Selama ini wang KWSP hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya oleh ahli sendiri, atau diagihkan kepada waris melalui proses yang penamaan. Keluarga menunggu. Prosedur mengambil masa. Dan dalam tempoh itu, keperluan kewangan tidak berhenti.
Kini, KWSP telah mengubah persamaan itu. Diperkenalkan pada 11 Mei 2026, i-Legasi KWSP hadir sebagai kemudahan baharu yang memberi anda kuasa untuk berkongsi sebahagian simpanan persaraan dengan orang yang paling anda sayangi.
Apa Itu i-Legasi KWSP?
Secara ringkasnya, i-Legasi KWSP ialah kemudahan yang membolehkan ahli KWSP yang lebih berusia, digelar Pemberi dalam konteks skim ini, untuk memindahkan sebahagian simpanan persaraan mereka terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat seperti pasangan atau anak-anak.
Yang membezakan i-Legasi daripada apa-apa kemudahan lain dalam sistem KWSP adalah ia berlaku semasa ahli masih hidup. Bukan faraid. Bukan pengeluaran atas sebab kematian. Bukan proses waris yang panjang. Anda sendiri yang membuat keputusan, pada waktu yang anda pilih, untuk orang yang anda kasihi.
Siapa Yang Layak Menggunakan i-Legasi?
Tidak semua ahli KWSP boleh menggunakan kemudahan ini secara automatik. Terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
- Ahli berumur 55 atau 60 tahun ke atas, setelah mencapai umur pengeluaran penuh
- Mempunyai baki KWSP yang melebihi RM650,000, iaitu Tahap Simpanan Mencukupi mengikut Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA)
- Hanya pasangan atau anak-anak yang layak menerima pindahan simpanan
- Sepenuhnya sukarela, tiada sebarang paksaan, dan polisi pengeluaran biasa pada umur 55 tidak berubah langsung
Perhatikan syarat kedua dengan teliti. Ambang RM650,000 bukan sekadar nombor rawak tapi ia adalah paras minimum yang KWSP tetapkan bagi memastikan simpanan teras persaraan Pemberi kekal utuh sebelum sebarang pindahan dibenarkan.
Apa Bezanya i-Legasi Dengan Pengeluaran Biasa Umur 55?
Soalan ini wajar ditanya dan ia antara yang paling kerap muncul apabila i-Legasi KWSP mula diperkatakan. Apa beza i-Legasi dan pengeluaran umur 55 terletak pada beberapa dimensi yang berbeza sama sekali:
| Penerangan | Pengeluaran Umur 55 | i-Legasi KWSP |
| Penerima | Ahli sendiri | Pasangan atau anak-abak |
| masa | Selepas mencapai umur 55/60 | Semasa ahli masih hidup |
| Jumlah | Boleh keluarkan penuh | Melebihi RM650,000 sahaja |
| Dividen | Tiada selepas pengeluaran | Masih akhif jika pilih skim i-Emas |
Mengapa KWSP Perkenalkan i-Legasi?
KWSP tidak memperkenalkan i-Legasi secara tiba-tiba. Ia lahir daripada satu realiti landskap kos sara hidup do Malaysia yang mana kesejahteraan persaraan perlu diperluaskan melangkaui satu generasi.
Bagi ahli yang telah berjaya mengumpul simpanan melebihi tahap mencukupi, i-Legasi memberi mereka pilihan bagi menjaga jaminan kewangan keluarga tanpa perlu mengorbankan keperluan persaraan sendiri.
Dan yang paling penting untuk difahami ialah i-Legasi bukan tanda KWSP mengubah dasar atau polisi asasnya. Pengeluaran umur 55 masih berjalan seperti biasa. Ini adalah pilihan tambahan, diwujudkan khusus untuk mereka yang simpanannya sudah kukuh dan ingin melangkah lebih jauh dalam perancangan kewangan keluarga mereka.
Baca juga: Apa Itu i-Invest KWSP?
Kesimpulannya, i-Legasi adalah kemudahan, bukan kewajipan. Tiada tekanan, tiada tarikh akhir. Ambil masa untuk berbincang dengan pasangan atau anak-anak, dan buat keputusan yang paling sesuai dengan keperluan dan perancangan keluarga anda secara keseluruhan.
Untuk maklumat terperinci mengenai proses permohonan dan syarat terkini, rujuk terus laman rasmi KWSP atau hubungi cawangan berhampiran anda.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







