Dalam dunia kerja, syarikat bukan sahaja bersaing menawarkan produk terbaik tetapi bersaing untuk menarik dan mengekalkan pekerja terbaik. Kadar turnover meningkat dan cara bekerja berubah dengan dramatik sejak era pasca-pandemik. Dalam suasana ini, cara kekalkan pekerja bukan lagi persoalan kecil, ia penentu masa depan syarikat.

Di bawah ialah empat pelaburan kritikal yang setiap syarikat perlu lakukan untuk memastikan bakat terbaik kekal, berkembang, dan setia.

  1. Gaji & Faedah Kompetitif

Gaji ialah refleksi nilai. Ia bukan hanya jumlah yang dipindahkan ke akaun bank, tetapi simbol penghargaan terhadap usaha, masa dan komitmen pekerja Syarikat perlu menawarkan gaji yang setara atau lebih tinggi daripada nilai pasaran untuk memastikan pekerja merasa dihargai dan dilihat.

Selain itu, insentif prestasi, bonus tahunan, elaun juga berfungsi sebagai isyarat bahawa usaha pekerja diperhatikan. Faedah bukan sekadar manfaat, tetapi penghargaan bahawa syarikat menghargai sumbangan mereka.

  1. Pembangunan Kerjaya & Up-skilling

Syarikat dinasihatkan untuk menyediakan latihan teknikal dan soft skills yang membolehkan pekerja berkembang dan kekal relevan. Latihan ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi, tetapi membina keyakinan pekerja untuk menghadapi cabaran baharu.

Hal ini kerana pekerja ingin melihat masa depan mereka. Program kenaikan pangkat, peluang memimpin projek, atau peta kerjaya yang tersusun memberi mereka arah dan harapan. Tanpa perkembangan, retensi menjadi mustahil.

Apabila pekerja melihat pelaburan pekerja secara berterusan seperti latihan atau mentoring barulah mereka cenderung kekal. Kesetiaan lahir daripada perkembangan.

  1. Budaya Kerja Positif & Pengiktirafan

Budaya kerja yang sihat adalah ekosistem tempat pekerja berani bersuara, mencuba, dan gagal tanpa takut dimarahi. Suasana seperti ini bukan sahaja meningkatkan prestasi, tetapi menjadi magnet yang kuat untuk bakat kekal.

Manusia ingin dihargai. Pengiktirafan boleh datang dalam bentuk:

  • pujian
  • sijil penghargaan,
  • bonus khas
  • anugerah dalaman.

Pengiktirafan ialah oksigen kepada semangat pekerja. Ia menaikkan motivasi serta mengingatkan mereka bahawa usaha mereka bukan kerja sia-sia.

Budaya positif bukan sekadar menjadikan pejabat lebih seronok, ia mengurangkan pekerja berhenti kerja secara dramatik. Pekerja jarang meninggalkan organisasi yang benar-benar menghargai mereka.

  1. Fleksibiliti & Keseimbangan Kerja-Hidup

Fleksibiliti bukan lagi ‘faedah tambahan’, aa keperluan. Pekerja menghargai waktu kerja fkelsibel yang membolehkan mereka mengurus keluarga, kesihatan dan kehidupan tanpa mengorbankan prestasi kerja.

Model kerja ini meningkatkan kesejahteraan mental, daya fokus dan produktiviti. Perjalanan yang kurang meletihkan bermaksud tenaga yang lebih untuk kerja sebenar. Pekerja yang seimbang adalah pekerja yang setia. 

Fleksibiliti mengurangkan tekanan, memperbaiki hubungan pekerja dan majikan, dan meningkatkan kesetiaan jangka panjang. Ia adalah salah satu cara kekalkan pekerja yang paling efektif.

Baca juga: 8 Strategi Untuk Ikat Pekerja Bekerja Dengan Syarikat

Kesimpulannya, cara kekalkan pekerja menuntut lebih daripada sekadar gaji. Ia memerlukan pelaburan pekerja yang strategik dalam bentuk gaji kompetitif, pembangunan kerjaya, budaya kerja positif dan fleksibiliti.

Syarikat yang melabur dalam pekerja mendapat pulangan berkali ganda: pekerja yang setia, produktif dan komited untuk membina masa depan organisasi. Ingat, pelaburan pekerja ialah pelaburan masa depan syarikat.

Dalam pada itu, MySyarikat Academy ada menawarkan kursus latihan berkaitan melaksanakan kontrak pekerjaan dengan betul. Kursus latihan ini bukan sahaja 100% HRD Corp Claimable tetapi ia juga membolehkan majikan menggunakan dana levi HRD Corp yang terkumpul.

Melalui kursus latihan ini anda boleh mempelajari cara membuat kontrak pekerjaan yang betul, dan bagaimana cara untuk memasukkan klausa berkaitan conflict of interest bagi memastikan syarikat dilindungi kepentingan masing-masing.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of a female employee holding a working data, and a male employee holding money
Formula Pengiraan Kenaikan Gaji di MalaysiaTips HR

Formula Pengiraan Kenaikan Gaji di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondNovember 17, 2025
picture of 2 male employee, one is holding a yellow card and another one is stressing
Cara Uruskan Isu Disiplin Pekerja dalam SyarikatTips HR

Cara Uruskan Isu Disiplin Pekerja dalam Syarikat

Zahin ByondZahin ByondNovember 14, 2025
picture of 2 male employee, one is an employer and another one is a probation employee
Tips Hadapi Tempoh PercubaanTips HR

Tips Hadapi Tempoh Percubaan

Zahin ByondZahin ByondNovember 5, 2025

Leave a Reply