Dalam pengurusan HR, syarikat tidak lari daripada membayar levi HRD Corp. Ia bukan sekadar bayaran bulanan, ia adalah komitmen undang-undang, dan pada masa yang sama, cerminan tahap disiplin operasi sesebuah syarikat.

Namun, tanpa sedar, kadang-kadang ramai majikan di Malaysia terlebih bayar levi HRDC tanpa. Bukan kerana kecuaian tapi kerana kesilapan kecil seperti memasukkan elaun yang tidak layak, tersalah kira kategori pekerja, atau bergantung kepada pengiraan manual yang tidak konsisten.

Apa Itu Levi HRDC dan Siapa Yang Wajib Bayar?

Levi HRD Corp (dahulunya HRDF) ialah caruman yang diwajibkan kepada majikan sebagai dana pembangunan latihan pekerja. Ia adalah mekanisme yang memastikan tenaga kerja mendapat peluanh mengembangkan kemahiran diri.

Kadar Levi

Terdapat dua kadar utama:

  • 1% daripada gaji bulanan untuk majikan wajib
  • 0.5% untuk majikan sukarela (5 hingga 9 pekerja)

Kesilapan dalam menentukan kategori ini boleh menyebabkan lebihan bayaran setiap bulan tanpa disedari.

Kategori Pekerja Yang Layak

Tidak semua pekerja termasuk dalam pengiraan. Hanya:

  • Warganegara Malaysia
  • Pekerja di bawah kontrak perkhidmatan sepenuh masa
  • Termasuk pengarah syarikat yang menerima gaji

Kategori Pekerja Yang Tidak Layak

Ini antara punca utama terlebih bayar levi HRDC:

  • Pekerja asing
  • Pembantu rumah

Memasukkan kategori ini akan terus meningkatkan jumlah levi tanpa asas yang sah.

Cara Pengiraan Levi HRDC

Ketepatan bermula dengan formula yang jelas dan disiplin dalam mengikutinya. Levi dikira berdasarkan:

(Gaji pokok + elaun tetap) – cuti tanpa gaji

Kemudian:

Didarab dengan kadar levi (1% atau 0.5%)

Dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan

Contoh Pengiraan

  • Gaji pokok: RM2,000
  • Elaun tetap: RM300
  • Jumlah: RM2,300
  • Levi (1%): RM23.00

Elaun Yang Layak Dimasukkan Dalam Kiraan

Hanya elaun tetap boleh dimasukkan:

  • Elaun perjalanan
  • Elaun perumahan
  • Elaun kos sara hidup
  • Elaun haba dan habuk

Elaun ini bersifat konsisten dan menjadi sebahagian daripada struktur gaji tetap.

Elaun Yang Tidak Boleh Dimasukkan

Elaun berikut tidak boleh dimasukkan dalam pengiraan levi HRD Corp:

  • Bonus
  • Komisen
  • Elaun lebih masa (OT)
  • Elaun makan
  • Elaun berubah-ubah

Satu kesilapan kecil di sini boleh menyebabkan terlebih bayar setiap bulan tanpa disedari.

Langkah Untuk Elak Terlebih Bayar Levi HRDC

Mengelakkan terlebih bayar memerlukan sistem, bukan sekadar pengetahuan.

  1. Semak Data Secara Berkala
  • Pastikan bilangan pekerja sentiasa tepat
  • Tentukan kategori majikan dengan jelas
  1. Kemas Kini Dalam eTRiS

Perubahan kecil seperti jumlah pekerja boleh memberi kesan besar kepada kadar levi. Tanpa kemas kini anda mungkin membayar lebih daripada sepatutnya.

  1. Gunakan HRMS atau Payroll Software

Automasi mengurangkan risiko manusia:

  • Kiraan lebih tepat
  • Konsisten setiap bulan
  • Kurangkan kesilapan manual
  1. Lakukan Semakan Setiap 3 Bulan

Audit berkala membantu:

  • Mengesan kesilapan awal
  • Mengelakkan lebihan bayaran berpanjangan

Apa Perlu Buat Jika Dah Terlebih Bayar?

Jika anda sudah terlebih bayar, tindakan segera diperlukan.

  1. Audit Rekod Levi

Semak rekod untuk:

  • 1 hingga 2 tahun kebelakang
  • Kenal pasti lebihan bayaran
  1. Sahkan Jumlah Lebihan
  • Bandingkan kiraan sebenar dengan jumlah yang telah dibayar.
  1. Mohon Bayaran Balik

Majikan boleh membuat tuntutan melalui:

  • Sistem eTRiS
  • Atau permohonan rasmi kepada HRD Corp

Dengan dokumentasi yang tepat, lebihan bayaran boleh dipulangkan.

Baca juga:

Kesimpulannya, mengurus levi HRD Corp bukan sekadar tugas pentadbiran tetapi ia adalah ujian kepada kecekapan sistem HR anda. Anda bukan sahaja dapat mengelakkan terlebih bayar levi HRDC, malah membina operasi yang lebih cekap, telus dan patuh.

Dalam pada itu, jika anda ingin tambah pengetahuan tengah Akta Kerja 1955, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of a female employee doing e-invoice by LHDN
Apa Itu e-Invois? Pelaksanaan & Cara Buat e-Invois di MalaysiaHRDF/HRD Corp

Apa Itu e-Invois? Pelaksanaan & Cara Buat e-Invois di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondDecember 29, 2025
Kepentingan Program Peningkatan Latihan dan Kemahiran untuk Pekerja di MalaysiaHRDF/HRD Corp

Kepentingan Program Peningkatan Latihan dan Kemahiran untuk Pekerja di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondDecember 12, 2025
Cara Tuntut HRD Corp (HRDF) OnlineHRDF/HRD Corp

Cara Tuntut HRD Corp (HRDF) Online

Zahin ByondZahin ByondNovember 4, 2025

Leave a Reply