak yang sama untuk memperoleh perlindungan dan kebajikan seperti yang termaktub dalam undang-undang perburuhan Malaysia.
Pindaan yang sangat dinantikan pastinya pindaan pada Jadual Pertama Akta Pekerja [1955] yang telah mengubah tangga gaji bagi pekerja dari RM2,000 menjadi RM4,000. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40.
Namun, perlu diingat bahawa hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4,000 ke bawah yang memberi perubahan besar kepada waktu kerja pekerja iaitu:
1. Bayaran Kerja Lebih Masa
Pekerja yang bergaji antara RM1,500 hingga RM4,000 berhak mendapat bayaran kerja lebih masa sekiranya bekerja melebihi jam kerja biasa. Bayaran untuk kerja lebih masa ini mestilah tidak kurang daripada 1.5 kali gaji biasa pekerja.
2. Kerja Pada Hari Rehat
Pekerja yang bekerja pada hari rehat seperti cuti mingguan atau cuti umum, berhak mendapat bayaran tambahan yang setara dengan gaji sehari. Jika pekerja bekerja pada hari rehat dan bekerja lebih masa pada hari yang sama, mereka berhak mendapat bayaran kerja lebih masa dan tambahan bayaran hari rehat.
3. Kerja pada Cuti Am
Pekerja yang bekerja pada cuti umum berhak mendapat bayaran tambahan yang setara dengan gaji sehari. Jika pekerja bekerja pada cuti umum dan bekerja lebih masa pada hari yang sama, mereka berhak mendapat bayaran kerja lebih masa dan tambahan bayaran cuti umum
4. Elaun Syif
Pekerja yang bekerja dalam syif berhak mendapat elaun syif. Elaun syif bergantung kepada jenis syif yang dijalankan dan ia mestilah tidak kurang daripada 15% daripada gaji biasa pekerja.
5. Faedah Penamatan Kerja
Pekerja yang telah dihentikan kerja secara tidak sengaja atau kontrak habis berhak mendapat faedah penamatan kerja. Faedah ini bergantung kepada tempoh perkhidmatan pekerja dan ia mestilah tidak kurang daripada 10% daripada gaji biasa pekerja.
Pindaan Utama Pada Waktu Kerja
1. Waktu bekerja Dihadkan 45 jam seminggu
Sebelum akta ini dipinda, pekerja dikehendaki untuk bekerja selama 48 jam seminggu. Tetapi selepas dipinda, waktu bekerja dihadkan kepada 45 jam sahaja seminggu.
Menurut Datuk Seri M Saravanan iaitu bekas Menteri Sumber Manusia menyenaraikan tiga langkah yang boleh digunakan oleh majikan atau industri untuk melaksanakan peraturan baharu yang membenarkan waktu bekerja 45 jam seminggu, iaitu:
- Langkah pertama adalah dengan mengurangkan waktu bekerja harian dalam seminggu. Contohnya, jika seorang pekerja bekerja enam hari seminggu dengan waktu kerja lapan jam sehari, majikan boleh mengurangkan waktu kerja tersebut kepada 7.5 jam sehari.
- Langkah kedua adalah dengan mengurangkan waktu bekerja dalam mana-mana hari dalam seminggu. Sebagai contoh, jika seorang pekerja bekerja enam hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Sabtu dengan waktu kerja lapan jam sehari, majikan boleh memendekkan waktu bekerja pada hari Sabtu daripada lapan jam kepada lima jam.
- Langkah ketiga adalah dengan mengurangkan waktu bekerja mingguan daripada enam hari kepada lima hari bekerja. Majikan bebas untuk memilih mana-mana kaedah yang dinyatakan mengikut kesesuaian operasi masing-masing.
Penting untuk diingatkan bahawa pengurangan waktu bekerja ini tidak boleh membabitkan pengurangan gaji sedia ada pekerja. Majikan yang mengurangkan gaji pekerja boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, majikan perlu memilih kaedah yang sesuai dengan operasi mereka tanpa menjejaskan gaji pekerja.
2. Aturan Kerja Fleksible
Pekerja boleh memohon kepada majikan untuk pengaturan kerja yang fleksibel untuk mengubah jam kerja, hari bekerja atau tempat kerja berhubung dengan pekerjaannya. Jika terdapat perjanjian kolektif, apa-apa permohonan yang dibuat oleh pekerja hendaklah seiring dengan terma dan syarat dalam perjanjian kolektif bersama majikan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim telah mengesahkan bahawa pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan untuk memohon aturan kerja flesksible. Dalam surat permohonan, pekerja perlu menjelaskan dengan terperinci sebab-sebab dan keperluan perubahan waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat kerja yang dimohon.
Majikan kemudiannya perlu memberikan jawapan dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan. Dalam surat balasan bertulis, majikan perlu menyatakan sama ada permohonan tersebut diterima atau ditolak dengan sebab yang diberikan. Jika permohonan diterima, majikan perlu menjelaskan langkah-langkah perubahan yang akan dilaksanakan termasuk perubahan waktu bekerja, hari bekerja, atau perubahan tempat kerja.
Larangan kepada majikan
Majikan tidak boleh mengganggu pekerja selepas waktu kerja tanpa alasan yang kukuh dan pekerja memiliki hak untuk berehat dan majikan wajib menjaga privasi pekerja di luar waktu kerja. Menurut Akta Kerja 1955, pekerja memiliki hak untuk berehat dan majikan wajib menjaga privasi pekerja di luar waktu kerja
Apa yang perlu dibuat jika majikan masih paksa bekerja?
Bayarlah! Sebagai pekerja anda mempunyai hak untuk membuat tuntutan bayaran kerja lebih masa kalau anda diperlukan untuk bekerja lebih dari jam kerja yang sepatutnya. Sebab tu pentingnya untuk memahami Akta Kerja 1955. Segalanya sudah termaktub dibawah Seksyen 60A (1). Sudah pun diperjelaskan bahawa pekerja tidak boleh diarahkan bekerja mengikut syarat-syarat dan terma. Jika disuruh sekalipun, pekerja harus dibayar lebih masa!
Adukan Di saluran yang betul
Elakkan membuat posting dan memarahi majikan anda di media sosial. Jika terdapat majikan yang melanggar pindaan dalam Akta Kerja 1955, majikan atau pekerja yang terkesan boleh membuat tuntutan atau aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di kawasan tempat mereka bekerja. JTK merupakan agensi kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan undang-undang pekerjaan dan menyelesaikan pertikaian dalam industri pekerjaan. Pekerja juga boleh menghubungi kesatuan sekerja atau peguam untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dalam membuat tuntutan atau aduan.
Pekerja perlu memastikan bahawa hak mereka dilindungi dan dipatuhi oleh majikan. Oleh itu, penting bagi pekerja untuk memahami hak mereka di bawah undang-undang perburuhan dan melaporkan sebarang penyalahgunaan atau ketidakpatuhan undang-undang kepada pihak berkuasa.
ADAKAH INSENTIF BOLEH DIBAYAR TANPA LIMIT DAN APA PERBEZAAN INSENTIF DAN ELAUN TETAP
Insentif dan elaun adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata, tiada had minimum atau maksimum ditetapkan.
adakah dibolehkan memaksa pekerja tetap scan out n in time waktu rehat sedangkan tidak keluar rehat.. hanya berada di pejabat
Waktu rehat adalah hak pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja. Tanpa mengira sama ada pekerja keluar atau tidak dari kawasan pejabat, jika polisi menetapkan untuk clock-in dan clock-out pekerja perlu ikutnya.
Assalamualaikum n Hai.. saya nak tanya.. ada sebuah kedai runcit yang agak besar memberikan gaji dibawah gaji minimun RM1500 yang ditetapkan kerajaan iaitu RM800 ++, adakah ianya dibolehkan N tak salah? dan pekerja di kedai itu bekerja setiap hari selama sebulan tanpa cuti atas kehendak sendiri, adakah ianya tidak salah?
Salah. Kadar gaji minimum semasa adalah RM1,500 dan pekerja berhak mendapat 1 hari rehat dalam seminggu. Perkara ini telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.
adakah seorang pekerja yang bekerja di luar kawasan kilang dan lebih dri tempoh waktu bekerja tidak layak mendapat bayaran outstation dan gaji ot serta bgaji loading?????
Bayaran OT adalah apabila majikan minta pekerja bekerja lebih masa, dan mendapat persetujuan bersama. Untuk situasi seperti elaun outstation dan elaun loading ini ia adalah berdasarkan polisi syarikat. Dinasihatkan untuk rujuk polisi dan bincang dengan majikan serta pegawai HR.
Sy bekerja dgn syarikat sekuriti. Adakah waktu bekerja Sy hanya 7.5jm sehari Dan waktu kerja lebih masa menjadi 3.5jam sehari?
Boleh rujuk pada kontrak kerja dan polisi waktu bekerja syarikat ya.
untuk kerja lebih masa adakah majikan perlu memberi rehat kepada pekerja setelah habis waktu kerja biasa, jikalau ya adakah rehat yang diberikan tu perlu dibayar?
OT hanya dibayar berdasarkan jam bekerja sahaja ya.
Formula 26 tu apa ya? Adakah hari bekerja? Jika hari bekerja sebulan sy adalah 18 hari. Macam mana cara kira?
Adakah 18 hari tersebut masuk hari Sabtu dan Ahad?
Boleh kah majikan menyuruh kami utk mulakan kerja 15 minit awal setiap hari sebelum waktu kerja sebenar bermula iaitu jam 9am-6pm?
15 minit awal itu adalah kerja cleaning tempat kerja.
Jika tugasan tersebut bukan berkaitan kerja hakiki maka ia adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata. Tetapi jika diminta bekerja lebih masa maka majikan perlu bayara OT ya.