Setiap daripada kita pasti teringin untuk memiliki rumah sendiri. Hasil usaha dari titik peluh bekerja dan menyimpan dalam akaun simpanan, pasti membuahkan hasil memuaskan apabila kita dapat membeli rumah pertama kelak.
Tetapi tahukah anda bahawa kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan ahlinya untuk membuat sebahagian pengeluaran daripada akaun untuk tujuan pembelian rumah pertama? Menariknya lagi anda juga kini boleh membuat pengeluaran untuk membayar ansuran rumah!
Jadi artikel kali ini akan menerangkan tentang pengeluaran beli rumah yang dibenarkan KWSP kepada ahlinya serta syarat-syarat untuk membuat pengeluaran tersebut.
Jenis-Jenis Pengeluaran Beli Rumah KWSP
Sebelum membuat keputusan mengeluarkan wang daripada simpanan persaraan untuk membeli rumah, adalah lebih baik untuk kita faham terlebih dahulu berkaitan jenis-jenis pengeluaran beli rumah yang dibenarkan KWSP.
Rujukan pada artikel ini adalah ringkasan semata-mata, jadi untuk sebarang penerangan lanjut mengenai proses dan kelayakan ahli untuk membuat pengeluaran adalah dinasihatkan layari laman rasmi KWSP sendiri.
Berikut adalah pengeluaran KWSP untuk membeli rumah.
1. Beli Rumah
Ahli KWSP boleh menggunakan Akaun Sejahtera untuk menampung bayaran pendahuluan 10% apabila membeli rumah. Ini bermakna anda bayar deposit rumah sebanyak 10% dengan menggunakan simpanan yang ada dalam akaun kepada pemaju.
2. Bina Rumah
Selain dari membeli rumah, ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran sebahagian daripada simpanan Akaun Sejahtera untuk tujuan pembinaan rumah. Sekirannya anda memiliki tanah sendiri, anda boleh membuat permohonan pengeluaran untuk membina rumah.
3. Menyelesaikan/ Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan
Anda ingin mengurangkan atau menebus semula pinjaman perumahan? Jangan risau kerana KWSP juga membenarkan anda membuat pengeluaran untuk meringankan beban tunggakan tersebut. Ia tersedia untuk pembelian secara individi atau berpasangan atau ahli keluarga.
4. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Bagi anda sebagai pemilik rumah atau peminjam dengan komitmen lain pihak KWSP ada menawarkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi tujuan meringankan beban anda. Ia menawarkan pembayaran ansuran bulanan pinjaman sehingga 6 bulan.
5. Perumahan Fleksibel
Kini anda boleh ketepikan sebahagian simpanan di dalam Akaun Sejahtera ke Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel bagi menguatkan had kelayakan anda mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Mudah kata ia membantu anda mengukuhkan markah kredit anda.
6. Perumahan PR1MA
Mereka yang memohon perumahan PR1MA boleh menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari dari Akaun Sejahtera. Program ini bukan hanya terbuka kepada pemilik rumah pertama sahaja tetapi ia boleh digunakan juga untuk membeli rumah kedua.
Syarat Permohonan Pengeluaran Beli Rumah KWSP
Seperti yang dinyatakan awal tadi untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Sejahtera KWSP bagi tujuan pembelian ataupun pembinaan rumah terdapat syarat-syarat kelayakannya. Perlu diingatkan setiap daripada jenis pengeluaran ini memiliki syarat berbeza-beza.
Antara syarat-syarat kelayakan untuk permohonan pengeluaran beli rumah KWSP adalah seperti berikut:
- Beli Rumah
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Memiliki baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera.
- Tujuan untuk membeli rumah.
- Pinjaman diluluskan dari institusi kewangan atau pembiayaan sendiri.
- Tidak pernah buat Pengeluaran Perumahan/ telah buat pengeluaran tetapi telah menjualnya/ melupuskan pemilikan.
- Bina Rumah
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Memiliki baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera.
- Ahli/ pasangan ahli beli tanah dan bina rumah di atas tanah tersebut.
- Pinjaman diluluskan dari institusi kewangan atau pembiayaan sendiri.
- Tidak pernah buat Pengeluaran Perumahan/ telah buat pengeluaran tetapi telah menjualnya/ melupuskan pemilikan.
- Surat Perjanjian Membina Rumah tidak lebih 3 tahun dari tarikh permohonan.
- Kurangkan Baki Pinjaman Perumahan
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Memiliki baki minimum RM500 dalam Akaun Sejahtera.
- Membeli/ membina rumah .
- Ahli didaftarkan sebagai pemilik rumah.
- Rumah telah dicaj sebagai cagaran.
- Ahli memiliki baki pinjaman perumahan dari institusi dibenarkan.
- Permohonan di buat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya.
- Pinjaman diluluskan intitusi yang dibenarkan.
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Memiliki baki minimum RM600 dalam Akaun Sejahtera.
- Membeli/ membina rumah .
- Masih memiliki tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman diiktiraf KWSP.
- Ansuran bualanan telah bermula.
- Perumahan Fleksibel
- Terbuka kepada warganegara dan Penuduk Tetap (PR).
- Berumur di bawah 54 tahun.
- Membli/ membina rumah.
- Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan diiktiraf KWSP.
- Perumahan PR1MA
- Terbuka kepada warganegara sahaja.
- Berumur di bawah 55 tahun.
- Pembeli rumah PR1MA.
- Dapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA.
- Tidak pernah buat Pengeluaran Perumahan atau Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/ melepaskan hakmilik harta.
Automasikan Pembayaran Caruman dengan MySyarikat!
Kesimpualnnya, anda boleh membuat pengeluaran daripada akaun simpanan KWSP untuk tujuan membeli rumah, membina rumah atau membayar ansuran perumahan. Ia adalah salah satu kemudahan yang ditawarkan KWSP kepada ahlinya.
Oleh itu, jangan risau untuk membuat caruman ke dalam KWSP setiap bulan kerana anda masuk boleh mengakses wang tersebut untuk tujuan peribadi seperti pembelian perumahan atau membinanya jika sudah memiliki tanah.
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pembayaran gaji sehingga caruman pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus perniagaan mengira, membayar dan menetapkan jadual pembayaran gaji bulanan secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!