Pada 11 Mei 2024 lalu pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat penstrukturan semula akaun-akaun yang ditawarkan. Kini setiap ahli KWSP memiliki 3 jenis akaun dan salah satu daripadanya bolehkan anda untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa.
Akaun tersebut tidak lain tidak bukan adalah Akaun Fleksibel KWSP atau Akaun 3. Menariknya akaun ini diperkenalkan untuk tujuan memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli dengan had minimum pengeluaran adalah RM50.
Jadi bagi anda yang ingin mengetahui cara membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel KWSP ini, anda perlu baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui syarat dan kaedah bayaran untuk pengeluaran akaun ini.
Akaun Fleksibel KWSP
Di bawah penstukturan semula akaun-akaun KWSP kini caruman bulanan yang dibuat oleh pekerja dan majikan akan dimasukkan ke dalam 3 jenis akaun berbeza. Setiap daripada akaun ini memiliki syarat-syarat pengeluaran dan tujuan tersendiri.
- Akaun Persaraan (dijenamakan semula dari Akaun 1)
- Bertujuan untuk kumpul dan tingkatkan simpanan persaraan jangka masa panjang.
- Kadar agihan caruman sebanyak 75%.
- Pengeluaran penuh semasa mencapai umur persaraan.
- Akaun Sejahtera (dijenamakan semula dari Akaun 2)
- Bertujuan untuk memenuhi keperluan kehidupan pra-persaraan jangka masa sederhana.
- Kadar agihan caruman sebanyak 15%.
- Pengeluaran sebahagian untuk tujuan khas.
- Akaun Fleksibel
- Bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka masa pendek.
- Kadar agihan caruman sebanyak 10%.
- Pengeluaran pada bila-bila masa.
Sebenarnya pengenalan Akaun Fleksibel adalah untuk membantu keperluan kewangan ahli KWSP, dan pengeluarannya digalakkan untuk tujuan kecemasan atau ketika keadaan yang mendesak. Ia secara tidak langsung memberi akses kewangan yang versatil kepada pengguna.
Bagi yang belum tahu penstukturan semula akaun KWSP tidak bermakna anda sebagai ahli perlu membayar lebih. Peratusan caruman pekerja dan majikan masih sama iaitu; pekerja 11% dan majikan 13%. Cuma cara wang yang terkumpul dari 23% tersebut sahaja yang akan di bahagi pada nisbah 75:15:10.
Dalam pada itu suka diingatkan juga bahawa tempoh untuk membuat pemindahaan wang dari Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel telah ditutup pada 31 Ogos lalu. Untuk sebarang persoalan mengenai pemindahan selepas tarikh tersebut boleh dirujuk pada laman rasmi KWSP.
Pengeluaran Dibenarkan KWSP
Sebelum memasuki cara membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP adalah lebih baik untuk kita fahami terlebih dahulu berkaitan kategori pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP. sebenarnya terdapat 2 jenis pengeluaran yang dibenarkan KWSP iaitu,
- Pengeluaran Penuh
- Umur 55 dan 60
- Pengeluaran Sebahagian
- Akaun Fleksibel
- Perbelanjaan Pendidikan
- Umur 50
- Perbelanjaan Kos Haji
- Simpanan Melebihi RM1 Juta
Untuk pengeluaran penuh ini apabila pekerja mencapai umur 55 tahun, Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan digabungkan menjadi Akaun 55. Akaun 55 ini membolehkan anda untuk membuat pengeluaran penuh atau sebahagian pada bila-bila masa.
Andai anda masih bekerja selepas umur 55 tahun pula caruman bulanan KWSP akan dimasukan ke dalam Akaun Emas, dan ia hanya boleh dikeluarkan ketika anda mencapai umur 60 tahun. Jadi rancang persaraan anda dengan baik.
Bagi pengeluaran sebahagian ini pula anda hanya boleh membuat pengeluaran ketika mencapai umur 50 tahun, dan pengeluaran ini akan dibuat dari Akaun Sejahtera sahaja. Selain itu, anda juga boleh buat pengeluaran dari akaun ini sekiranya mencapai RM1 juta atau untuk tujuan khas seperti untuk pendidikan atau melakukan ibadah haji.
Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP
Seperti yang dinyatakan atas Akaun Fleksibel ini merupakan sebahagian daripada pengeluaran sebahagian. Jika anda sudah memindahkan wang ke Akaun Fleksibel ini maka anda sebenarnya sudah layak untuk membuat pengeluaran.
Antara syarat-syarat lain untuk pengeluaran Akaun Fleksibel ini adalah,
- Belum capau umur 55 tahun.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
- Hak minimum pengeluaran adalah RM50.
- Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa.
Untuk membuat pengeluaran ini anda boleh memohonnya melalui aplikasi KWSP i-Akaun, layari portal web i-Akaun (Ahli) atau melawat terus ke pejabat KWSP terdekat.
Bagi yang membuat permohonan dari aplikasi KWSP i-Akaun ini adalah beberapa langkah yang boleh diikuti.
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu Pengeluaran, pilih Keluarkan Simpanan Anda.
- Pilih Akaun Fleksibel dan pilih Keluar Sekarang.
- Masukkan jumlah pengeluaran dan pilih Teruskan.
- Kemas kini maklumat akaun perbankan dan tekan Teruskan.
- Tekan Terima jika bersetuju dengan Perakuan Ahli, masukkan nombor TAC.
- Permohonan berjaya dihantar.
Automasikan Pembayaran Caruman dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pembayaran gaji sehingga caruman pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus perniagaan mengira, membayar dan menetapkan jadual pembayaran gaji bulanan secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!