Setiap kali hujung bulan, anda sebagai majikan atau pegawai HR, mahupun pekerja, pasti tertanya-tanya bagaimana pengiraan gaji dibuat. Lebih-lebih lagi dengan caruman wajib yang perlu dibuat dengan betul, selari dengan penetapan undang-undang.
Mendengar keluhan anda, MySyarikat kini hadir dengan alat-alat (tool) pengiraan gaji untuk membantu anda mengira dengan tepat, pantas, dan PERCUMA!
Memperkenalkan FREE TOOLS MySyarikat
MySyarikat, platform HR software atau sistem HR untuk SME di Malaysia, baru sahaja melancarkan ciri baharu yang dinamakan ‘Free Tools’. Ia merupakan sebuah set kalkulator dalam talian yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tanpa perlu log masuk atau membayar sebarang langganan!
Tiga kalkulator utama tersedia dalam Free Tools ini:
- Malaysia Salary Calculator: Kira gaji bersih bulanan dengan cepat dan tepat
- KWSP Calculator: Kira caruman KWSP pekerja dan majikan dengan mudah
- SOCSO Calculator: Anggaran caruman SOCSO, EIS, dan SKBBK dalam sekelip mata
Ini bukan sekadar tools biasa. Ini adalah tools yang direka khas untuk pengguna Malaysia dengan kadar caruman terkini, sokongan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, serta antara muka yang ringkas dan mesra pengguna!
Kelebihan FREE TOOLS MySyarikat
- Malaysia Salary Calculator
Ramai pekerja ataupun majikan di Malaysia tidak tahu dengan tepat berapa gaji bersih yang akan mereka terima selepas semua potongan wajib. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelbagai komponen seperti KWSP, SOCSO, EIS, dan cukai pendapatan.
Dan di sinilah Salary Calculator MySyarikat diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah ini dengan pantas. Kalkulator ini direka khas untuk membantu pasukan HR menganggar potongan caruman berkanun dengan tepat sebelum menjalankan proses gaji bulanan.
Jadi, sebelum anda menandatangani slip gaji bulan ini, gunakan kalkulator ini untuk semakan pantas. Lebih baik semak awal daripada betulkan kesilapan kemudian.
- KWSP Calculator
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF adalah antara potongan wajib yang paling penting bagi pekerja swasta di Malaysia. Namun, kadar caruman boleh berbeza bergantung kepada usia pekerja dan had gaji tertentu.
KWSP Calculator MySyarikat hadir dengan ciri yang membantu pengiraan sambil disokong dwibahasa, di mana anda boleh memilih dalam Bahasa Inggeris (EN) ataupun Bahasa Malaysia (BM).
Mudah kata, anda tidak perlu lagi membuka jadual KWSP secara manual atau bergantung pada fail Excel lama. Satu klik, angka terus ada.
- SOCSO Calculator
Ramai yang tahu tentang Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) yang memberikan perlindungan kepada pekerja sekiranya berlaku kemalangan atau kematian. Tetapi tahukah anda bahawa kini terdapat tiga komponen caruman yang perlu diambil kira?
SOCSO Calculator MySyarikat bukan sekadar mengira SOCSO biasa. Kalkulator ini merangkumi tiga komponen penting:
- SOCSO
- EIS (Sistem Insurans Pekerjaan / SIP)
- SKBBK / Lindung 24 Jam
Mengapa Free Tools Ini Penting untuk HR Malaysia?
Sebagai profesional HR atau pemilik perniagaan, masa adalah aset yang paling berharga. Setiap minit yang dihabiskan untuk semakan manual adalah minit yang hilang daripada tugas yang lebih strategik.
Free Tools MySyarikat direka dengan pemikiran ini:
- Percuma sepenuhnya. Tiada yuran tersembunyi, tiada perlu mendaftar akaun
- Tepat dan terkini. Menggunakan kadar caruman semasa yang diiktiraf
- Mesra pengguna. Antara muka bersih, mudah difahami oleh sesiapa sahaja
- Dwibahasa. Sesuai untuk pasukan HR berbilang bahasa
- Merangkumi semua komponen. Dari gaji bersih hinggalah SKBBK
Lebih-lebih lagi, alat-alat ini sangat berguna bukan sahaja untuk pasukan HR, malah untuk pekerja sendiri yang ingin memahami struktur potongan gaji mereka setiap bulan.
Tiada alasan untuk tidak mencuba. Ketiga-tiga kalkulator ini tersedia sekarang, percuma, dan boleh diakses terus dari laman web MySyarikat!
Dan jika anda sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh, daripada kalkulator mudah kepada pengurusan HR yang penuh automatik, MySyarikat sedia membantu anda. Platform HR software Malaysia yang dipercayai oleh ribuan syarikat, kini lebih mudah diakses dari sebelum ini.
Mari BOOK DEMO untuk merasai feature-feature penuh sistem MySyarikat sekarang!






