Kini terdapat satu fenomena baharu yang semakin mendapat perhatian iaitu job hugging. Fenomena ini merujuk kepada kecenderungan pekerja untuk meneruskan pekerjaan mereka walaupun mungkin tidak berpuas hati sepenuhnya.
Isu ini menjadi semakin hangat lebih-lebih lagi berdepan dengan ketidaktentuan, kos sara hidup yang meningkat, serta kadar persaingan dalam pasaran kerja yang semakin ketat.
Jika dahulu trend job-hopping iaitu kerap bertukar kerja untuk gaji lebih baik, kini arah tuju berubah. Ramai yang memilih untuk kekal di tempat kerja sedia ada demi kestabilan dan mengelakkan risiko kehilangan pekerjaan.
Apa Itu Job Hugging?
Secara ringkas, job hugging bermaksud pekerja mengekalkan jawatan mereka kerana faktor keselamatan dan kestabilan. Walaupun perasaan tidak puas hati wujud, pekerja lebih sanggup bertahan berbanding mengambil risiko mencari pekerjaan baharu yang tidak menentu.
Fenomena ini jelas berbeza dengan job-hopping. Jika job-hopping digerakkan oleh keinginan untuk mencari gaji lebih tinggi atau peluang pembangunan kerjaya, job hugging pula dipacu oleh faktor ketakutan akan ketidakstabilan dan risiko pengangguran.
Dalam konteks pekerja moden, job hugging muncul kerana persekitaran ekonomi yang mencabar, menjadikannya satu strategi bertahan hidup dalam dunia kerjaya.
Faktor Penyumbang Job Hugging
Beberapa faktor utama menyumbang kepada peningkatan fenomena job hugging di Malaysia, antaranya:
- Pasaran kerja yang ketat
- Persaingan sengit dan kekurangan peluang pekerjaan berkualiti menjadikan pekerja lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk berhijrah.
- Inflasi dan kos sara hidup
- Peningkatan kos barang keperluan dan perbelanjaan harian membuatkan pekerja kurang berani mengambil risiko bertukar kerja.
- Gelombang pemecatan
- Berita mengenai pemberhentian besar-besaran di pelbagai industri mendorong pekerja untuk berpegang kepada pekerjaan sedia ada.
- Upah yang stabil
- Walaupun peluang kenaikan pangkat atau gaji agak terhad, kestabilan pendapatan tetap menjadi faktor penarik utama.
Implikasi Job Hugging Kepada Pekerja
Fenomena ini membawa implikasi berbeza kepada pekerja, sama ada positif atau negatif:
- Kelebihan:
- Menjamin kestabilan pekerjaan dan mengurangkan risiko menganggur.
- Memberikan jaminan pendapatan tetap, penting untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
- Kekurangan:
- Peluang kerjaya menjadi terbatas dan boleh menyebabkan stagnasi kerjaya.
- Pekerja mudah merasa jemu, hilang motivasi, dan berdepan isu penglibatan rendah dalam kerja harian.
Implikasi Job Hugging Kepada Majikan
Fenomena job hugging tidak hanya memberi kesan kepada pekerja, tetapi juga kepada majikan. Dari satu sudut, ia membawa kelebihan kerana kadar peletakan jawatan menjadi lebih rendah.
Pekerja memilih untuk kekal mengurangkan keperluan syarikat mencari pengganti baharu, sekali gus menjimatkan kos pengambilan serta latihan. Dalam jangka pendek, ia membantu mengekalkan kestabilan operasi dan mengurangkan gangguan dalam pengurusan tenaga kerja.
Namun, cabaran juga tidak dapat dielakkan. Pekerja yang kekal hanya kerana rasa selamat berisiko mengalami ketidaklibatan. Motivasi yang menurun boleh menjejaskan produktiviti dan seterusnya menghalang syarikat daripada berkembang.
Selain itu, budaya kerja yang statik tanpa idea baharu mungkin terbentuk, menjadikan organisasi kurang inovatif dan sukar bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.
Cara Majikan & Pekerja Menangani Fenomena Job Hugging
Walaupun job hugging merupakan realiti semasa, kedua-dua pihak pekerja dan majikan boleh mengambil langkah bijak untuk menguruskannya:
- Untuk pekerja:
- Tingkatkan kemahiran melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
- Cari peluang dalaman seperti projek khas atau penempatan semula dalam syarikat.
- Sediakan pelan jangka panjang agar kerjaya tidak terhenti walaupun kekal di syarikat yang sama.
- Untuk majikan:
- Wujudkan peluang pertumbuhan dengan menyediakan laluan kerjaya yang jelas.
- Latih semula pekerja agar mereka bersedia menghadapi perubahan industri.
- Fokus pada penglibatan pekerja melalui komunikasi terbuka, pengiktirafan, dan inisiatif motivasi.
Baca juga: Trend Job Hopping Dalam Kalangan Pekerja Muda
Akhirnya, job hugging bukanlah sesuatu yang perlu dipandang negatif sepenuhnya. Ia boleh menjadi peluang untuk kedua-dua pihak menilai semula strategi kerjaya dan pengurusan tenaga kerja.
Dalam pada itu, jika anda sebagai majikan atau pekerja yang ingin membangunkan peluang kerjaya adalah dinasihatkan untuk hadiri kursus-kursus yang ditawarkan di MySyarikat Academy.
Kursus-kursus ini menawarkan pembangunan kerjaya pekerja yang inklusif, serta memberi peluang kepada syarikat untuk memiliki pekerja yang berkualiti serta berdaya saing dalam pasaran pekerjaan semasa.
Menariknya, kursus-kursus yang ditawarkan MySyarikat Academy ini adalah 100% ‘HRD Corp Claimable’ jadi anda boleh menuntut yuran kursus menggunakan dana levi HRD Corp (HRDF) yang terkumpul!
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







