Gaji minimum bukan sekadar amaun tetap yang dibayar oleh majikan setiap bulan, sebaliknya ia merupakan dasar ekonomi yang mencerminkan nilai serta tahap perkembangan sesebuah negara.
Realitinya, pelaksanaan gaji minimum ini memainkan peranan besar dalam membantu pekerja memenuhi keperluan asas kehidupan dan memastikan majikan kekal berdaya saing dalam pasaran ekonomi semasa.
Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelaksanaan kadar gaji minimum negara boleh dilaksanakan secara adil dan berkesan. Artikel ini akan menerangkan tentang cara pelaksanaan kadar gaji minimum secara mendalam untuk kefahaman majikan dan pekerja.
Sejarah Gaji Minimum di Malaysia
Malaysia mula melaksanakan dasar gaji minimum secara rasmi pada tahun 2013. Ia menjadi langkah penting dalam memperkukuh kebajikan pekerja dan merapatkan jurang pendapatan antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.
Tujuan pelaksanaan dasar ini merangkumi:
- Memenuhi keperluan asas pekerja dan keluarga mereka, termasuk makanan, perumahan, pendidikan dan kesihatan.
- Melindungi daripada eksploitasi, khususnya dalam sektor pekerjaan bergaji rendah.
- Merangsang produktiviti dan pelaburan teknologi dengan menggalakkan majikan mengoptimumkan tenaga kerja serta meningkatkan kecekapan organisasi.
Seiring perubahan ekonomi global, pendekatan ini juga bertujuan memastikan negara kekal kompetitif dengan memberi insentif kepada majikan untuk meningkatkan produktiviti dan melabur dalam teknologi.
Siapa yang Menentukan Kadar Gaji Minimum?
Penetapan kadar gaji minimum dilakukan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Majlis ini terdiri daripada wakil kerajaan, majikan, pekerja serta pakar yang dilantik.
Fungsi Majlis Perundingan Gaji Negara adalah untuk:
- Menilai semula kadar secara berkala.
- Melaksanakan perundingan dengan pihak berkepentingan.
- Mencadangkan kadar baharu berdasarkan situasi ekonomi semasa.
Nota Penting: Akta 732 menjadi asas kepada sistem akta gaji minimum di Malaysia, yang memastikan proses ini dijalankan secara telus dan adil.
Kadar Gaji Minimum Terkini (2025)
Bermula 1 Februari 2025, kerajaan Malaysia akan melaksanakan kadar gaji minimum baharu iaitu RM1,700 sebulan. Ia merupakan kenaikan daripada kadar sebelumnya sebanyak RM1,500.
Tarikh Kuat Kuasa dan Kategori Majikan
Tarikh Kuat Kuasa | Majikan Terlibat | Kadar Minimum |
1 Februari 2025 | Majikan dengan 5 orang atau lebih pekerja dalam sebuah syarikat | RM1,700 sebulan |
1 Ogos 2025 | Semua majikan, termasuk majikan dengan kurang daripada 5 orang pekerja | RM1,700 sebulan |
Pekerja yang Terlibat dan Dikecualikan
- Terlibat: Semua pekerja sektor swasta, termasuk pekerja bukan warganegara.
- Dikecualikan: Pekerja domestik dan mereka yang menjalani kontrak perantisan (tetapi bermula 1 Ogos 2025 perantis layak menerima bayaran gaji minimum).
Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menambah baik pendapatan pekerja serta menyelaras kadar gaji minimum dengan realiti ekonomi semasa.
Langkah-Langkah Pelaksanaan Gaji Minimum
Berdasarkan brosur Perintah Gaji Minimum 2024 yang dikeluarkan, cadangan perlaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan adalah seperti berikut:

Bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar mengikut upah ikut kerja (piece-rate), berat tan (tonnage), tugasan (task), perjalanan (trip) atau komisen, jumlah gajinya tidak boleh kurang daripada kadar minimum bulanan iaitu RM1,700 sebulan.
Kesalahan dan Penalti Atas Kegagalan Pematuhan
Suka diingatkan bahawa perlaksanaan gaji minimum ini adalah wajib. Majikan yang memiliki syarikat yang beroperasi aktif, dan bermula 1 Ogos 2025 nanti perlu melaksanakan gaji minimum mengikut penetapan yang telah digazetkan.
Jika majikan gagal melaksanakan gaji minimum, tindakan undang-undang boleh diambil seperti berikut:
- Seksyen 43: Bagi kesalahan pertama, hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap seorang pekerja;
- Seksyen 44: Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar perbezaan gaji pokok termasuk sebarang tunggakan gaji pokok dan bayaran-bayaran lain;
- Seksyen 45: Bagi kesalahan-kesalahan yang tidak dinyatakan dalam Akta, majikan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000;
- Seksyen 46: Bagi kesalahan berterusan, majikan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 sehari; dan
- Seksyen 47: Bagi kesalahan berulang, majikan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun.
Baca juga: Kesan Gaji Minimum RM1,700 Kepada Majikan & Pekerja
Kesimpulannya, memahami cara pelaksanaan kadar gaji minimum adalah penting bagi memastikan kesejahteraan kedua-dua pihak. Pematuhan bukan sahaja mencerminkan integriti korporat, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.
Dasar gaji minimum bukan sekadar peraturan, ia adalah asas kepada sebuah ekonomi yang adil, progresif dan berdaya tahan.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
