Skip to main content

Potongan Cukai Bulanan (PCB) merupakan proses penting dalam pengurusan cukai pendapatan di Malaysia. Kini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkenalkan sistem terbaru, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem lama seperti e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39

Artikel ini akan menjelaskan apa itu e-PCB Plus, kelebihannya, dan keperluan majikan untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB tahun kebelakangan dahulu sebelum 15 Januari 2025.

Apa Itu e-PCB Plus LHDN?

e-PCB Plus adalah sistem baharu yang diperkenalkan oleh LHDN untuk memudahkan pengurusan potongan cukai bulanan (PCB). Sistem ini menggantikan sistem lama seperti  e-PCB, e-CP39 dan e-Data PCB yang seiring pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang bermula pada 24 September 2024.

Sistem ini direka untuk:

  • Memudahkan majikan menghantar data PCB pekerja.
  • Mengurangkan kesilapan pengiraan dan penyerahan cukai.
  • Mempercepatkan proses dokumentasi cukai melalui integrasi dengan platform MyTax.

Kelebihan e-PCB Plus Berbanding Sistem Lama

  1. Pengintegrasian dengan MyTax
    Majikan kini boleh mengakses MyTax untuk menyemak status cukai pekerja, memastikan ketelusan dan ketepatan data.
  2. Penghantaran Data Automatik
    Dengan e-PCB Plus, data PCB boleh dihantar secara automatik melalui platform bersepadu, menjimatkan masa.
  3. Antara Muka Pengguna Lebih Mesra
    Direka untuk kemudahan penggunaan, sistem ini sesuai untuk individu yang kurang arif tentang teknologi.
  4. Pengurangan Risiko Penalti
    Sistem ini memastikan majikan mematuhi tarikh akhir penghantaran data, mengelakkan denda akibat kelewatan.
  5. Pengesahan Data Secara Real-Time
    Sistem ini membolehkan majikan mengesahkan data PCB pekerja secara langsung sebelum penghantaran.

Cara Menggunakan e-PCB Plus

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mula menggunakan e-PCB Plus:

  1. Daftar Akaun di Portal MyTax
    Jika anda belum mendaftar, lawati Portal MyTax dan ikuti arahan pendaftaran.
  2. Log Masuk ke Sistem e-PCB Plus
    • Gunakan ID majikan yang telah didaftarkan.
    • Pilih menu “e-PCB Plus” di dashboard.
  3. Muat Naik Data Pekerja
    • Sediakan fail CSV mengikut format yang ditetapkan oleh LHDN.
    • Muat naik data pekerja ke dalam sistem.
  4. Semak dan Hantar
    • Periksa ketepatan data.
    • Klik “Hantar” untuk menyerahkan data kepada LHDN.
  5. Terima Pengesahan
    Sistem akan memberikan notifikasi pengesahan sebaik sahaja data diterima.

Apa Yang Majikan Perlu Lakukan Sebelum e-PCB Plus Berkuat Kuasa?

Dalam pada itu, LHDN turut mengeluarkan kenyataan bahawa sistem PCB sedia ada masih boleh dibuka namun untuk tujuan paparan bagi majikan untuk membuat urusan pengemukaan data dan bayaran PCB mulai 15 Januari 2025. 

Hal ini kerana fungsi-fungsi seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan penuh sistem e-PCB Plus apabila dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna kelak.

Oleh itu, pihak LHDN menasihatkan majikan yang menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 segera membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan bagi memastikan kelancaran proses peralihan nanti. 

Kesimpulannya, sistem e-PCB Plus LHDN adalah langkah inovatif untuk memodenkan pengurusan cukai pendapatan di Malaysia. Dengan kelebihan seperti integrasi MyTax, penghantaran data automatik, dan pengesahan real-time, sistem ini bukan sahaja memudahkan majikan tetapi juga membantu memastikan kepatuhan terhadap undang-undang cukai.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

feature mysyarikat

Leave a Reply