
CP39 dan CP38: Apa yang Perlu Anda Tahu tentang PCB di Malaysia
Setiap individu yang bekerja di Malaysia akan dikenakan cukai pendapatan, di mana hasil kutipan cukai yang diperolehi itu akan digunakan untuk membantu membiayai pembangunan negara bagi kegunaan rakyat. Menurut syarat yang digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN), jika anda menerima gaji sebanyak RM34,000 setahun atau lebih kurang RM2,833.33 sebulan selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan