Skip to main content

Jika anda seorang pekerja atau majikan yang sering bergelut dengan pengurusan cuti dan tuntutan kerja, MySyarikat adalah penyelesaian terbaik untuk anda. Sistem ini direka untuk memudahkan urusan seperti memohon cuti, meluluskan permintaan cuti pekerja, serta mengurus tuntutan. 

Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan sepenuhnya feature Leave dan Claim Management MySyarikat, lengkap dengan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti.

Kenapa MySyarikat Jadi Pilihan?

Penggunaan sistem pengurusan automasi seperti MySyarikat memberikan pelbagai kelebihan, termasuk:

  1. Memudahkan Pengurusan
    Tidak perlu lagi bergantung pada borang manual atau komunikasi e-mel yang berselerak. Dengan MySyarikat, semua maklumat tentang cuti dan tuntutan disimpan dalam satu platform yang teratur.
  2. Ketelusan Data
    Anda boleh memeriksa baki cuti, status permohonan, atau tuntutan anda pada bila-bila masa tanpa perlu bertanya kepada HR.
  3. Menjimatkan Masa
    Dengan beberapa klik sahaja, anda boleh menyelesaikan permohonan cuti atau menghantar tuntutan tanpa perlu melalui proses yang rumit.
  4. Akses Mudah
    Reka bentuk mesra pengguna membolehkan sesiapa sahaja, termasuk yang kurang mahir teknologi, menggunakan aplikasi ini dengan mudah.

Feature Leave Management

Feature Leave Management–MySyarikat direka untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada pekerja dan majikan. Ia membantu mempermudah proses permohonan cuti, kelulusan, dan rekod pengurusan cuti pekerja.

Antara fungsi utamanya adalah,

  • Permohonan Cuti:
    Pekerja boleh menghantar permohonan cuti secara langsung melalui aplikasi, sama ada untuk cuti tahunan, cuti sakit, atau cuti kecemasan.
  • Kalendar Cuti:
    Majikan dan pekerja boleh melihat kalendar untuk memantau siapa yang sedang bercuti, mengelakkan pertindihan.
  • Laporan Baki Cuti:
    Sistem ini akan menunjukkan baki cuti yang tinggal, supaya pekerja dapat merancang dengan lebih baik.

Cara Penggunaan:

  1. Buka app MySyarikat
  2. Tekan pada bahagian ‘Leave
  3. Semak jenis cuti pada bahagian ‘Leave Balance
  4. Tekan ‘Apply Leave
  5. Pilihan jenis cuti, tetapkan tarikh (sama ada full day/ half day), dan letakkan sebab
  6. Bagi cuti sakit boleh muat naik dokumen sokongan seperti sijil MC
  7. Tekan Apply Leave

Feature Claim Management

Selain mengurus cuti, MySyarikat juga menawarkan kemudahan untuk mengurus tuntutan pekerja. Sama ada anda perlu menuntut kos perjalanan, makan, atau pembelian berkaitan kerja, semuanya boleh dilakukan dengan pantas.

Antara fungsi utamanya adalah,

  • Hantar Tuntutan Secara Digital:
    Tiada lagi resit yang hilang! Anda hanya perlu muat naik gambar resit sebagai bukti semasa membuat tuntutan.
  • Proses Kelulusan Mudah:
    Majikan boleh menyemak dan meluluskan tuntutan dengan hanya beberapa klik.
  • Rekod Simpanan Automatik:
    Semua tuntutan yang dihantar akan disimpan dalam sistem untuk rujukan masa depan.

Cara Penggunaan:

  1. Buka app MySyarikat
  2. Tekan pada bahagian ‘Claim
  3. Tekan ‘Apply Claim
  4. Isikan butiran seperti tarikh, jenis tuntutan, jumlah tuntutan, dan sebab tuntutan
  5. Muat naik dokumen sokongan seperti gambar resit
  6. Tekan Apply Claim

Tips untuk Maksimumkan Penggunaan MySyarikat

Untuk memastikan anda menggunakan aplikasi ini dengan berkesan, berikut adalah beberapa tips berguna:

  1. Kemaskini Maklumat Secara Berkala:
    Pastikan anda mengemaskini maklumat peribadi, seperti alamat e-mel atau nombor telefon, agar tidak terlepas sebarang pemberitahuan penting.
  2. Sahkan Bukti Tuntutan:
    Semasa menghantar tuntutan, pastikan semua dokumen yang dilampirkan jelas dan lengkap. Ini akan mempercepatkan proses kelulusan.
  3. Manfaatkan Sokongan Pelanggan:
    Jika anda menghadapi masalah teknikal, hubungi pasukan sokongan pelanggan MySyarikat yang sentiasa bersedia membantu.

Feature Leave dan Claim Management MySyraikat bukan sahaja memudahkan pengurusan cuti dan tuntutan, malah menjadikan proses ini lebih cekap, telus, dan teratur. Dengan memanfaatkan teknologi ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga mengurangkan tekanan dalam pengurusan kerja harian.

Jika syarikat anda belum menggunakan MySyraikat, inilah masanya untuk mencubanya. Muat turun aplikasi MySyarikat pada App StoreGoogle Play, atau App Gallery

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

feature mysyarikat

Leave a Reply