Skip to main content

Setiap pekerja di Malaysia yang menerima gaji tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau dikenali sebagai Monthly Tax Deduction (MTD). Salah satu borang penting yang diperlukan ialah Borang TP3, yang digunakan oleh majikan untuk menentukan jumlah potongan cukai pekerja.

Jika anda seorang pekerja atau majikan yang ingin memahami sistem potongan cukai dengan betul, panduan ini akan membantu anda!

Apa Itu Borang Cukai (TP3)?

Borang TP3 ialah borang cukai yang digunakan oleh majikan untuk melaporkan maklumat pekerja kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan pengiraan PCB. Ia digunakan apabila anda bekerja di tempat baru dan masih perlu membayar PCB.

Borang ini mengandungi butiran seperti:

  • Gaji kasar pekerja.
  • KWSP & PERKESO.
  • Bilangan tanggungan (jika ada).
  • Maklumat lain yang mempengaruhi jumlah cukai.

Tujuan Borang TP3

  1. Menentukan jumlah PCB – Majikan menggunakannya untuk mengira potongan cukai bulanan.
  2. Pematuhan cukai – Memastikan potongan dibuat mengikut kadar yang betul.
  3. Rujukan LHDN – Membantu pihak LHDN memantau pembayaran cukai pekerja.

Siapa Perlu Mengisi Borang TP3?

Jika anda seorang pekerja baru yang masih membayar cukai pendapatan, anda perlu serahkan Borang TP3 ini kepada majikan baru.

  • Majikan: Wajib mengisi borang ini untuk setiap pekerja yang layak dikenakan PCB.
  • Pekerja: Perlu memberikan maklumat yang tepat seperti pendapatan, tanggungan, dan potongan lain.

Contoh Borang TP3

Muat turun borang lengkap di sini!

Kesilapan Lazim Ketika Mengisi Borang TP3

  • Maklumat tidak tepat (contoh: bilangan tanggungan salah).
  • Gagal kemas kini maklumat (jika berlaku perubahan gaji atau status).
  • Lewat hantar borang – boleh menyebabkan denda LHDN.

Pastikan anda semak semula sebelum menghantar borang ini kepada majikan atau LHDN.

Baca juga: Kalkulator PCB: Cara Kira Potongan Cukai Bulanan

Kesimpulannya, memahami borang cukai (TP3) dan sistem PCB adalah penting untuk memastikan anda tidak terlebih atau terkurang bayar cukai. 

Sebagai pekerja, pastikan anda memberikan maklumat yang tepat kepada majikan. Sebagai majikan, pastikan potongan dibuat mengikut peraturan LHDN.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia
panduan login mytax
Cukai

Panduan Login MyTax

Zahin ByondZahin ByondMarch 12, 2025

Leave a Reply