Menguruskan kehadiran pekerja boleh menjadi suatu perkara rumit jika tiada sistem yang betul! Tetapi, dengan fungsi Smart Attendance – Mysyarikat, semua proces ini menjadi lebih mudah, pantas, dan efisien.
Fungsi ini direka untuk membantu majikan dan HR mengurus kehadiran pekerja secara automasi dengan memanfaatkan teknologi terkini seperti selfie clock-in, geofencing, dan rekod kehadiran yang disimpan dengan selamat di awan (cloud).
Dalam artikel ini akan diterangkan tentang fungsi utama Smart Attendance–MySyarikat, kelebihan menggunakannya dan cara bagaimana ia boleh membantu syarikat anda meningkatkan produktiviti dan efisiensi di tempat kerja.
Kelebihan Fungsi Smart Attendance MySyarikat
1. Clock-In dan Clock-Out Guna Selfie
Fungsi selfie untuk clock-in dan clock out ialah salah satu ciri utama yang menjadikan Smart Attendance–MySyarikat unik. Cara ia berfungsi adalah dengan
- Pekerja hanya perlu buka aplikasi Mysyarikat dan mengambil selfie semasa clock-in atau clock-out.
- Sistem pengecaman wajah akan mengesahkan identiti pekerja secara automatik.
- Data kehadiran direkodkan dalam sistem digital yang boleh diakses oleh majikan.
Antara kelebihan utama fungsi ini berbanding cara merekod kehadiran lain seperti menggunakan punchcard ialah,
- Ketelusan: Mencegah isu seperti rakan sekerja mendaftar kehadiran untuk orang lain (buddy punching).
- Mudah dan Pantas: Tiada lagi keperluan untuk kad kehadiran fizikal atau buku rekod.
- Bukti Visual: Selfie disimpan sebagai rujukan jika berlaku sebarang pertikaian.
Dengan fungsi ini, urusan kehadiran menjadi lebih mudah, moden, dan dipercayai!
2. Fungsi Geofencing: Lokasi yang Tertentu
Fungsi geofencing memastikan pekerja hanya boleh clock-in atau clock-out di lokasi kerja yang telah ditetapkan. Sebagai makluman geofencing ialah teknologi yang menggunakan data lokasi GPS untuk menetapkan kawasan kerja tertentu. Jika pekerja berada di luar kawasan ini, mereka tidak boleh mendaftar kehadiran.
Antara kelebihan fungsi ini adalah,
- Ketepatan: Majikan boleh memastikan pekerja berada di lokasi kerja sebenar.
- Elakkan Penyalahgunaan: Tiada lagi pendaftaran kehadiran dari rumah atau lokasi lain.
- Fleksibiliti: Sangat berguna untuk syarikat dengan lokasi kerja yang berbeza, seperti tapak projek atau pejabat cawangan.
Sebagai contoh, syarikat boleh menetapkan radius 500 meter dari pejabat sebagai kawasan kerja yang sah. Pekerja hanya boleh clock-in jika mereka berada dalam lingkungan ini sahaja!
3. Automasi Kehadiran dan Gaji
Satu lagi kelebihan Smart Attendance–MySyarikat ialah ia boleh menyelaraskan data kehadiran terus ke sistem penggajian, di mana ia membantu:
- Kehadiran pekerja dikira secara automatik tanpa memerlukan cara manual.
- Data ini digunakan untuk pengiraan gaji berdasarkan jumlah jam bekerja, termasuk overtime jika ada.
- Mengurangkan risiko kesilapan pengiraan gaji.
Melaluinya ia juga memberi manfaat kepada syarikat dari pelbagai segi termasuk,
- Jimat Masa: Proses manual yang biasanya mengambil masa kini berjalan secara automatik.
- Ketelusan: Pekerja boleh menyemak rekod mereka pada bila-bila masa untuk memastikan ketepatan.
- Produktiviti Tinggi: Fokus lebih kepada kerja strategik tanpa terganggu oleh urusan kehadiran.
Dengan automasi ini, majikan dan bahagian HR anda dapat mengurangkan beban kerja rutin dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.
4. Rekod Kehadiran Digital yang Selamat
Semua data kehadiran disimpan secara digital dan selamat dalam sistem cloud Mysyarikat.
Ini secara tidak langsung mendatangkan manfaat seperti:
- Mudah Diakses: Majikan dan pekerja boleh menyemak data kehadiran pada bila-bila masa melalui aplikasi.
- Selamat: Data dilindungi daripada risiko kehilangan, seperti kerosakan buku rekod atau fail fizikal.
- Sistematik: Memudahkan proses audit dan rujukan jika diperlukan.
Dengan ciri ini, tiada lagi keperluan untuk bergantung kepada kaedah lama yang rumit dan mudah terjejas.
Cara Guna Smart Attendance Mysyarikat
Untuk proses ini anda perlu gunakan sistem MySyarikat. Jika anda masih belum memiliki sistem MySyarikat, boleh dapatkannya di sini.
- Muat turun aplikasi MySyarikat pada App Store, Google Play, atau App Gallery dan login dengan username serta password.
- Pada bahagian dashboard utama akan dipaparkan fungsi Attendance, tekan butang hijau ‘Clock In’ untuk rekod kehadiran masuk.
- Ambil gambar dan satu paparan masa, tarikh, lokasi dikeluarkan kemudian tekan ‘Submit’.
- Untuk rekod kehadiran keluar, tekan bukan merah ‘Clock Out’ ambil gambar dan tekan ‘Submit’.
- Untuk majikan, buka sistem MySyarikat dan Login dengan username serta password.
- Di dashboard utama, tekan ‘Attendance’ dan ‘Timesheet’.
- Pada bahagian ini majikan boleh semak rekod kehadiran pekerja untuk syarikat.
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Adakah data selfie pekerja selamat digunakan dalam Smart Attendance?
A: Ya, semua data yang dikumpulkan melalui aplikasi Mysyarikat disimpan dengan teknologi penyulitan (encryption) untuk melindungi privasi pekerja.
Q: Bolehkah sistem ini digunakan untuk syarikat kecil?
A: Sudah tentu! Smart Attendance direka untuk memenuhi keperluan syarikat kecil, sederhana, dan besar dengan ciri-ciri yang fleksibel.
Q: Apa yang berlaku jika pekerja berada di luar kawasan geofencing?
A: Sistem tidak akan membenarkan pekerja untuk clock-in atau clock-out, memastikan ketepatan lokasi kehadiran.
Smart Attendance–Mysyarikat menawarkan penyelesaian moden untuk pengurusan kehadiran pekerja. Dengan ciri-ciri seperti selfie clock-in, geofencing, automasi kehadiran dan gaji, serta rekod digital yang selamat, syarikat anda boleh menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti, dan memastikan ketelusan dalam pengurusan pekerja.
Jangan tunggu lagi! Tingkatkan kecekapan syarikat anda dengan mencuba Smart Attendance– Mysyarikat hari ini.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!