Skip to main content

Dalam sedekad ini landskap pekerjaan dilihat berubah secara radikal. Influencer, Youtuber, dan instafamous kini bukan sahaja membentuk trend, malah menguasai sebahagian ekonomi. Mereka menjana pendapatan melalui ulasan produk, kempen berbayar, dan platform media sosial yang menjadi lubuk komersial baru.

Namun, di sebalik glamor gaya hidup ini, muncul satu persoalan penting yang tidak boleh diabaikan ‘Adakah mereka perlu melapor pendapatan kepada LHDN?’

Jawapannya adalah YA. Ia adalah kewajipan undang-undang yang melibatkan keselamatan kewangan jangka panjang dan integriti profesional.

Kenapa Influencer, Youtuber & Instafamous Wajib Lapor Pendapatan?

Pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti digital dianggap sumber sah yang tertakluk kepada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini termasuk sebarang imbuhan atau keuntungan yang diterima hasil daripada:

  • Ulasan berbayar (paid reviews)
  • Promosi jenama (sponsorships)
  • Paid partnerships di platform seperti Instagram, TikTok dan YouTube
  • Jualan digital termasuk produk fizikal, digital, atau perkhidmatan melalui e-dagang dan media sosial.

Menurut garis panduan LHDN, sekiranya jumlah pendapatan tahunan seseorang melebihi had ditetapkan biasanya RM37,333 setahun selepas potongan KWSP untuk individu bujang, maka individu tersebut wajib melaporkan dan membayar cukai pendapatan.

Bagi individu yang berkahwin, had ini berbeza bergantung kepada status pemotongan cukai pasangan.

Bagaimana LHDN Memantau Aktiviti Pendapatan Digital?

Dalam dunia di mana setiap klik dan paparan boleh menjadi sumber pendapatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak lagi sekadar bergantung kepada laporan manual. Melalui penubuhan Seksyen Audit Ekonomi Digital (SAED), LHDN kini mempunyai unit khusus yang memantau aktiviti pendapatan dalam ekosistem digital.

SAED menggunakan pendekatan yang jauh lebih strategik dan agresif:

  • Media sosial: Instagram, TikTok, Facebook, YouTube; semua platform diperhatikan untuk mengesan gaya hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan dilaporkan.
  • Platform e-dagang: Aktiviti jual beli atas talian seperti di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop juga dianalisis.
  • Pemerhatian gaya hidup mewah: Pembelian kereta mewah, percutian eksklusif, dan penampilan awam menjadi indikator risiko utama.

Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan Oleh Influencer dan Instafamous?

Untuk memastikan perjalanan profesional anda bersih dan selamat dari tindakan undang-undang, ini adalah langkah-langkah yang wajib diikuti:

  1. Hantar Borang B Melalui e-Filing di MyTax
    • Gunakan portal MyTax untuk mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kategori B, khusus untuk individu berpendapatan daripada perniagaan atau pekerjaan bebas.
  1. Tarikh Akhir Hantar Sebelum 30 Jun Setiap Tahun
    • Kegagalan menghantar sebelum tarikh ini boleh menyebabkan penalti automatik dan membuka ruang kepada audit lebih ketat.
  1. Rekod Wajib Disimpan Selama 7 Tahun
    • Setiap penyata bank, invois jualan dan pembelian, serta bukti transaksi mesti disimpan untuk tempoh minimum 7 tahun. Ini syarat wajib jika diminta dalam audit atau semakan cukai.
  1. Tuntutan Perbelanjaan Hanya Untuk Kos Berkaitan Perniagaan
    • Sebarang tuntutan perlu disokong bukti sah dan hanya kos yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti perniagaan digital dibenarkan. Contoh: kos peralatan rakaman, iklan promosi, atau langganan perisian profesional.

Apa Risiko Jika Gagal Melapor Pendapatan?

Mengabaikan kewajipan melapor pendapatan bukanlah kesilapan kecil, ia adalah satu kesalahan jenayah serius di sisi undang-undang. Di bawah Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, kegagalan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) boleh mengakibatkan:

  • Denda minimum RM200 hingga maksimum RM20,000,
  • Penjara sehingga enam bulan,
  • Atau kedua-duanya sekali.

Lebih membimbangkan, LHDN berhak menjalankan audit cukai menyeluruh terhadap semua transaksi kewangan anda termasuk akaun bank peribadi, e-dompet, dan jual beli atas talian. Setiap sen masuk dan keluar boleh diperiksa dengan terperinci.

Selain itu, ramai pempengaruh keliru dan menganggap jika tiada keuntungan, tiada keperluan melapor. Ini salah kerana kewajipan melapor tetap berjalan, tanpa mengira sama ada anda untung atau rugi.

Baca juga: EA Form: Panduan Lengkap untuk Cukai Pendapatan LHDN

Kesimpulannya, tanggungjawab melapor pendapatan bukan lagi pilihan. Ia adalah keperluan undang-undang. Lebih baik melapor dengan betul, lengkap, dan tepat daripada menanggung risiko berat yang boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan anda.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply