Secara rasminya, tarikh akhir untuk melaporkan cukai pendapatan sudah tamat untuk tahun taksiran ini. Namun, mungkin masih ramai lagi yang tidak melaporkan atau membuat keputusan untuk tidak membayar cukai pendapatan langsung.

Tapi tahukah anda bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini bergerak aktif dalam membantras pelarian cukai (tax evasion). Terdapat penalti yang lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang tidak melaporkan atau enggan membayar cukai.

Artikel ini akan menerangkan jenis-jenis kesalahan berkaitan dengan isu tidak melaporkan cukai pendapatan dan implikasinya kepada individu.

Asas Undang-Undang Cukai di Malaysia

Di Malaysia, cukai bukan pilihan tetapi aa kewajipan undang-undang. Segala-galanya berpaksikan Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu kerangka yang menetapkan siapa perlu lapor, bila perlu bayar, dan apa jadi jika gagal patuh.

Secara asas:

  • Jika anda mencapai pendapatan kena cukai, anda wajib hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
  • Jika ada cukai dikenakan, anda wajib bayar dalam tempoh ditetapkan

Dan di bawah Seksyen 112(1), kegagalan:

  • Mengemukakan borang
  • Memaklumkan kelayakan cukai

boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah!

Penalti Jika Tidak Lapor Cukai atau Tidak Hantar Borang (BNCP)

Tidak Mengemukakan BNCP / Tidak Maklum Layak Cukai

Ini kes paling ‘common’ tetapi impaknya besar. Kesalahan ini berlaku apabila:

  • Anda tidak menghantar BNCP langsung
  • Anda layak dikenakan cukai tetapi tidak memaklumkan kepada LHDN

Di bawah peruntukan Seksyen 112(1):

  • Penalti:
    • Denda RM200 hingga RM20,000
    • Penjara sehingga 6 bulan
    • Atau kedua-duanya sekali

Dalam erti kata lain, ‘tak buat apa-apa’ pun sebenarnya satu kesalahan di sisi undang-undang.

Penalti Jika Tidak Lapor Pendapatan Sebenar (Under-Reporting)

Sorok Pendapatan / Lapor Tidak Lengkap

Ini bukan soal tidak menghantar borang, tetapi tidak jujur dalam borang. Under-reporting berlaku apabila:

  • Anda melaporkan hanya sebahagian pendapatan
  • Anda sengaja tinggalkan sumber pendapatan lain

Peruntukan dan penalti di bawah Seksyen 113(1)(a):

  • Denda: RM1,000 hingga RM10,000
  • Penalti tambahan: sehingga 200% daripada cukai terkurang lapor

Penalti Memberi Maklumat Tidak Tepat atau Palsu

Peruntukan dan penalti di bawah Seksyen 113(1)(b):

  • Denda: RM1,000 hingga RM10,000
  • Penalti tambahan: sehingga 200% daripada cukai terkurang lapor

Pelarian Cukai (Tax Evasion)

Apabila kesalahan dilakukan secara sengaja dan berulang, ia tidak lagi dianggap kecuaian. Ia menjadi pelarian cukai (tax evasion). Antara perbezaannya adalah,

  • Kes biasa: kesilapan atau kurang faham
  • Tax evasion: niat untuk mengelak cukai

Dalam kes sebegini, LHDN tidak hanya mengenakan penalti. Tindakan yang boleh diambil:

  • Audit terperinci
  • Siasatan sivil
  • Siasatan jenayah

Melibatkan Seksyen:

  • 112
  • 113
  • 114

Penalti Jika Lewat Bayar atau Tidak Bayar Cukai

Tidak semua orang gagal melapor. Ada yang hantar tetapi tidak bayar. Dan di sinilah penalti mula “bertambah”.

Penalti Lewat Bayar

Jika baki cukai tidak dijelaskan selepas tarikh akhir:

  • Penalti 10% dikenakan ke atas jumlah tertunggak
  • Jika masih tidak bayar selepas 60 hari:
    • Tambahan 5% dikenakan

Cara Elak Penalti dan Patuh Cukai

Pendekatan paling selamat bukan sukar, cuma perlukan konsisten.

  • Hantar BNCP tepat pada masa
  • Isytihar semua sumber pendapatan
  • Simpan rekod kewangan dengan kemas
  • Bayar cukai sebelum tarikh akhir
  • Rujuk LHDN jika ada keraguan

Patuh awal jauh lebih murah daripada membayar kesilapan kemudian.

Baca juga: Cara Automasi Gaji dan Pembayaran Cukai Guna Sistem HR MySyarikat

Kesimpulannya, tidak melaporkan atau membayar cukai pendapatan bukan kesilapan kecil. Ia boleh membawa kepada lebih banyak risiko dari denda, penalti berganda, tindakan undang-undang, dan dalam kes tertentu kehilangan kebebasan untuk keluar negara.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Apa Itu Cukai Pendapatan Luar Negara?Cukai

Apa Itu Cukai Pendapatan Luar Negara?

Zahin ByondZahin ByondMarch 16, 2026
Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDNCukaiFakta HR

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 24, 2026
Di Mana Nak Dapatkan Nombor TIN? Cara Semak & Mohon TIN LHDNCukai

Di Mana Nak Dapatkan Nombor TIN? Cara Semak & Mohon TIN LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 25, 2026

Leave a Reply