Selama bertahun-tahun, invois dikeluarkan dalam bentul kertas, PDF atau fail Excel. Namun, perniagaan di Malaysia kini mengalami perubahan landskap dengan kerajaan memperkenalkan e-invois sebagai sebahagian daripada agenda pendigitalan cukai negara.

Ya, perubahan ini diperkenalkan untuk menutup jurang kebocoran maklumat, memperkemaskan pelaporan dan meningkatkan integreti perniagaan. Antara yang terlibat dalam perubahan ini adalah perniaga:

  • Business to Business (B2B)
  • Busines to Consumer (B2C)
  • Business to Goverment (B2G)

Oleh itu, jika perniagaan anda mengeluarkan invois, sama besar atau kecil, e-invois bukan lagi pilihan tetapi ia satu keperluan yang perlu difahami dengan mendalam.

Apa Itu e-Invois?

e-Invois ialah dokumen digital rasmi bagi transaksi perniagaan yang perlu disahkan oleh pihak berkuasa sebelum digunakan. Ia bukan sekadar invois elektronik, tetapi invois yang telah melalui proses pengesahan sistem.

Di Malaysia, pelaksanaan ini dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui sistem MyInvois. Setiap e-invois mesti dihantar untuk pengesahan sebelum dikongsi atau direkodkan sebagai transaksi sah.

Perbezaan e-Invois vs Invois Biasa

Invois biasa lazimnya:

  • Dikeluarkan dalam bentuk PDF, Excel atau jaan sistem persedirian
  • Tidak memerlukan pengesahan pihak ketiga
  • Bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan antara pihak

Sebaliknya, e-invois:

  • Mesti disahkan secara masa nyata
  • Tidak boleh digunakan sebelum diluluskan
  • Direkod dalam ekosistem cukai negara

Inilah sebab kenapa e-invois LHDN dianggap lebih kukuh dari sudut pematuhan dan audit. Ia bukan lagi soal format, tetapi soal kesahihan transaksi.

Bagaimana Sistem e-Invois Berfungsi Di Malaysia?

Peranan Sistem MyInvois

MyInvois berfungsi sebagai pusat pengesahan nasional. Setiap e-invois yang dikeluarkan perlu dihantar ke sistem ini untuk semakan automatik. Prosesnya ringkas tetapi berstruktur:

  • Data dihantar
  • Sistem menyemak pematuhan
  • Status diterima atau ditolak dipulangkan

Tanpa pengesahan ini, invois tersebut tidak dianggap sebagai e-invois yang sah.

Jenis Transaksi Yang Terlibat

Pelaksanaan e-invois meliputi:

  • B2B: urus niaga antara syarikat
  • B2C: jualan kepada pengguna akhir
  • B2G: transaksi dengan agensi kerajaan

Skopnya luas, dan hampir semua perniagaan berstruktur akan terlibat.

Aliran Proses e-Invois (Gambaran Umum)

Secara ringkas, alirannya adalah:

  1. Pengeluaran e-invois
  2. Penghantaran untuk pengesahan
  3. Notifikasi status
  4. Perkongsian kepada pelanggan
  5. Penyimpanan rekod

Persediaan Pelaksanaan e-Invois Untuk Perniagaan

  1. Pendaftaran & Keperluan Asas

Langkah pertama ialah memastikan perniagaan mempunyai:

  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
  • Akses kepada platform MyTax

Tanpa asas ini, proses e-invois tidak boleh dimulakan.

  1. Pilihan Kaedah Pelaksanaan

Terdapat dua pendekatan utama untuk cara buat e-invois:

  • Portal MyInvois (manual), sesuai untuk volum transaksi rendah
  • Integrasi API (automasi), sesuai untuk perniagaan berskala besar
  1. Persediaan Dalaman Syarikat

Selain sistem, perniagaan perlu bersedia dari sudut manusia dan proses:

  • Penyesuaian sistem perakaunan
  • Latihan kakitangan kewangan dan operasi
  • Penetapan SOP baharu untuk bil dan invois

Pengurusan e-Invois Selepas Dikeluarkan

  1. Perkongsian e-Invois Dengan Pelanggan

Bentuk e-invois sebenar ialah data digital yang disahkan. Namun, untuk tujuan kefahaman, perniagaan biasanya berkongsi:

  • Rekod e-invois yang disahkan
  • PDF visual sebagai paparan sokongan

PDF memudahkan rujukan, tetapi status sah tetap terletak pada e-invois yang telah disahkan.

  1. Pembatalan & Penolakan e-Invois

Pembatalan atau penolakan dibenarkan dalam tempoh 72 jam selepas pengesahan, contohnya jika berlaku kesilapan harga atau maklumat.

Selepas tempoh ini, pembetulan perlu dibuat melalui:

  • Nota kredit
  • Nota debit

Pendekatan ini memastikan integriti rekod transaksi kekal terpelihara.

  1. Penyimpanan Rekod & Pematuhan

Semua e-invois perlu disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun. Rekod digital yang tersusun memudahkan audit, mengurangkan risiko penalti, dan mempercepat penyelesaian pertikaian.

Garis Masa & Fasa Pelaksanaan e-Invois Di Malaysia

Pelaksanaan dibuat secara berperingkat berdasarkan pusing ganti tahunan:

  • Fasa 1: Lebih RM100 juta
  • Fasa 2: RM25 hingga 100 juta
  • Fasa 3: RM5 hingga 25 juta
  • Fasa 4: RM5 juta dan ke bawah

Setiap fasa mempunyai tarikh mula berbeza. Namun, persediaan awal sentiasa memberi kelebihan dari sudut kos, operasi, dan ketenangan.

Siapa Yang Dikecualikan Daripada Pelaksanaan e-Invois?

Beberapa kategori dikecualikan, antaranya:

  • Individu bukan perniagaan
  • Pendapatan tahunan bawah RM1 juta
  • Transaksi penggajian dan dividen
  • Zakat dan kategori khas tertentu

Pengecualian ini mengelakkan beban tidak perlu kepada individu dan aktiviti bukan perniagaan.

Baca juga: Cara Turunkan Kadar Turnover Syarikat

Kesimpulannya, e-Invois ialah perubahan struktur kepada cara perniagaan merekod dan melapor transaksi. Ia menuntut kesiapsiagaan sistem, kefahaman proses, dan disiplin pematuhan.

Dalam ekonomi digital, perniagaan yang bersedia lebih awal bukan sekadar patuh tetapi mereka lebih tangkas, lebih diyakini, dan lebih berdaya tahan.

Jika anda masih keliru berkaitan e-invois, jom sertai kursus e-invois anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Kepentingan Program Peningkatan Latihan dan Kemahiran untuk Pekerja di MalaysiaHRDF/HRD Corp

Kepentingan Program Peningkatan Latihan dan Kemahiran untuk Pekerja di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondDecember 12, 2025
Cara Tuntut HRD Corp (HRDF) OnlineHRDF/HRD Corp

Cara Tuntut HRD Corp (HRDF) Online

Zahin ByondZahin ByondNovember 4, 2025
picture of a man with HRD Corp logo
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HRDCHRDF/HRD Corp

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HRDC

Zahin ByondZahin ByondSeptember 19, 2025

Leave a Reply