Soalan ini kerap muncul, bolehkah majikan turunkan pangkat pekerja? Jawapannya, ya, boleh tetapi bukan secara sewenang-wenangnya.
Dalam kebanyakan syarikat, penurunan pangkat sering dilihat sebagai langkah disiplin. Namun, satu keputusan yang dibuat tanpa prosedur betul boleh bertukar menjadi constructive dismissal yang boleh membawa majikan ke Mahkamah Perusahaan.
Dalam artikel ini akan dijelaskan garis panduan yang membolehkan majikan menurunkan pangkat pekerja dan hak-hak pekerja berkaitan perkara ini menurut undang-undang buruh Malaysia, Akta Kerja.
Apa Maksud Penurunan Pangkat?
Dalam konteks undang-undang pekerjaan Malaysia, penurunan pangkat (demotion) merujuk kepada tindakan majikan menurunkan jawatan, tanggungjawab atau faedah pekerja sebagai satu bentuk tindakan disiplin.
Untuk elakkan kekeliruan, bezakan dengan:
- Penamatan kerja
- Pekerja diberhentikan sepenuhnya
- Pertukaran jawatan biasa
- Peranan berubah, tetapi status dan gaji kekal
Demotion ini berada di tengah-tengah. Pekerja masih bekerja, tetapi dalam keadaan yang jelas lebih rendah daripada sebelumnya.
Bila Majikan Dibenarkan Menurunkan Pangkat?
Secara perundangan, kuasa ini bukan sekadar polisi syarikat tetapi ia disokong oleh Akta Kerja 1955.
“Majikan boleh mengambil tindakan disiplin termasuk menurunkan pangkat (downgrade) tetapi hanya selepas siasatan dalaman yang adil dilakukan”
Ini bermaksud penurunan pangkat mesti berasaskan proses, bukan emosi, bukan keputusan spontan.
Jika majikan gagal mematuhi syarat ini, pekerja boleh membawa kes di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, khususnya berkaitan tuntutan constructive dismissal.
Situasi Apa Majikan Boleh Turunkan Pangkat Pekerja
Tidak semua keadaan membolehkan majikan menurunkan pangkat pekerja. Ia biasanya terhad kepada situasi tertentu yang mempunyai alasan jelas.
- Salah Laku Serius (Misconduct)
Ini adalah sebab paling kukuh. Contohnya:
- Melanggar polisi syarikat
- Salah guna kuasa
- Pelanggaran amanah
Dalam kes ini, undang-undang membenarkan penurunan pangkat tetapi hanya selepas siasatan dalaman dijalankan dengan adil.
- Prestasi Kerja Lemah (Poor Performance)
Prestasi lemah boleh menjadi asas, tetapi bukan alasan segera. Majikan perlu membuktikan bahawa pekerja telah:
- Diberi amaran
- Diberi bimbingan
- Diberi peluang munasabah untuk memperbaiki prestasi
Penurunan pangkat hanya boleh dibuat apabila semua langkah ini gagal.
- Penyusunan Semula Organisasi (Restructuring)
Dalam proses penyusunan semula, perubahan jawatan mungkin tidak dapat dielakkan. Namun, jika perubahan:
- Terlalu drastik
- Tidak setara dengan jawatan asal
Ia boleh dianggap sebagai pelanggaran kontrak pekerjaan.
- Alternatif Kepada Pemecatan
Dalam sesetengah keadaan, penurunan pangkat digunakan sebagai hukuman lebih ringan berbanding pemecatan.
Pendekatan ini boleh diterima tetapi hanya jika hukuman tersebut seimbang dengan kesalahan yang dilakukan.
Syarat & Prosedur: Bila Penurunan Pangkat Dianggap Sah
Realitinya, penurunan pangkat adalah antara tindakan disiplin yang paling mudah dipertikaikan. Ia hanya dianggap sah jika memenuhi prinsip berikut:
- Mesti Ada “Just Cause and Excuse”
Majikan perlu membuktikan bahawa:
- Kesalahan benar-benar berlaku
- Alasan adalah kukuh dan munasabah
Dan yang paling penting adalah hukuman mesti setimpal.
- Mesti Melalui “Due Inquiry”
Ini adalah asas keadilan. Majikan wajib:
- Menjalankan siasatan dalaman (domestic inquiry)
- Memberi peluang kepada pekerja untuk membela diri
Tanpa proses ini, tindakan tersebut boleh dianggap melanggar prinsip natural justice.
- Tidak Boleh Ubah Kontrak Secara Drastik
Penurunan pangkat tidak boleh mengubah asas kontrak pekerjaan secara melampau. Contoh berisiko:
- Eksekutif diturunkan menjadi staf biasa
- Pengurangan gaji yang besar
Perubahan seperti ini sering dianggap sebagai pelanggaran kontrak.
- Kesan Kepada Maruah & Kerjaya
Undang-undang bukan hanya melihat angka tetapi juga kesan. Jika penurunan pangkat:
- Menjatuhkan reputasi profesional
- Menjejaskan masa depan kerjaya
Ia boleh menjadi asas tuntutan oleh pekerja.
Bila Penurunan Pangkat Jadi Constructive Dismissal?
Constructive dismissal berlaku apabila majikan melanggar terma asas kontrak sehingga pekerja tidak mempunyai pilihan selain berhenti. Rujukan utama adalah Seksyen 20 di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Situasi Yang Boleh Dianggap Constructive Dismissal
- Jawatan baru terlalu rendah dan tidak setara
- Pengurangan gaji atau faedah yang ketara
- Tiada siasatan atau peluang membela diri
- Alasan yang diberikan tidak munasabah
Dalam situasi ini, penurunan pangkat bukan lagi tindakan disiplin tetapi satu bentuk pemecatan secara tidak langsung.
Kesilapan dalam melaksanakan penurunan pangkat ini boleh memberi kesan besar:
- Tuntutan di Mahkamah Perusahaan
- Kewajipan membayar pampasan
- Reputasi syarikat terjejas
Dalam banyak kes, risiko reputasi lebih sukar dipulihkan berbanding kerugian kewangan.
Baca juga: Hak Terminate Pekerja Under Performance Di Malaysia
Kesimpulannya, kembali kepada soalan utama sama ada bolehkah majikan turunkan pangkat pekerja, jawapanny: boleh, tetapi tidak boleh dilakukan sesuka hati. Ia hanya sah jika ada sebab yang kukuh, melalui proses yang adil dan tidak melanggar kontrak pekerjaan.
Jika tidak, tindakan tersebut boleh menjadi kes undang-undang yang serius dan berakhir di mahkamah.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







