Bemula 15 April 2026 nanti sektor awam di Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bakal melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) rentetan daripada kenaikan harga bahan api serta masalah rantaian bekalan global.

Walaupun sektor swasta tidak terlibat secara langsung, namun kerajaan menggalakkan para majikan untuk membenarkan BDR secara fleksibel. Atas faktor itu terdapat sesetengah syarikat bakal menawarkan corak kerja hybrid atau aturan kerja fleksibel.

Bagi majikan dan pekerja yang bakal bekerja dari rumah, sama ada anda di sektor awam atau swasta, ini adalah beberapa tips persiapan yang boleh diamalkan untuk memastikan gerak kerja anda bergerak lancar walaupun berada di luar pejabat.

Maklumat Penting Tentang BDR

Tarikh 15 April 2026 telah ditetapkan oleh kerajaan untuk melaksanakan BDR, dan antara sektor yang terlibat adalah:

  • Badan Kementerian
  • Agensi-agensi kerajaan
  • Badan berkanun
  • GLC

Bagi sektor swasta pula, walaupun tidak disertakan, kerajaan menggalakkan para majikan untuk melaksanakan BDR atau lebih mesra dikenali sebagai bekerja hibrid (work from home) bagi menguruskan kos tenaga dan mengurangkan beban subsidi bahan api.

Perlu difahamkan bahawa setakat ini sektor swasta tidak diwajibkan, tetapi digalakkan sahaja. Ini bermakna majikan boleh menyahut seruan kerajaan ini atau terus beroperasi dengan pekerja datang ke pejabat seperti biasa.

Persiapan Majikan Sebelum Bekerja Dari Rumah

Bagi anda yang bekerja di sektor awam, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan yang jelas tentang bagaimana untuk melaksanakan DBR. Bagi sektor swasta yang ingin melaksanakan BDR, ini adalah beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

  1. Semak Dasar/ Polisi Syarikat

Pertama, semak dasar atau polisi syarikat berkaitan kerja hibrid. Sesetengah syarikat mungkin sudah memiliki dasar berkaitan corak kerja ini, tetapi mungkin perlu dikemas kini. Selain itu, pastikan dasar tersebut jelas sama ada BDR seminggu penuh atau perlu masuk pejabat selang beberapa hari. 

  1. Semak Kesesuian Operasi

Tidak semua perkhidmatan sesuai untuk BDR. Terdapat sesetengah operasi syarikat memerlukan pekerja untuk hadir ke pejabat. Malah, bukan semua pekerja di sektor awam boleh BDR, ada sesetengah daripada mereka, terutama di bahagian perkhidmatan, perlu masuk di pejebat untuk bekerja.

  1. Wujudkan Sistem Penjejak Prestasi yang Jelas

Dalam memastikan pekerja kekal dalam landasan yang betul walaupun tidak bekerja di dalam pejabat, syarikat perlu berikan satu KPI yang jelas. Hal ini kerana dalam mengelakan prestasi kerja yang tinggi, pekerja perlukan hala tuju yang jelas walaupun tanpa pemantauan sepanjang masa.

  1. Wujudkan Medium Komunikasi Jelas

Asas paling penting dalam bekerja hibrid atau BDR adalah memiliki medium komunikasi yang jelas. Ia sangat penting dalam memastikan semua pekerja dapat bekerjasama dengan baik walaupun tidak bersua muka antara satu sama lain.

Persiapan Pekerja Sebelum Bekerja Dari Rumah

Segala usaha syarikat tidak akan membuahkan hasil jika pekerja tidak melakukan persediaan yang sepatutnya untuk BDR. Ini adalah beberapa perkara yang pekerja perlu ambil maklum jika ingin bekerja secara hibrid.

  1. Peka Dengan Gerak Kerja

Walaupun pekerja bekerja di rumah atau di mana-mana sahaja, penting untuk sentiasa pekerja dengan gerak kerja yang diberikan. Jangan mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan ini kerana secara dasarnya pekerja masih bekerja bukannya bercuti.

  1. Bersedia Untuk Berkomunikasi

Pastikan pekerja sentiasa bersedia untuk sebarang kemas kini atau panggilan yang dibuat semasa BDR. Kerjasama antara pasukan boleh bergerak lancar jika pekerja kekal bersedia untuk berkomunikasi diantara satu sama lain walaupun dalam jarak yang berbeza.

  1. Menjaga prestasi

Setiap pekerja pasti diberikan KPI atau tugasan yang perlu diselesaikan dalam satu tempoh tertentu. Sebagai pekerja, adalah penting untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dengan baik kerana kepercayaan wujud terhadap prestasi yang cemerlang.

  1. Amanah Dalam Bekerja

Tugasan kerja yang diberikan merupakan satu amanah. Maka, ia telah menjadi satu tanggungjawab untuk pekerja melaksanakannya sebaik mungkin walaupun BDR. Susun kerja dengan terliti sambil menikmati kemudahan yang diberikan tersebut.

Fahami Bagaimana BDR Boleh Berfungsi Untuk Sektor Swasta

Sekali lagi ditegaskan bahawa BDR setakat ini hanya diwajibkan untuk sektor awam, dan digalakkan untuk sektor swasta. Namun, jika syarikat swasta ingin melaksanakannya terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan.

  • Wujudkan polisi kerja hibrid yang lengkap
    • Contohnya, 2 minggu sekali bekerja dari rumah atau 3 hari hibrid, 2 hari masuk pejabat. 
  • Pastikan Undang-Undang Kerja Dipatuhi
    • Walaupun bekerja dari rumah, ia tidak bermakna gaji pekerja boleh dikurangkan atau dipotong.
    • Jika diminta bekerja lebih masa, maka pekerja layak untuk mendapat bayaran kerja lebih masa.

Baca juga: Wujudkah Aturan Kerja Fleksibel di Malaysia?

Kesimpulannya, BDR merupakan satu kemudahan yang diberikan kerajaan bukan sahaja untuk menyenangkan pekerja malah membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga dan sara hidup global.

Jika anda dibenarkan BDR, sama ada majikan atau pekerja, penting untuk memastikan anda memanfaatkan kemudahan ini dan jangan sesekali menyalahgunakannya. Ingat, kerja merupakan satu amanah.

Dalam pada itu, jika anda ingin tambah kemahiran walaupun BDR, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Faktor-Faktor Pekerja Mudah Berhenti Dan Tukar KerjaIsu Semasa

Faktor-Faktor Pekerja Mudah Berhenti Dan Tukar Kerja

Zahin ByondZahin ByondApril 1, 2026
Cara Tetapkan Payroll Cycle Ikut Undang-Undang MalaysiaIsu Semasa

Cara Tetapkan Payroll Cycle Ikut Undang-Undang Malaysia

Zahin ByondZahin ByondMarch 30, 2026
Akta Anti Buli di Tempat Kerja di MalaysiaIsu Semasa

Akta Anti Buli di Tempat Kerja di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondMarch 30, 2026

Leave a Reply