Skip to main content

Pengiraan gaji dan komisen yang tepat memainkan peranan besar dalam membentuk budaya kerja yang telus, meningkatkan kepuasan pekerja, dan memastikan syarikat mematuhi peraturan buruh yang ditetapkan. 

Salah kira? Boleh bawa padah bukan saja dari segi undang-undang, tetapi juga kepercayaan pekerja terhadap syarikat.

Oleh itu, panduan ini akan membantu anda faham dengan lebih mendalam tentang salah satu aspek paling asas tetapi kritikal dalam pengurusan tenaga kerja iaitu pengiraan komisen dan gaji pekerja.

Apa Itu Komisen?

Komisen adalah bentuk imbuhan tambahan yang diberikan kepada pekerja berdasarkan prestasi, selalunya dikaitkan dengan jumlah jualan yang capai. Ia biasanya bersifat variable pay yang berubah mengikut hasil, dan berbeza daripada gaji pokok yang bersifat tetap.

Jenis pekerja yang lazim menerima komisen termasuk:

  • Jurujual (retail, hartanah, automotif)
  • Agen insurans dan unit trust
  • Wakil khidmat pelanggan (dalam industri tertentu)
  • Agen telepemasaran
  • Konsultan yang bekerja berdasarkan kontrak prestasi

Dengan kata lain, komisen adalah insentif untuk memacu prestasi, dan dalam banyak industri, ia menjadi motivasi utama yang menggerakkan hasil.

Formula Asas Pengiraan Komisen

Pengiraan komisen tidaklah serumit yang disangka. Secara asas, rumus berikut digunakan:

Komisen = (Kadar Komisen (%) ÷ 100) × Jumlah Jualan

Contoh: Jika seorang jurujual menjual produk bernilai RM10,000, dan kadar komisen ditetapkan pada 12%, maka:

Komisen = 0.12 × RM10,000 = RM1,200

Cara Kira Gaji Pekerja

Kalau komisen adalah elemen fleksibel dalam pendapatan, gaji pula ialah asas yang membentuk keseluruhan imbuhan seorang pekerja. Pengiraan gaji bukan sekadar melihat angka dalam surat tawaran kerja, ia melibatkan pelbagai komponen yang saling berkait dan memberi kesan kepada pendapatan bersih seseorang setiap bulan.

Komponen Gaji Pekerja

  1. Gaji Pokok: Bayaran asas yang kepada pekerja tanpa kira sebarang insentif tambahan.
  2. Elaun dan Insentif:Ini termasuk elaun tetap seperti:
  • Elaun makan
  • Elaun pengangkutan
  • Elaun perumahan
  • Komisen
  • Bonus prestasi atau tahunan
  1. Bayaran Kerja Lebih Masa (OT): Kerja lebih masa dibayar dengan kadar lebih tinggi dari kadar gaji sejam biasa:
  • Hari bekerja biasa: 1.5x gaji sejam
  • Hari rehat: 2x gaji sejam
  • Cuti umum: 3x gaji sejam
  1. Potongan Wajib: Jumlah yang perlu ditolak dari gaji kasar pekerja mengikut peraturan undang-undang:
  • KWSP (EPF)
  • SOCSO (PERKESO)
  • EIS (SIP)
  • PCB (jika layak dikenakan cukai)

Formula Pengiraan Gaji Kasar

  • Gaji kasar ialah jumlah pendapatan sebelum ditolak sebarang potongan.
Gaji Kasar = Gaji Pokok + Elaun + Komisen + Bonus + Bayaran OT
  • Gaji bersih ialah amaun sebenar yang diterima oleh pekerja selepas ditolak semua potongan wajib.
Gaji Bersih = Gaji Kasar – Jumlah Potongan

Baca juga: Formula Kira Gaji Per Jam, Per Hari dan Per Bulan

Kesimpulannya, walaupun angka gaji pokok nampak mudah, realitinya, pengiraan gaji sebenarnya melibatkan banyak komponen penting. Pengiraan yang betul dan tepat bukan sahaja mengelakkan salah faham, malah membina kepercayaan dan profesionalisme dalam hubungan pekerjaan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply