Untuk fresh grad yang pertama kali pergi interview, first impression sangat penting kerana tanggapan pertama majikan boleh mempengaruhi 55% keputusan sama ada mengambil pekerja ataupun tidak.

Ini bermakna pakaian yang anda pilih dan cara nada membawa diri memainkan peranan besar dalam menentukan kejayaan dalam satu sesi interview, bukan sekadar resume yang ‘power’semata-mata.

Artikel kali ini akan menerangkan bagaimana untuk berpakaian dan menonjolkan penampilan diri yang terbaik untuk memikat hati majikan.

Tip Memilih Pakaian untuk Interview

Sebagai fresh graduate yang mungkin belum biasa dengan kod pakaian dunia profesional, memilih pakaian interview boleh terasa mengelirukan. 

Rahsianya adalah sesuaikan tahap formaliti pakaian anda dengan industri dan syarikat yang anda mohon. Lakukan sedikit research tentang budaya syarikat dan menyesuaikan pemakaian dengan budaya dan etika syarikat menunjukkan anda mampu mengikut kehendak organisasi serta faham kepentingan imej positif di tempat kerja. 

Jika ragu-ragu, pilihlah pakaian yang lebih formal adalah lebih selamat kelihatan sedikit overdressed daripada terlalu santai pada hari temuduga pertama.

  • Untuk Calon Lelaki

Bagi calon lelaki, penampilan kemas, bersih, dan profesional adalah kunci utama. Kemeja lengan panjang berwarna cerah seperti putih atau biru lembut yang telah digosok rapi, dipadankan dengan seluar slack berwarna gelap ialah kombinasi yang sesuai. 

Pastikan kemeja dimasukkan ke dalam seluar dan potongan seluar tidak terlalu ketat atau terlalu labuh. Memakai tali leher walaupun tidak wajib, sangat digalakkan kerana ia memberikan aura serius dan menunjukkan anda menghargai profesionalisme.

  • Untuk Calon Wanita

Calon wanita mempunyai sedikit fleksibiliti dalam pilihan pakaian, namun matlamatnya sama iaitu tampil sopan, profesional dan meyakinkan. Salah satu pilihan paling selamat ialah baju kurung moden atau tradisional dalam warna lembut seperti biru pastel, krim, atau kelabu. 

Baju kurung memberikan imej sopan dan kemas, sesuai untuk temuduga sektor awam mahupun swasta. Pastikan fabrik tidak jarang dan potongan tidak terlalu ketat mengikut badan. 

Jika anda memilih mengenakan baju kurung, pastikan juga tudung digosok licin dan dipakai kemas. Tudung yang sederhana dan sepadan melambangkan peribadi yang teliti dan profesional.

Penjagaan Diri & Aksesori

Penampilan profesional bukan hanya tentang pakaian semata-mata, tetapi juga penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pastikan rambut berada dalam keadaan kemas dan terurus. 

Bagi lelaki, rambut pendek yang disisir rapi memberi tanggapan bersih, jika berambut panjang, pastikan diikat kemas manalaka bagi wanita, gaya rambut yang sederhana atau tudung yang dililit kemas sudah mencukupi. 

Satu perkara yang sering dilupakan para graduan baru ialah kebersihan kuku. Pastikan kuku tangan anda bersih dan dipotong rapi. Kuku yang kotor atau terlalu panjang boleh mencacatkan penampilan anda yang lainnya yang sudah molek. 

Begitu juga, periksa kebersihan gigi dan nafas. Berus gigi sebelum keluar rumah, gunakan penyegar nafas jika perlu, kerana senyuman anda juga sebahagian daripada penampilan.

Aksesori peribadi seperti jam tangan, cincin, atau alat tulis yang anda bawa juga seboleh mungkin biarlah simple. Jika anda memakai jam tangan, pastikan ia kelihatan profesional dan tidak terlalu besar atau berlampu pelik. 

Terakhir sekali, ingatlah aspek keselesaan diri. Walaupun berpakaian kemas itu penting, pastikan pakaian yang dipilih selesa dipakai selama tempoh temuduga. Sesuaikan juga pakaian dengan keadaan cuaca dan lokasi supaya anda tidak kelihatan berpeluh-peluh di hadapan panel.

Elakkan Kesilapan Biasa

Berikut adalah beberapa kesilapan lazim dalam penampilan temuduga yang harus anda elakkan:

  • Pakaian berkedut atau tidak digosok: Pakaian yang renyuk memberi isyarat anda tidak teliti dan tidak membuat persiapan.
  • Kasut kotor atau lusuh: Sepasang kasut yang kelihatan usang, berhabuk atau kotor boleh mencemar keseluruhan penampilan.
  • Warna atau corak terlalu keterlaluan: Neon hijau, kuning terang, corak tengkorak atau motif polka dot berlebihan seeloknya dielakkan.
  • Berpakaian terlalu kasual: Memakai t-shirt, seluar jeans, selipar atau pakaian santai adalah kesilapan besar kecuali anda dimaklumkan sebaliknya.
  • Aksesori berlebihan: Hadkan aksesori anda kepada yang benar-benar perlu dan subtle.

Dalam pada itu, jika anda ingin tahu lebih mendalam tentang tips-tips interview, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.

Baca juga: Persiapan Sebelum Interview Kerja: Tips Interview Kerja

Kesimpulannya, tampil meyakinkan semasa interview pertama bukanlah tugas yang mustahil, asalkan anda memberi perhatian kepada penampilan dan pakaian. Ingatlah bahawa penampilan profesional yang baik adalah satu bentuk seni dan strategi yang mampu memberi anda kelebihan dalam persaingan merebut pekerjaan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of female employee resign and male employer screaming
Proses Selepas Pekerja Berhenti Kerja: Panduan Lengkap MajikanIsu Semasa

Proses Selepas Pekerja Berhenti Kerja: Panduan Lengkap Majikan

Zahin ByondZahin ByondJanuary 20, 2026
picture of intern and employer
Sokongan RM2,000 Untuk Internship SME bermula Mac 2026Isu Semasa

Sokongan RM2,000 Untuk Internship SME bermula Mac 2026

Zahin ByondZahin ByondJanuary 16, 2026
picture of male employee and 2 female employee enjoying public holiday, Hari Wilayah and Thaipusam
Cuti Am 1 Februari 2026: Cuti Ganti Hari Wilayah & ThaipusamIsu Semasa

Cuti Am 1 Februari 2026: Cuti Ganti Hari Wilayah & Thaipusam

Zahin ByondZahin ByondJanuary 5, 2026

Leave a Reply