Skip to main content

Nota penting:

  1. Untuk penetapan gaji pro-rata (Pro-rated salary) hanya boleh dilakukan melalui website sahaja.
  2. Pastikan butang pro-rata telah diaktifkan sebelum pendaftaran pekerja & “generate Payroll” dibuat didalam sistem.
  3. Hanya pekerja yang baru didaftarkan & “generated Payroll” di dalam sistem sahaja gaji mereka akan di pro rata secara automatik.
  4. Untuk staf baru, gaji pro-rata akan diambil mengikut kepada “Date Joining”
  5. Untuk staf yang berhenti pada awal, pertengahan atau hujung bulan, gaji pro-rata akan diambil mengikut kepada “Date of Resigned”

Untuk penetapan gaji pro-rata pada System Setting, pihak HR/Admin boleh rujuk langkah berikut:

Langkah 1: Klik “System Setting”

Langkah 2: Klik “Payment”

Langkah 3: Pada ruangan Enable “Pro Rata Salary”, klik “Enable”

Langkah 4: Pada ruangan “Wage Calculation”, pilih “Basic Salary” atau “Gross Salary”

Langkah 5: Pada ruangan “Total working days in a month”, pilih “Every Days”, “Working Days Only” atau “Custom”

Langkah 6: Klik “Save”

Info:

  1. Every Days:
  • Mana-mana tarikh yang disetkan Off Day & Public Holiday akan dikira dalam kiraan gaji pro-rata staf
  • Jika pada bulan tersebut staf ada Unpaid Leave, akan dikira dalam kiraan gaji pro-rata staf
  1. Working Days Only
  • Mana-mana tarikh yang disetkan Off Day & Public Holiday tidak akan dikira dalam kiraan gaji pro-rata staf
  • Jika pada bulan tersebut staf ada Unpaid Leave, tidak akan dikira dalam kiraan gaji pro-rata staf
  1. Custom
  • Pihak HR/Admin boleh pilih untuk pilih butang mana yang ingin di on kan mengikut polisi syarikat masing-masing

Formula Pengiraan Gaji Pro-rata

(Gaji Basic atau Gross Salary bahagi dengan bilangan hari dalam bulan) darab berapa hari staff bekerja pada bulan tersebut

Setelah selesai penetapan “Pro Rata Salary”, semasa “generate Payroll”, mana-mana staf yang sistem “pro-rate” kan gaji mereka, dalam Payroll akan dipaparkan “indicator Prorated”