Menurut definisi gaji adalah sebarang bayaran yang diberikan majikan kepada pekerja secara mingguan mahupun bulanan, bergantung kepada persetujuan dalam kontrak kerja, sebagai ganjaran atas perkhidmatan yang ditawarkan.
Sama seperti faedah cuti, gaji juga merupakan hak pekerja yang dilindungi oleh perundangan kerja negara iaitu Akta Kerja 1955. Selain itu, gaji juga diselia bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum 2022.
Apa Kata Akta Kerja 1955 Tentang Gaji?

Jika dirujuk pada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) gaji disebut sebagai ‘upah’. Pada Seksyen 2, upah didefinisikan sebagai pembayaran lain dengan ‘wang tunai’ yang diberikan majikan kepada pekerja yang dibuat mengenai kontrak perkhidmatan.
Pada Seksyen 18 pula menerangkan bahawa pembayaran upah atau gaji mesti dibuat untuk tempoh tidak melebihi 1 bulan, dan jika tidak dinyatakan dalam kontrak mahupun majikan tidak maklumkan kepada pekerja, pembayarannya tetap untuk tempoh 1 bulan.
Kemudian pada seksyen berikutnya pula menggariskan keperluan majikan untuk membayar gaji pekerja mesti tidak lewat dari 7 hari selepas hari terakhir tempoh upah. Ini bermakna majikan perlu mengkreditkan gaji ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan.
Jenis Gaji
Tentunya, pembayaran gaji yang dibuat majikan perlu dibayar dalam bentuk gaji bersih. Namun, sebagai majikan mahupun bahagian HR perlu ambil maklum jenis-jenis gaji. Hal ini kerana setiap jenis gaji ini berbeza-beza tetapi penting dalam proses pembayaran.
Ringkasan jenis-jenis gaji tersebut adalah,
- Gaji Kasar
- Gaji asas yang ditambah insentif (elaun) tanpa potongan wajib yang perlu majikan sediakan untuk pekerja setiap bulan
- Gaji Bersih
- Gaji asas ditambah insentif (elaun) dengan potongan wajib yang perlu majikan kreditkan ke akaun pekerja setiap bulan
Formula Pengiraan Gaji Pekerja

Contohnya Syazwani bekerja sebagai Designer dan menerima gaji sebanyak RM2,000 serta elaun pengangkutan sebanyak RM200 setiap bulan. Caruman KWSP RM242, PERKESO RM10.75 dan SIP RM4.4.
Maka, majikan Syazwani perlu menyediakan gaji kasar dan kredit gaji bersih seperti berikut:
Gaji Kasar = Gaji Asas + Elaun (jika ada)
Gaji Bersih = Gaji Pokok – Potongan Wajib
RM2,200 (Gaji Kasar) = RM2,000 (Gaji Bersih) + RM200 (Elaun)
RM 1,942.28 (Gaji Bersih) = RM2,200 (Gaji Pokok) – [RM242 (KWSP) + RM10.75 (PERKESO) + RM4.4(SIP)]
Jadi berdasarkan jumlah gaji yang diterima Syazwani di atas, pengiraan gaji per jam dan per hari beliau adalah,
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
RM84.61 (ORP) = RM 2,200 (Jumlah Gaji Bulanan) / 26
RM10.57 (HRP) = RM84.61 (ORP) / 8 (Jam Bekerja Normal Sehari)
Pengurusan Gaji Kini Lebih Mudah dan Efisien Dengan MySyarikat!
Ternyata tahu membezakan antara gaji kasar dan gaji bersih amat penting bagi seorang majikan mahupun bahagian HR. Malah, mengetahui formula pengiraan gaji pada kadar jam, hari serta bulanan juga perlu dimahirkan agar tidak berlaku masalah pembayaran gaji pekerja.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Bagi syarikat yang berdepan masalah pekerja menguruskan overtime (OT) pekerja, fungsi Secured Payroll – MySyarikat dapat automasikan pengiraan gaji termasuk bayaran OT dengan sekali tetapan sahaja!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Kenapa ORP kena bahagi dengan 26 eh? Jumlah hari kerja ke?
Penhiraan tersebut adalah berdasarkan formula yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.
Walaupon bekerja seminggu 5 hari ORP tetap kira 26 eh ?
Ya, benar!
Mana2 sektor pekerjaan kerajaan atau swasta memang kira 26hari ke?
Ya.
Kalau pekerja berhenti pada pertengahan bulan, perlu ambil jumlah hari dia bekerja pada bulan itu kemudian bahagi dengan 26 ke?
Untuk kes ini akan ikut pengiraan gaji untuk bulan tidak lengkap berdasarkan formula di bawahl:
Gaji Bulanan / Jumlah Hari Dalam Bulan* x Bilangan Hari Pekerja Bekerja
*bilangan hari dalam bulan bergantung kepada 28,29,30,31
Hai kalau staff baru masuk 4hb – 20hb dan cut off date 20hb utk payroll adakah Gaji semasa bahagi dengan 26 hari atau 30@31 hari?
Bergantung kepada jumlah hari pekerja bekerja ya.
Mengikut formula yang dinyatakan Akta Kerja 1955, ORP perlu dibahagikan dengan 26 hari. Adakah ini bermaksud sesebuah syarikat boleh menjadikan hari Sabtu sebagai hari bekerja walaupun sebelum ini syarikat menetapkan bahawa waktu bekerja hanya Isnin-Jumaat. Adakah pekerja mempunyai hak untuk ‘bising’ sekiranya syarikat tiba-tiba menetapkan bahawa hari Sabtu perlu kerja kerana formula pengiraan gaji yang perlu dibahagikan dengan 26 hari?
Dalam Akta Kerja mengatakan dalam seminggu majikan perlu beri satu hari rehat (rest day), selalunya Ahad. Amalan di Malaysia biasanya memberi hari cuti (off day) pada Sabtu. Dalam kes ini jika waktu kerja seminggu tidak lebih 45 jam maka majikan boleh mengamalkan hari bekerja Isnin hingga Sabtu.
kalau bulan tu kerja 28hari…baki 2 hari kerja di kira atau tetap dikira 26 hari
Formula tersebut adalah yang ditetapkan dalam Akta Kerja.
Macam mana nak tahu perlu bahagi 26 hari atau 30/31 hari?
Bahagi 26 adalah formula untuk pengiraan OPR iaitu gaji per hari.
Dalam bidang f&b, pekerja di beri gaji rm3000 berkerja selama 10jam. Adakah kiraan nya 10jam atau pun 8jam selebihnya 2 jam itu overtime?
Jam bekerja normal adalah 8 jam sehari, dan kerja lebih masa adalah dikira OT. Waktu kerja ini turut diguna pakai untuk pekerja shift.
Saya nak tanya, untuk kiraan Overtime, bolehkah majikan tentukan rate sendiri sebagai contoh gaji rm2000 sepatutnya RM2,000/26 hari(contoh) = RM10.25/jam tetapi majikan set rm7/jam.
Tidak. Pengiraan OT mesti dibuat berdasarkan gaji sejam pekerja dan didarab dengan jumlah jam OT.
Majikan saya mengira gaji harian seperti berikut (Gaji Kasar / Jumlah hari dlm bulan tersebut), jika Januari 31 hari, Februari 28 hari, dan seterusnya. Adakah ianya salah di sisi akta buruh?
Untuk pengiraan gaji harian adalah berdasarkan formula berikut:
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
bulan feb ada 28hari jadi tetap bahagi 26 juga kah?
Ya, formula tersebut adalah berdasarkan Akta Kerja 1955.
gaji per jam bahagi 8 atau 7.5 jika sehari bekerja 7.5 jam?
Bahagi dengan jam bekerja, dalam kes ini 7.5 jam.
Asslamualaikum. Saya nak tanya tentang cara bagaimana nk bayar gaji pekerja yang cuma bekerja 2- 3 jam sehari ? Adalah perlu mengikut gaji minima 1700 sebulan atau ada formula kiraan gaji?
Tidak perlu ikut kadar minimum, pengiraan gaji adalah berdasarkan kadar gaji darab jam bekerja pekerja.
bagi pekerja sambilan kiraan gaji di kira 30hari atau 26hari?
Ia dikira berdasarkan jumlah hari pekerja itu bekerja.
mengikut basic rm1700, Sekiranya waktu bekerja dari pukul 7 pagi – 7 malam (12 jam), berapakah waktu jam yang dikira sebagai jumlah jam OT pekerja? adakah 11 jam, 10.25 jam atau lain-lain untuk tempoh 7 pagi – 7 malam ni
Akta Kerja tetapkan waktu bekerja sehari adalah 8 jam, dan jika lebih daripada itu dikira sebagai OT.
waktu kerja normal adalah dr pukul 7 pagi – 7 malam, Isnin hinggga jumaat.
Soalan saya, untuk per hari, adakah kiraannya ialah waktu kerja normal 7.5 jam + OT 3 jam ataupun waktu kerja normal 7.5 jam + OT 3.5 jam?
Akta Kerja tetapkan waktu bekerja sehari adalah 8 jam, dan jika lebih daripada itu dikira sebagai OT.
hi, tender surat resign 25/1 kerja sampai 25/2, kiraan tetap 26 hari?
Pengiraan tersebut adalah untuk mendapatkan jumlah Hourly Rate Pay (HRP) bagi pengiraan OT. Pengiraan gaji adalah seperti berikut ‘Gaji Bersih = Gaji Pokok – Potongan Wajib’
hI..jika gaji basic 1700 dan jika untuk bulan feb ttp ÷dgn 26 jgk ye..
Ya, perlu.
hi.. kalau basic 1800/22 hari bekerja.
sbb skrg ni kira macam ni..
basic 1800 / 22 / = 81.81 per dys
Nor OT 1800 / 22 / 8 X 1.5 = 15.34 per hrs
Sun OT 1800 / 22 / X 2.0 = 20.45 per hrs
PH OT 1800 / 22 / 3.0 X 30.65 per hrs
Soalan sy.. jika bekerja pada PH .. Bayaran untuk kerja hari tersebut kira bagaimana.. Bayar basic Rm81.81 + Ot Rm30.65 x jam ot .. atau bayar mengikut jam kerja rate Ph? Contoh kerja 12 jam bayar Rm30.65 x 12 jam = RM367.80
Untuk pengiraan OT mesti dapatkan kadar ORP dan HRP terlebih dahulu. Formulanya adalah seperti berikut:
Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari
HRP x Jam OT x Kadar OT = Jumlah OT