Mulai 1 Januari 2026, semua kontrak kerja yang dimuktamadkan di Malaysia tertakluk kepada satu keperluan baharu yang nampak kecil, tetapi besar kesannya iaitu duti setem kontrak pekerjaan.

Di bawah kerangka Akta Setem 1949, dokumen pekerjaan kini bukan sahaja perlu lengkap secara undang-undang, tetapi juga mesti distem dalam tempoh tertentu untuk mengukuhkan kesahihannya.

Artikel ini menghuraikan secara tuntas jenis kontrak pekerjaan yang wajib distem, prosesnya, pengecualian, serta risiko jika syarikat memilih untuk mengabaikannya.

Ringkasan Peraturan Duti Setem Kontrak Pekerjaan (Mulai 1 Januari 2026)

Peraturannya jelas dan tegas. Mulai 2025:

  • RM10 dikenakan ke atas setiap kontrak kerja, tanpa mengira peranan atau tempoh.
  • Tiada pengecualian berdasarkan jenis kontrak pekerjaan sama ada full-time, part-time, sementara, semuanya terlibat.
  • Pekerja tempatan dan asing turut berada di bawah skop yang sama.
  • Surat tawaran yang berfungsi sebagai kontrak bertulis juga tertakluk.
  • Dokumen mesti disetem dalam tempoh 30 hari dari tarikh tandatangan.
  • Kelewatan membawa kepada penalti oleh LHDN.

Jika dokumen itu mewujudkan hubungan pekerjaan, maka ia perlu duti setem.

Senarai Jenis Kontrak Pekerjaan Yang Perlu Duti Setem

  1. Kontrak Pekerjaan Sepenuh Masa (Full-Time Employment Contract)

Kontrak ini mengikat hubungan kerja paling utama dalam mana-mana organisasi. Jika ada probation sekalipun, ia tetap dikategorikan sebagai dokumen pekerjaan sah yang wajib distem.

  1. Kontrak Pekerjaan Separuh Masa (Part-Time Employment Contract)

Walaupun jenis kerja berbeza dari segi jam dan beban tugas, status pematuhan sama seperti full-time ia perlu distem tanpa pengecualian.

  1. Kontrak Jangka Pendek & Jangka Panjang

Kontrak tiga bulan, enam bulan, sehingga kontrak tahunan semuanya tertakluk. Tempoh pendek bukanlah alasan untuk mengelak duti setem kontrak pekerjaan.

  1. Kontrak Pekerja Sementara (Temporary / Casual Employment)

Termasuk pekerja harian, mingguan, bermusim, atau tenaga sokongan sementara. Jika wujud hubungan majikan-pekerja, ia perlu distem.

  1. Surat Tawaran (Offer Letter) Yang Berfungsi Sebagai Kontrak

Ramai majikan menggunakan surat tawaran sebagai dokumen utama. Jika surat itu menyatakan syarat kerja secara jelas, ia dikira sebagai kontrak bertulis dan wajib distem.

  1. Addendum, Lampiran & Dokumen Tambahan Kontrak

Mengubah gaji, tugas, KPI atau syarat perkhidmatan? Semua dokumen tambahan ini dianggap dokumen baharu, dan setiap satunya perlu duti setem RM10.

  1. Pembaharuan Kontrak (Contract Renewal)

Setiap pembaharuan kontrak dikira sebagai kontrak baharu walaupun kandungannya sama. Dan ya, ia perlu distem semula.

Tempoh, Kos & Proses Mensetem Kontrak

Proses menstem kontrak sebenarnya mudah tetapi mesti dilakukan tepat masa.

  • Kos: RM10 setiap dokumen, tanpa mengira senioriti pekerja.
  • Tempoh: Mesti diselesaikan dalam 30 hari dari tarikh tandatangan.
  • Penalti: Kelewatan membawa kepada penalti progresif, yang boleh meningkat mengikut tempoh lewat.

Dalam banyak situasi, kesalahan paling biasa ialah kelewatan bukan kegagalan total. Namun di bawah audit LHDN yang makin ketat, itu sahaja sudah cukup untuk mendatangkan masalah.

Baca juga: Kontrak Pekerjaan Kini Perlu Duti Setem LHDN

Kesimpulannya, peraturan baharu ini menjelaskan satu perkara penting iaitu duti setem kontrak pekerjaan bukan sekadar borang tambahan tapi ia adalah komponen pematuhan undang-undang yang wajib.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of a sick child and parent wondering if they can take MC on behalf of the child
Anak Sakit, Ibu Bapa Boleh Ambil MC Ke?Asas HR

Anak Sakit, Ibu Bapa Boleh Ambil MC Ke?

Zahin ByondZahin ByondJanuary 16, 2026
picture of female employee being sexual harassed and 2 male employee being discriminate
Akta Kerja 1955: Larangan Diskriminasi & Notis Gangguan SeksualAsas HR

Akta Kerja 1955: Larangan Diskriminasi & Notis Gangguan Seksual

Zahin ByondZahin ByondJanuary 7, 2026
jenis pekerja yang dilindungi Akta Kerja 1955
Jenis Pekerja Yang Dilindungi Akta Kerja 1955Asas HR

Jenis Pekerja Yang Dilindungi Akta Kerja 1955

Zahin ByondZahin ByondDecember 29, 2025

Leave a Reply