Skip to main content

Tidak boleh dinafikan bahagian sumber manusia (HR) adalah nadi penting dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia memberi sokongan dan menghubungkan pekerja bersama majikan bagi memastikan operasi syarikat dapat berjalan lancar.

Namun, tidak boleh dinafikan juga pegawai-pegawai HR adalah manusia biasa yang kenal erti penat dan memiliki kecenderungan untuk membuat kesilapan dalam menguruskan data-data pekerja dalam kuantiti yang banyak.

Tanggungjawab besar, jadi tekanan kerja juga besar!

Disebabkan oleh itu sistem automasi HR di wujudkan bagi membantu pegawai HR mengurus data pekerja dan melaksanakan tugasan rumit yang sebelum ini dibuat secara manual bertukar jadi lebih mudah.

Apa itu Sistem Automasi HR?

Perkembangan teknologi yang semakin pesat kini telah banyak bantu memudahkan kerja-kerja manual yang rumit terutamanya berkaitan pengiraan dalam jumlah yang besar. Atas faktor itu banyak syarikat mula beralih ke arah mengautomasikan bahagian HR bagi memudahkan pengiraan, seterusnya menjadikan pengurusan kerja jadi lebih efisen.

Sistem automasi HR adalah perisian digital yang membolehkan tugasan berulang atau yang makan masa yang lama diautomasikan dengan janaan komputer. Ia juga mendigitalkan tugasan pentadbiran supaya kerja jadi lebih teratur dan lancar.

Asalnya sistem automasi HR ini di wujudkan untuk memudahkan tugasan seperti pengiraan gaji dan penfailan tuntutan yang dibuat oleh pekerja. Ia kemudian berkembang maju untuk tangani lebih banyak tugasan-tugasan rumit lain termasuk bahagian pentadbiran.

Suka diingatkan bahawa sistem automasi HR digunakan untuk memudahkan atau mengurangkan kesalahan dalam melakukan pengiraan dan tuntutan, jadi jangan ingat pegawai HR anda tiada kerja pulak!

Malah, pegawai HR perlu memiliki kepakaran dan hadiri latihan untuk menggunakan sistem automasi HR kerana ia merupakan sebuah mesin yang memerlukan operator untuk dikendalikan. Lebih cekap si pengendali, lebih lancar mesin beroperasi!

Kelebihan Sistem Automasi HR

Penggunaan sistem automasi HR sekarang ini lebih meluas berbanding tujuan asalnya yang hanya digunakan untuk mengira gaji dan tuntutan. Ia berevolusi ikut keperluan, seiring dengan peningkatan isu yang dihadapi pada bahagian lain seperti pentadbiran dan pengurusan. Maka, tidak hairan sistem automasi HR semakin jadi pilihan kebanyakan syarikat sekarang ini.

Antara kelebihan utama menggunakan sistem automasi HR adalah:

1. Meningkatkan efisiensi

Tugas-tugas HR serta berkaitan pentadbiran yang rumit dan dibuat secara manual sehingga memakan masa yang lama kini dapat diselesaikan dengan kaedah pendigitalan. Ini bermakna tugasan kompleks dapat diautomasikan menggunakan komputer untuk jadi lebih efisen.

Senang cerita, kerja yang melibatkan data pekerja dalam kuantiti yang banyak kini jadi lebih mudah dengan ada sistem komputer automatik, dan pegawai HR boleh fokus kepada masalah besar lain untuk tingkatkan efisiensi kerja serta syarikat.

2. Mengurangkan kesalahan

Sebarang pengiraan seperti gaji, tuntutan pekerja, cukai atau bayaran kerja lebih masa (OT) dapat diuruskan dengan lebih mudah tanpa bimbang berlakunya kesalahan. Sistem komputer akan buat pengiraan secara automatik, seterusnya mengurangkan kesalahan pengiraan manual.

Andai kata terdapat kesalahan sekali pun pegawai HR tidak perlu membuat pengiraan dari awal, sebaliknya membetulkannya pada bahagian yang salah dan sistem akan automatik betulkan pada bahagian yang lain.

3. Meningkatkan komunikasi perhubungan

Antara masalah utama pegawai HR lalui adalah berhubung secara terus dengan pekerja. Hal ini berlaku kerana jumlah pekerja yang besar menyukarkan pegawai HR jumpa satu persatu atau menguruskan sebarang aduan dengan lancar.

Penggunaan sistem automasi boleh melancarkan komunikasi serta perhubungan antara pekerja. Ia menjadi medium tengah untuk pekerja memohon cuti atau sebagainya tanpa perlu tercari-cari pegawai HR. Malah, pegawai HR boleh buat pengesahan permohonan dengan pantas.

MySyarikat, Sistem Automasi HR Pilihan Anda

MySyarikat adalah sebuah aplikasi perisian HR yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri untuk membantu pegawai HR, majikan dan pekerja dalam menguruskan proses HR dengan lebih cekap dan mudah.

Dengan platform HR intuitif MySyarikat, semua orang – dari pasukan HR hingga majikan dan pekerja – dapat menguruskan pekerja dengan lebih mudah dan efisien.

Nikmati kelebihan platform HR intuitif MySyarikat,

  1. Kehadiran Pintar/ Smart Attendance
  2. Pengurusan Pekerja/ Employee Management
  3. Memudahkan Permohonan Cuti/ Simplified Leave Processess
  4. Pengurusan tuntutan/ Claim Management
  5. Pengurusan Gaji Automatik dan Terjamin/ Secured and Automated Payroll
  6. Pengumuman Pintar/ Smart Announcement
  7. Mesra Pekerja/ Employee Self Service
  8. Syarikat Pelbagai/ Multi-Company
  9. Notifikasi Terkini/ Real Time Notification

Rasai sendiri pengalaman automasi sistem HR dengan muat turun aplikasi MySyarikat melalui App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang!

Leave a Reply