Skip to main content

Apa itu cukai HRDF?

Cukai HRDF ialah cukai yang mesti dibayar oleh majikan dalam industri tertentu. Cukai ini dikutip oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (PSMB). Hasil daripada kutipan cukai ini adalah bertujuan untuk membantu melatih pekerja dan meningkatkan kemahiran mereka.

Kewajipan majikan perlu mencarum untuk pekerja bergantung kepada 2 perkara.

1. Sektor dan sub-sektor perniagaan.

2. Bilangan pekerja yang ada.

Kelebihan untuk organisasi atau syarikat yang mencarum dengan HRDF adalah akan diberikan bantuan kewangan untuk latihan dan perkembangan pekerja. Boleh menghadiri dan layak menyertai kursus-kursus secara percuma.

Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp bukan saja dapat menikmati pelbagai tawaran latihan sesuai dengan keperluan perniagaan dan industri mereka, malah mereka juga akan dapat memanfaatkan sumbangan serta dana khas dari Kerajaan.

Di bawah Akta PSMB 2001, majikan di bawah kategori tertentu bertanggungjawab untuk membayar levi (sejumlah wang atau bayaran) sebanyak 1% daripada gaji bulanan setiap pekerja dengan 30 % levi berkenaan disalurkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) sejak 2016.

Caruman ni melibatkan majikan, dimana perlu mencarumkan sebanyak 1% daripada gaji pekerja. Tiada penolakan dari bahagian pekerja.

Ia bertujuan bagi membantu melatih pekerja-pekerja daripada syarikat kecil yang tidak mampu menyumbang kepada dana tersebut serta pekerja daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Ganjaran dan manfaat mencarum dengan HRDF

Misi HRD Corp adalah untuk membantu syarikat meningkatkan produktiviti, daya saing, keuntungan syarikat mahupun organisasi mereka, dan untuk menyediakan kemahiran yang diperlukan kepada individu yang ingin menyumbang kepada tenaga kerja yang produktif.

Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp bukan saja dapat menikmati pelbagai tawaran latihan sesuai dengan keperluan perniagaan dan industri mereka, malah mereka juga akan dapat memanfaatkan sumbangan serta dana khas dari Kerajaan.

  • Akses Kepada Peruntukan Latihan Berstruktur

Levi Pembangunan Sumber Manusia ialah cukai yang membantu majikan membiayai latihan untuk pekerja mereka. Selepas tamat latihan, majikan boleh menuntut kos daripada cukai.

  • Pemangkin ke Arah Produktiviti Organisasi

HRD Corporation membantu syarikat mencapai peningkatan produktiviti sehingga 3%. Ini hampir tiga kali lebih berkesan dalam menyumbang kepada produktiviti organisasi kesan ekosistem latihan yang sangat mapan di bawah HRD Corp.

  • Pengiktirafan Peringkat Kebangsaan untuk Organisasi

HRD Corp mengiktiraf majikan berdaftar melalui Anugerah HRD Corp. Ini dilaksanakan bagi mengiktiraf usaha pertubuhan itu bagi membangunkan modal insan untuk negara. Akreditasi ini membolehkan majikan mengambil pekerja baru dan mengekalkan pekerja yang lebih sesuai dengan organisasi mereka kerana mereka memberi tumpuan khusus kepada kemahiran dan pembangunan.

  • Bekalan Kursus dan Penyampaian Berkualiti yang Sesuai dengan Industri

Melalui penyelidikan dan penglibatan industri yang meluas, HRD Corp telah mengumpul data, pengetahuan dan pengalaman dalam kemahiran dan latihan merentas pelbagai industri selama lebih 28 tahun. Melalui Rangka Kerja Kompetensi Industri HRD Corp, yang disokong oleh pelbagai data analisis, kursus yang didaftarkan dalam HRD Corp dinilai dengan teliti untuk memastikan latihan yang anda bakal duduki akan membawa nilai yang besar kepada industri.

Siapa yang layak mendaftar dengan HRDF (PSMB)?

Bermula 1 Mac 2021, akses ke HRDF diperluas ke semua industri. Firma dengan 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar, sementara syarikat dengan 5 hingga 9 pekerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.

Semua aktiviti syarikat harus dilindungi di bawah Akta PSMB 2001.

Mana-mana majikan yang dikehendaki mendaftar tetapi belum mendaftar lagi dengan HRDF boleh dikenakan denda hingga RM10,000 dan atau menghadapi hukuman penjara hingga satu tahun.

Sila ambil maklum bahawa majikan di bawah industri yang baru dimasukkan diberi pengecualian dari pungutan HRDF selama 3 bulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2021. Pengecualian kemudian dilanjutkan sehingga Januari 2022 (tiada pungutan cukai dilakukan untuk penggajian bulan Jun hingga Disember 2021).

Proses pendaftaran majikan baru

  1. Majikan perlu mengisi Borang 1 dan lampirkan semua dokumen sokongan (imbas dan lampirkan dokumen berserta borang). Borang 1 hendaklah diisi oleh syarikat yang mempunyai lebih daripada 10 pekerja Malaysia dan jenis perniagaan dilindungi di bawah Akta PSMB 2001.
  2. Permohonan anda akan disemak oleh pegawai dalam masa 30 hari dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada syarikat.

Perberhentian majikan, pembatalan pendaftaran atau proses pemerolehan

  1. Mematuhi dan memahami syarat untuk majikan membatalkan pendaftaran.
  2. Senarai semak untuk Proses Pembatalan Pendaftaran, Penghentian dan Pemerolehan.
  3. Isi Borang 4 untuk Penghentian ‘Menjadi Majikan’ atau Borang 4A untuk ‘Pembatalan Pendaftaran Majikan’ ATAU Borang 4 dan Borang 5 untuk ‘Pengambilalihan syarikat’ dengan menggunakan (eTRiS) atau hantar permohonan ke Ibu Pejabat HRD Corp atau cawangan masing-masing.
  4. Permohonan akan disemak oleh pegawai dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada syarikat.

Bagaimanakah Cukai HRDF dikira?

  • Cukai HRDF = Cukai HRDF% x (Gaji Asas + Elaun Tetap).
  • Levi = (Jumlah gaji atau gaji pokok + elaun tetap) x 1%
[Gaji asas adalah gaji yang belum ditolak dari sebarang pembayaran]

*Hanya untuk syarikat yang mempunyai 10 atau lebih pekerja di Malaysia

  • Levi = (Jumlah gaji atau gaji pokok + elaun tetap) x 0.5%
[Gaji asas adalah gaji yang belum ditolak dari sebarang pembayaran]

*Hanya untuk syarikat yang mempunyai 5-9 pekerja di Malaysia

Sumbangan HRDF dikira berdasarkan gaji pokok ditambah dengan sebarang elaun tetap kecuali elaun perjalanan.

Melalui inisiatif ini membolehkan Kementerian menerajui misi untuk menambah jumlah majikan yang dilindungi di bawah Akta PSMB 2001 bagi meningkatkan tenaga kerja mahir yang fleksibel dan responsif terhadap keperluan perniagaan serta dapat mempertingkatkan ekonomi negara.

Leave a Reply