Untuk penetapan Carta Organisasi, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:
Langkah 1 : Klik Organization Chart. Sistem akan memaparkan hierarki pekerja dalam syarikat secara visual. Susunan carta organisasi berdasarkan pekerja yang didaftarkan terlebih dahulu.

Langkah 2 : HR/Admin boleh klik ikon titk tiga untuk opsyen mencari dan memilih nama pekerja di bawah penyeliaan.
Langkah 3 : Klik Save. Sekiranya HR/Admin menukar atau menambah pekerja, sistem akan menunjukkan jumlah pekerja di bawah penyeliaanya.


Nota : Dari kiri ke kanan, fungsi ikon adalah seperti berikut:

– Ikon panah ke atas ⏶ menandakan fungsi untuk mengecilkan atau mengembangkan semua cabang carta serentak.

– Ikon X dalam kotak menandakan fungsi menetapkan semula paparan zoom ke keadaan asal.

– Ikon bulatan dengan anak panah melengkung menunjukkan fungsi “fit to screen” iaitu menyelaraskan carta agar sesuai dalam paparan skrin.

– Ikon penapis menandakan fungsi tapisan, HR/Admin boleh menapis carta mengikut jabatan, jawatan, atau nama.
