Kita selalu menganggap pekerja part-time sebagai ‘sementara’. Masuk bekerja beberapa jam dan ambil gaji. Tidak perlu komitmen jangka panjang. Tidak perlu faedah penuh. Tapi realitinya lebih kompleks daripada itu.
Ada yang percaya pekerja sambilan tidak layak untuk caruman KWSP, PERKESO dan SIP. Ada juga pekerja yang tidak pernah bertanya kerana menganggap mereka memang tidak layak.
Persoalan sebenar yang perlu dijawab secara tepat adalah adakah pekerja part-time wajib dicarum KWSP, PERKESO, dan SIP di Malaysia?
Siapa Dikira Pekerja Part Time di Malaysia?
Istilah part-time tidak disebut dalam akta secara jelas. Tetapi dari sudut pandang undang-undang, definisinya lebih spesifik.
Seorang pekerja part-time ialah individu yang:
- Bekerja di bawah kontrak perkhidmatan
- Menerima upah atau gaji
- Tertakluk kepada arah dan kawalan majikan
Jumlah jam kerja mungkin lebih rendah, tetapi hubungan kerja tetap wujud.
Adakah Pekerja Part-Time Wajib Dicarum?
Jawapan pendeknya, ya, wajib. Jika ada kontrak perkhidmatan. Undang-undang Malaysia tidak menetapkan ‘minimum jam kerja’ sebagai syarat kelayakan caruman. Fokusnya lebih asas:
Adakah pekerja itu bekerja di bawah arahan majikan dan menerima gaji?
Jika ya, maka status part-time tidak mengubah kewajipan tersebut.
Faktor penentu utama:
- Jenis kontrak (kontrak perkhidmatan vs kontrak untuk perkhidmatan)
- Pendapatan/gaji (dibayar sebagai upah kerja)
- Status pekerjaan (di bawah kawalan majikan)
Caruman KWSP (EPF) Untuk Pekerja Part Time
Di bawah Akta KWSP 1991, semua pekerja yang menerima gaji wajib dicarum tanpa pengecualian khusus untuk pekerja sambilan.
Struktur caruman:
- 11% daripada pekerja
- 13% daripada majikan
Caruman dikira berdasarkan upah sebenar, walaupun jumlahnya kecil atau tidak tetap.
Ini bermaksud seorang pekerja yang bekerja beberapa jam sehari tetap layak untuk caruman KWSP pekerja part-time jika dia berada di bawah kontrak sah.
Caruman PERKESO (SOCSO) Untuk Pekerja Part Time
Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua pekerja termasuk part-time mesti didaftarkan dan dicarum. Kadar caruman:
- Jenis 1 (bawah 60 tahun)
- 1.75% majikan
- 0.5% pekerja
- Jenis 2 (60 tahun ke atas)
- 1.25% majikan sahaja
Selain kadar, terdapat disiplin proses yang perlu dipatuhi:
- Pendaftaran dalam bulan pekerja diambil bekerja
- Caruman bermula bulan berikutnya
PERKESO bukan sekadar angka dalam slip gaji. Ia adalah perlindungan apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku seperti kemalangan, kecederaan, atau kehilangan keupayaan bekerja.
Caruman SIP (EIS) Untuk Pekerja Part Time
SIP (Employment Insurance System) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 memberi perlindungan apabila pekerja kehilangan pekerjaan. Untuk pekerja part-time, syaratnya jelas:
- Umur 18 hingga 60 tahun
- Bekerja di sektor swasta
- Mempunyai kontrak perkhidmatan
Kadar caruman:
- 0.2% majikan
- 0.2% pekerja
- Had gaji sehingga RM6,000
Dalam kebanyakan kes, caruman SIP akan berjalan secara automatik apabila pekerja sudah didaftarkan di bawah PERKESO. Namun, terdapat pengecualian:
- Penjawat awam
- Pekerja domestik
- Individu bekerja sendiri
Implikasi Jika Tidak Mencarum
Mengabaikan caruman bukan sekadar isu teknikal. Ia membawa kesan nyata.
- Kepada Majikan:
- Penalti dan denda
- Tindakan undang-undang
- Risiko reputasi syarikat
- Kepada Pekerja:
- Tiada perlindungan sosial
- Tiada simpanan KWSP
- Tiada sokongan kewangan jika hilang pekerjaan
Dalam jangka panjang, kos kegagalan ini jauh lebih besar daripada kos caruman itu sendiri.
Baca juga: Pengiraan Caruman KWSP, PERKESO, SIP Pekerja Tak Cukup Bulan
Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita berhenti melihat pekerja part-time sebagai ‘tenaga sementara’ yang boleh diketepikan haknya. Undang-undang tidak melihat mereka begitu. Dan risiko juga tidak memilih siapa yang bekerja sepenuh masa atau sambilan.
Sebelum anda mengambil pekerja part-time atau menerima kerja sambilan, pastikan anda faham tanggungjawab ini sepenuhnya.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







