Oleh kerana perubahan dunia pekerjaan yang makin kompetitif, program peningkatan latiihan dan kemahiran untuk pekerja sering menjadi perhatian dalam memastikan tenaga kerja yang releven dan kekal berdaya saing.

Melalui program latihan yang terancang untuk membina pengetahuan dan kemahiran, HRD Corp menjadi tunjang utama dalam menyediakan sokongan sehingga pembiayaan dan akses kepada kursus yang boleh membantu majikan melatihan pekerja mereka secara berkesan.

Mengapa Program Latihan & Peningkatan Kemahiran Penting untuk Pekerja?

  1. Menyokong Keperluan Industri & Perkembangan Teknologi

Industri bergerak pantas dengan kemunculan automasi, kecerdasan buatan (AI), dan sistem digital. Oleh itu, tenaga kerja perlu menguasai kemahiran ini agar kekal kompetitif. 

Program peningkatan latihan dan kemahiran untuk pekerja membantu menyediakan kemahiran yang relevan mengikut perkembangan industri dan mempersiapkan mereka untuk cabaran pasaran.

  1. Meningkatkan Kemahiran Sedia Ada dan Kecekapan Kerja

Latihan berkualiti mengurangkan kesilapan kerja, meningkatkan ketepatan, dan mempercepatkan proses tugasan. Pekerja yang mengikuti latihan secara berkala mampu menghasilkan kerja berkualiti tinggi, sekali gus menyumbang kepada kecekapan operasi syarikat.

  1. Menjamin Pematuhan Undang-Undang Buruh dan Keselamatan

Dengan peraturan pekerjaan yang ketat, latihan pematuhan amat penting untuk memastikan pekerja memahami hak, tanggungjawab, serta peraturan keselamatan di tempat kerja. 

Latihan keselamatan dan etika kerja dapat mengurangkan risiko kemalangan serta meminimumkan pelanggaran undang-undang yang boleh memberi kesan buruk kepada syarikat.

Manfaat Utama Program Latihan kepada Pekerja dan Majikan

  • Peningkatan Produktiviti

Pekerja yang berkemahiran tinggi menghasilkan kerja dengan lebih cepat dan tepat. Hubungan kukuh antara kemahiran pekerja dan produktiviti menjadikan latihan sebagai pelaburan strategik dalam organisasi.

  • Motivasi, Kepuasan, dan Kesetiaan Pekerja

Program latihan memberikan mesej bahawa syarikat menghargai pekerja mereka. Peluang pembelajaran meningkatkan rasa kepunyaan, semangat kerja, serta komitmen jangka panjang. 

  • Daya Saing Organisasi

Dengan sokongan program HRD Corp seperti MySyarikat Academy dan On-the-Job Training (OJT), syarikat dapat membina tenaga kerja yang inovatif, fleksibel, dan mampu bersaing dalam pasaran global.

Bagaimana Program Latihan Menyokong Pertumbuhan Kerjaya Pekerja?

  • Peluang Meningkat Taraf Kemahiran
    • Melalui program peningkatan latihan dan kemahiran untuk pekerja, individu dapat mengakses kursus bersubsidi untuk mengembangkan kemahiran teknikal, digital, dan soft skill.
  • Laluan Kerjaya yang Lebih Jelas
    • Latihan berterusan membolehkan pekerja merangka laluan kerjaya yang lebih kukuh. Dengan kemahiran yang dipertingkatkan, mereka lebih layak untuk kenaikan pangkat, memikul tanggungjawab baharu, dan membina kompetensi jangka panjang.

Baca juga: Kepentingan Latihan Pekerja Untuk Manfaat Syarikat

Kesimpulannya, program peningkatan latihan dan kemahiran untuk pekerja bukan sahaja meningkatkan prestasi individu, tetapi juga memberi impak besar terhadap kejayaan sesebuah organisasi syarikat.

Dalam era yang dipacu teknologi, kepentingan latihan pekerja tidak boleh dipandang ringan. Usaha berterusan dalam pembangunan kemahiran adalah aset jangka panjang bagi syarikat dan pekerja menjadi rakan strategik utama dalam menjayakan agenda pembangunan tenaga kerja Malaysia.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of a female employee doing e-invoice by LHDN
Apa Itu e-Invois? Pelaksanaan & Cara Buat e-Invois di MalaysiaHRDF/HRD Corp

Apa Itu e-Invois? Pelaksanaan & Cara Buat e-Invois di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondDecember 29, 2025
Cara Tuntut HRD Corp (HRDF) OnlineHRDF/HRD Corp

Cara Tuntut HRD Corp (HRDF) Online

Zahin ByondZahin ByondNovember 4, 2025
picture of a man with HRD Corp logo
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HRDCHRDF/HRD Corp

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HRDC

Zahin ByondZahin ByondSeptember 19, 2025

Leave a Reply