Skip to main content

Penggunaan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) sangat tidak asing dalam kehidupan seharian kita kini. Daripada tugasan semudah menulis sehingga berinteraksi, AI mulai menguasai banyak perkara dalam elemen kehidupan kita.

Lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan mengintegrasikan penggunaan AI sangat membantu terutama untuk mengautomasikan bahagian pengurusan dan sumber manusia (HR) yang melibatkan tugasan berulang dan sukar.

Jadinya artikel kali ini akan menerangkan manfaat mengintegrasikan AI ke dalam sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) untuk mengautomasikan segala tugasan manusia dengan janaan kecerdasan komputer yang pintar.

HRMS dan AI 

Salah satu daripada kebimbangan utama ramai orang adalah penggunaan AI yang dikatakan akan menggantikan manusia, terutamanya dalam menjalankan tugasan kerja hakiki. Mungkin ada benar kebimbangan ini kerana kita sudah terbiasa melakukan tugasan-tugasan kerja dengan tangan kita sendiri.

Namun, dengan wujudnya sistem automasi ia sebenarnya tidak menyingkirkan manusia tetapi sebaliknya memudahkan corak kerja manual yang dibuat sebelum ini. Mudah katanya kita menggunakan mesin untuk meringankan bebanan kerja manual sebelum ini.

Macam mana tu?

Mari mengambil contoh HRMS. Sebagai makluman HRMS merupakan sebuah rangkaian perisian yang direka untuk menguruskan kitaran pengurusan pekerja di bahagian sumber manusia. Ia melibatkan automasi tugasan berulang supaya pekerja tidak perlu membuatnya secara manual lagi.

Mengambil contoh HRMS terbaik untuk pengguna di Malaysia, MySyarikat. Sistem intuitif ini memfokuskan untuk mengautomasikan tugasan harian bahagian HR seperti pengiraan, agihan, pembayaran dan penjadualan.

Dari proses penggajian, pengurusan cuti dan tuntutan sehingga menetapkan KPI serta menyusun jadual kerja pekerja segala-galanya dapat diautomasikan dalam sebuah perisian sahaja iaitu MySyarikat

Ini bermakna pegawai HR tidak perlu lagi membuat setiap tugasan kerja tersebut satu per satu kerana segala peralatan ditawarkan dalam sebuah sistem sahaja. Selain itu, setiap peralatan ini dihubungkan diantara satu sama lain maka ia melancarkan segala tugasan dalam satu ekosistem, ini yang dikenali sebagai automasi.

Bagaimana pula dengan AI? Sama ke fungsinya dengan HRMS?

Integrasi AI ke dalam HRMS bagaikan menambah sepasang lagi tangan untuk meningkatkan kebolehan sistem dan perisian pengurusan sumber manusia tersebut. Kita mengambil contoh MySyarikat sekali lagi.

Jika automasi digunakan untuk tugasan berulang-ulang, penggunaan AI pula dapat membantu untuk menyelesaikan masalah kompleks dalam pemprosesan. Seperti pengiraan gaji pekerja yang perlu ditolak dengan caruman-caruman wajib, dengan penggunaan janaan komputer ia dapat dibuat dalam sistem tanpa memerlukan pengiraan secara manual.

Secara tidak langsung janaan berkomputer ini boleh mengurangkan sebarang kesilapan manusia seperti salah kira, salah jumlah, salah masukkan ke akaun dan sebagainya. Ia bagai satu tangan tambahan yang mempercepatkan lagi proses kerja sedia ada.

Kegunaan AI Dalam HRMS

Automasi merupakan kata kunci utama apabila melibatkan HRMS. Ia bukan sahaja dapat memudahkan tetapi dalam masa yang sama mempercepatkan tugasan-tugasan pegawai HR dalam kerja seharian mereka.

Berikut adalah beberapa manfaat dan kegunaan AI dalam HRMS dalam membantu tugasan harian pegawai HR.

  1. Bantu Proses Membuat Keputusan Dengan Lebih Baik

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah sifat manusia cenderung untuk bias dan melakukan kesalahan. Rentetan daripada itu keputusan yang dibuat kadang-kadang tidak tepat ataupun berat sebelah.

Tetapi dengan penggunaan HRSM sebarang keputusan akan dijana berdasarkan maklumat terkumpul tanpa prejudis atau terdedah pada sikap bias manusia. Ini secara tidak langsung membantu pegawai HR membuat keputusan dengan lebih baik.

  1. Bantu Proses Automasi Dengan Lebih Efisien

Tugasan yang berulang-ulang seperti penjadualan, mengisi kertas kerja atau memasukkan data boleh jadi tugasan yang melecehkan. Lebih-lebih lagi jika ia dalam kuantiti yang banyak dan besar sehingga memakan masa untuk menyiapkannya.

Disebabkan itu HRMS dapat mengautomasikan segala tugasan tersebut dengan janaan komputer sahaja. Melaluinya pegawai HR bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi boleh menjadikan kerja tersebut lebih efisien dengan beberapa klik sahaja.

  1. Bantu Proses Kumpul dan Permudahkan Data

Era digital kini sangat mementingkan pengumpulan data kerana daripadanya keputusan dapat dijana tanpa bias, dan disebabkan data dalam bentuk digital ia memerlukan sistem yang mampu untuk membacanya dengan pantas.

Penggunaan HRMS dapat memudahkan proses untuk kumpulkan dan proses data tersebut menjadi sumber bacaan yang difahami. Pegawai HR boleh melihat corak, analisis dan data yang tepat dalam masa yang singkat sahaja.

  1. Bantu Naik Taraf Pengalaman Pekerjaan

Faktor utama yang membuatkan pekerja setia bekerja dengan syarikat selain gaji adalah pengalaman pekerjaan yang baik. Jika segala keperluan asas pekerja dapat dipenuhi dan pekerja berasa mudah untuk berkomunikasi dan berinteraksi, maka mereka cenderung untuk kekal lama dengan sesebuah syarikat.

Rentetan daripada itu penggunaan HRMS sangat penting kerana ia memudahkan segala proses untuk pekerja seperti memohon cuti, tuntutan, susun jadual kerja dan agihan gaji tepat pada masanya setiap bulan.

FAQ

Adakah sistem MySyarikat sama dengan HRMS?

MySyarikat adalah HRMS yang direka khas untuk mengautomasikan tugasan HR dari pengurusan gaji, memproses cuti dan tuntutan, merekod kehadiran, membuat pengumuman, memantau prestasi (KPI) dan segala keperluan bahagian sumber manusia syarikat.

Berapakan harga langganan MySyarikat?

Berita baik kepada anda semua kerana harga langganan MySyarikat adalah sangat berpatutan di mana pada hanya RM15/bulan anda boleh menikmati akses penuh sistem daripada pengurusan claim, payroll, cuti sehingga mengeluarkan borang percukaian tahunan.

Bagaimana untuk melanggan MySyarikat?

Bagi anda yang berminat untuk melanggan sistem MySyarikat boleh layari laman rasmi kami di MySyarikat.com dan tekan ‘Sign Up’. Kemudian bahagian penjualan kami akan membantu anda dalam proses melanggan sistem kami.

Adakah sesi Demo untuk sistem MySyarikat?

Bagi anda yang ingin melihat sendiri bagaimana sistem MySyarikat berfungsi boleh ‘Book Demo’ bersama kami sekarang secara percuma.

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply