Kesilapan kecil dalam pengiraan claim boleh membawa kepada bayaran berlebihan, pertikaian dalaman, atau lebih teruk boleh jadi isu pematuhan dan audit. Dan apabila proses tidak telus, kepercayaan antara pekerja dan majikan mula retak secara senyap.
Hakikatnya, mengurus proses tuntutan dan pengiraan claim secara manual hari ini bukan lagi efisien. Ia adalah bebanan!
Di sinilah masuknya MySyarikat. Dengan automasi digital, sistem ini menyusun semula keseluruhan aliran claim daripada permohonan sehingga pembayaran dalam satu EKOSISTEM yang lancar, tepat, dan mudah dijejak.
Dalam artikel ini, kita akan kupas bagaimana MySyarikat memudahkan proses tuntutan pekerja dan memastikan setiap pengiraan claim berlaku secara automatik tanpa kesalahan manual.
Apa Itu Proses Tuntutan (Claim)?
Secara asasnya, claim merujuk kepada permohonan bayaran balik oleh pekerja untuk perbelanjaan berkaitan kerja seperti perjalanan, makan atau pembelian operasi. Ia biasanya melibatkan expenses claim atau reimbursement.
Proses ini nampak mudah, tetapi ia melibatkan dua fungsi penting:
- Pekerja mengemukakan tuntutan bersama bukti seperti resit
- HR atau majikan menyemak, meluluskan, dan memastikan bayaran dibuat dengan tepat
Masalahnya? Dalam sistem manual:
- Resit boleh hilang atau tidak lengkap
- Amaun mudah tersalah kira
- Proses kelulusan menjadi perlahan dan tidak konsisten
Tanpa sistem yang tersusun, proses tuntutan menjadi titik lemah dalam operasi syarikat.
Bagaimana MySyarikat Memudahkan Proses Tuntutan (Claim)?
Permohonan Claim Secara Digital
Dengan MySyarikat, proses tuntutan tidak lagi bergantung pada kertas atau komunikasi tidak berstruktur. Pekerja hanya perlu:
- Pergi ke Claim > Apply Claim
- Isi maklumat seperti tarikh, jenis claim, amaun, dan sebab
- Muat naik resit sebagai bukti
- Tekan Apply Claim
Segalanya berlaku dalam satu sistem. Tiada dokumen hilang. Tiada maklumat tercicir. Semua direkod secara sistematik.
Proses Kelulusan Yang Lebih Pantas dan Tersusun
Selepas permohonan dihantar, HR atau majikan boleh menyemak terus melalui modul Claim Approval. Sistem ini memastikan:
- Aliran kelulusan (approval workflow) lebih jelas dan teratur
- Setiap claim direkod secara automatik untuk rujukan
- Status permohonan boleh dijejaki tanpa perlu bertanya berulang kali
Hasilnya, proses yang dulunya mengambil masa berhari-hari kini boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan telus.
Pengurusan Polisi Claim
Tanpa polisi yang jelas, claim boleh menjadi meragukan.
MySyarikat membolehkan HR mengawal jenis claim melalui employee details. Setiap claim perlu diaktifkan terlebih dahulu. Jika tidak, sistem akan memaparkan amaran seperti “This claim type is not Active”.
Ini memastikan hanya claim yang sah diproses dan setiap permohonan mematuhi polisi syarikat.
Kelebihan Utama MySyarikat Untuk Proses Claim
Apa yang membezakan MySyarikat bukan sekadar fungsi, tetapi impaknya terhadap operasi harian!
Dengan sistem ini:
- Kesilapan manual dikurangkan secara signifikan
- Masa HR dan pekerja dijimatkan
- Proses menjadi lebih pantas dan telus
- Semua data disatukan dalam satu platform
Ia bukan sekadar memudahkan kerja. Ia mengubah cara kerja dilakukan.
Siapa Yang Paling Sesuai Guna Sistem Ini?
MySyarikat direka untuk organisasi yang mahu bergerak ke hadapan:
- HR dan payroll team yang mahu automasi proses
- SME atau majikan yang masih menggunakan sistem manual
- Syarikat dengan jumlah pekerja besar dan tuntutan bulanan yang tinggi
Jika claim sudah mula menjadi beban operasi, ini adalah tanda untuk beralih.
Baca juga: Cara Guna Feature Leave dan Claim MySyarikat
Kesimpulannya, daripada permohonan sehingga pembayaran, MySyarikat menyatukan keseluruhan proses tuntutan dan pengiraan claim dalam satu aliran yang automatik, tepat, dan boleh dipercayai.
Tiada lagi resit hilang. Tiada lagi salah kira. Tiada lagi proses yang memakan masa.r.
Dalam dunia HR moden, automasi bukan lagi kelebihan. Ia adalah standard. Dan bagi syarikat yang mahu kekal relevan, sistem seperti MySyarikat bukan sekadar pilihan ia adalah keperluan.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







