Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah sebuah dana persaraan yang dibina untuk memastikan pekerja di Malaysia mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara. Ia bukan sekadar akaun simpanan, tetapi instrumen kewangan jangka panjang yang memberi dividen tahunan.
Namun dalam ekonomi hari ini, kita mungkin tidak boleh lari daripada hutang, sama ada hutang kad kredit atau sebagainya. Akibatnya, ramai mula tertanya-tanya adalah bolehkah saya keluarkan duit KWSP untuk bayar hutang?
Soalan ini timbul kerana ramai melihat KWSP sebagai ‘simpanan besar’ yang boleh menjadi jalan keluar segera ketika kewangan terhimpit.Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan KWSP bukan diwujudkan untuk tujuan membayar hutang peribadi tetapi untuk persaraan.
Kenapa Tidak Boleh Keluarkan KWSP Untuk Bayar Hutang?
KWSP tidak membenarkan pengeluaran untuk membayar hutang peribadi, hutang kad kredit, pinjaman kenderaan, atau PTPTN. Pengeluaran KWSP dikawal ketat kerana ia melibatkan simpanan persaraan yang sepatutnya kekal utuh.
Walaupun tidak boleh digunakan untuk hutang peribadi, terdapat satu bentuk hutang yang dibenarkan iaitu hutang pinjaman perumahan. Ini kerana pemilikan rumah dilihat sebagai keperluan asas dan pelaburan jangka panjang yang menyokong kesejahteraan persaraan ahli.
Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Bayar Pinjaman Perumahan
KWSP Akaun 2 membenarkan pengeluaran bagi tujuan:
- Mengurangkan baki pinjaman perumahan; atau
- Melangsaikan keseluruhan pinjaman perumahan.
Ini termasuk pinjaman untuk rumah siap, rumah dalam pembinaan, dan pembelian rumah daripada pemaju atau individu.
Syarat pengeluaran KWSP untuk tujuan ini termasuk:
- Rumah mesti menjadi cagaran pinjaman.
- Pinjaman diambil daripada institusi kewangan yang diiktiraf KWSP.
- Baki dalam KWSP Akaun 2 mestilah mencukupi.
- Pengeluaran biasanya dibenarkan sekali setahun.
Untuk sebarang rujukan lanjut mengenai pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi membayar pinjaman perumahan boleh layari laman rasmi KWSP.
Bagaimana Dengan Hutang Lain? (Kad Kredit, Peribadi, PTPTN, Kenderaan)
Sekali lagi diingatkan bahawa KWSP tidak membenarkan pengeluaran untuk:
- hutang kad kredit
- hutang peribadi
- pinjaman kenderaan
- bayaran pendidikan tertunggak
Selain itu, dalam sejarah, kerajaan pernah membenarkan pengeluaran khusus seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra. Namun perlu ditegaskan ia adalah langkah sementara yang diluluskan semasa pandemik COVID-19. Pengeluaran khas ini berdasarkan polisi KWSP dalam keadaan tertentu, bukan penanda aras baharu.
Risiko Jika Keluarkan KWSP Untuk Bayar Hutang
Sekiranya KWSP digunakan untuk tujuan selain persaraan, risikonya bukan kecil. Ia memberi kesan domino terhadap masa depan kewangan.
- Pengurangan Simpanan Persaraan
- Setiap ringgit yang keluar hari ini bermakna kurang bekalan ketika anda benar-benar memerlukannya nanti.
- Kewangan Tidak Stabil Pada Usia Tua
- Tanpa simpanan yang cukup, anda mungkin berdepan tekanan kewangan ketika tidak lagi bekerja.
- Hilang Peluang Dividen Jangka Panjang
- Dividen KWSP berganda tahun demi tahun dan kesan compounding ini hilang apabila simpanan dikeluarkan awal.
- Tidak Menyelesaikan Punca Hutang
- Masalah hutang biasanya berpunca daripada aliran tunai atau disiplin kewangan, bukan kekurangan simpanan.
Baca juga: Panduan Penuh Pengeluaran KWSP (Akaun 1, Akaun 2, Akaun 3)
Akhir katanya di sini, pengeluaran KWSP tidak dibenarkan untuk hutang peribadi, kecuali pinjaman perumahan melalui KWSP Akaun 2 yang memenuhi Syarat Pengeluaran KWSP tertentu.
Jika anda memerlukan untuk buat pengeluaran adalah dinasihatkan untuk membuat pengeluaran pada Akaun 3 (Akaun Fleksibel) yang membenarkan ahli membuat pengeluaran pada bila-bila masa. Namun, dinasihatkan untuk semak syarat pengeluaran sebelum membuat sebarang keputusan pengeluaran nanti.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







