Pemberhentian dan pemecatan pekerja merupakan antara proses yang paling sukar untuk mana-mana majikan. Ia bukan sahaja dianggap perkara yang sensitif tetapi memiliki prosedur tersendiri bagi memastikan tidak berlakunya pemecatan tidak adil.
Oleh itu, artikel kali ini menerangkan sebab-sebab yang boleh seseorang pekerja diberhentikan kerja oleh majikan serta menjelaskan proses pemberhentian yang betul bagi meminimumkan sebarang risiko pemberhentian tidak adil.
Sebab-Sebab Pekerja Boleh Diberhentikan
Terlebih dahulu mari kita lihat beberapa sebab yang membolehkan seseorang pekerja itu diberhentikan kerja oleh majikan. Suka diingatkan untuk pemberhentian ataupun pemecatan ini ia perlukan alasan yang sah dan substantif.
Jadi rujukan utama untuk artikel kali ini adalah Akta Perhubungan Perusahaan (1967). Pada Seksyen 20 ada menggariskan tentang perwakilan untuk pemecatan.
- Jika seseorang pekerja, tidak kira sama ada dia seorang ahli daripada kesatuan sekerja pekerja atau sebaliknya, menganggap bahawa dia telah diberhentikan kerja tanpa sebab atau alasan yang adil oleh majikannya, dia boleh membuat perwakilan secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk dikembalikan semula dalam pekerjaannya dahulu; perwakilan boleh difailkan di pejabat Ketua Pengarah yang berhampiran dengan tempat itu pekerjaan yang mana pekerja itu diberhentikan.
Mudah katanya di sini adalah jika anda dapati dipecat atau diberhentikan oleh majikan tanpa sebarang sebab yang munasabah, tiada bukti, tiada alasan kukuh atau atas sebab peribadi yang tiada kaitan dengan kerja maka aduan boleh dibuat ke Jabatan Perhubungan Industri.
Sungguhpun tidak dinyatakan pula definisi ‘sebab atau alasan yang adil’ tersebut, secara umumnya ini adalah beberapa sebab biasa yang membolehkan seseorang pekerja itu diberhentikan kerja oleh majikan.
- Salahlaku Pekerja
Salahlaku ini didefinisikan sebagai apa-apa tidakan yang berlawanan dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan sama ada seperti yang dinyatakan dalam kontrak atau yang disebut oleh majikan.
Jika pekerja didapati bersalah selepas siasatan yang dilakukan oleh majikan, maka menurut penetapan Seksyen 14, Akta Kerja 1955 menggariskan bahawa majikan boleh:
- Pecat pekerja tanpa notis.
- Turunkan pengkat pekerja dalam syarikat.
- Berikan hukuman ringan atau disiplin
- Menggantungkan pekerja untuk tempoh tidak lebih 2 minggu.
- Prestasi Buruk Pekerja
Antara sebab lain yang membolehkan pekerja diberhentikan atau dipecat oleh majikan adalah kerana prestasi kerja yang buruk. Dalam kes seperti ini majikan mesti memiliki bukti yang menunjukkan bahawa pekerja telah diberi peluang untuk perbaiki diri dan surat amaran.
Ia diguna pakai untuk semua jenis pekerja tanpa pengira status. Bagi pekerja percubaan, mereka juga boleh dipecat sekiranya gagal untuk mempamerkan prestasi yang baik di dalam tempoh percubaan mereka.
- Lebihan atau Pengurangan Pekerja
Sesetangah syarikat mungkin mengalami lebihan (redundency) pekerja dan memerlukan untuk membuat pengurangan (retrenchement). Sekiranya juga syarikat membuat keputusan untuk menutup operasi, maka majikan boleh memberhentikan pekerja yang bekerja dengannya.
Akan tetapi bagi kes seperti redundancy dan retrenchment ini terdapat 2 skim pemisahan pekerjaan yang boleh syarikat amalkan bagi memastikan pemecatan tidak adil daripada berlaku.
- Skim Pemisahan Sekarela / Voluntary Separation Scheme (VSS) – majikan tawarkan pilihan untuk pekerja berundur diri secara sukarela dan dibayar dengan pampasan secara adil.
- Skim Pemisahan Wajib / Mutual Separation Scheme (MSS) – majikan dan pekerja capai persetujuan untuk tamatkan perkhidmatan, faedah pampasan dan rundingan yang diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Pemecatan Tidak Adil
Seperti namanya, pemecatan tidak adil adalah apabila berlakunya kes pekerja diberhentikan tanpa sebab serta alasan kukuh. Ini bermakna majikan gagal untuk menunjukkan sebarang bukti substantif yang adil untuk justifikasikan pemecatan tersebut.
Perlu difahamkan pemecatan tidak adil ini dikecualikan daripada pemecatan konstruktif atau pengunduran diri secara paksa. Ia selalunya berlaku dengan majikan memiliki masalah peribadi dengan pekerja atau menurunkan pangkat kerana ketidakpuasan hati.
Cara Pemecatan dan Pemberhentian Secara Sah
Untuk pemberhentian secara adil yang mengikut peruntukan undang-undang boleh dirujuk pada Seksyen 12, Notis Penamatan Kontrak Akta Kerja 1955. Di sini ia ada menerangkan bahawa:
- Mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh pada bila-bila masa memberikan kepada pihak yang satu lagi notis tentang niatnya untuk menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut.
- Panjang tempoh notis tersebut hendaklah sama bagi kedua-dua majikan dan pekerja dan hendaklah ditetapkan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan, atau sekiranya tiada peruntukan sedemikian secara bertulis, hendaklah tidak kurang daripada-
- Empat minggu notis jika pekerja telah bekerja sedemikian selama kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu diberikan;
- Enam minggu notis jika dia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut;
- Lapan minggu notis jika dia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai menghalang mana-mana pihak daripada melepaskan haknya kepada notis di bawah subseksyen ini.
Jadinya untuk pemberhentian ini mana-mana pihak sama ada majikan atau pekerja yang ingin menyatakan niat untuk menamatkan kontrak perkhidmatan boleh berbuat sedemikian dengan menghantar notis.
Bagi pemecatan pula ia mesti lalui proses yang betul dengan mengeluarkan surat show cause kemudian diikuti dengan surat amaran awal dan akhir, sebelum memberhentikan pekerja sama ada kesalahan salahlaku atau perlanggaran kontrak.
Kesimpulannya, majikan memiliki hak untuk memecat dan memberhentikan pekerja namun ia memerlukan sebab serta alasan yang kukuh untuk membuat sedemikian. Jika anda seoarang pekerja yang dapati diri dipecat secara tidak adil maka aduan boleh dibuat pada saluran yang betul.
Mari Kami Bantu Tingkatkan Pengalaman Kerja Syarikat Anda Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?
Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji, pengurusan cuti dan claim, pengurusan kehadiran sehingga pengurusan prestasi semuanya dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!