Bayangkan anda dalam proses membeli rumah. Semua dokumen telah disediakan, slip gaji ada, penyata bank dan rekod CCRIS juga baik. Namun, apabila tiba di peringkat semakan dokumen, pihak bank meminta satu dokumen tambahan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini iaitu surat pengesahan majikan.
Ramai pekerja beranggapan bahawa slip gaji sudah memadai untuk membuktikan status pekerjaan mereka. Hakikatnya, banyak institusi masih memerlukan pengesahan rasmi daripada majikan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah benar dan boleh dipercayai.
Jadi, apakah itu surat pengesahan majikan sebenarnya? Mengapa dokumen ini begitu penting, dan bagaimana cara untuk mendapatkannya?
Apakah Itu Surat Pengesahan Majikan?
Surat pengesahan majikan ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan sama ada syarikat swasta mahupun jabatan kerajaan bagi mengesahkan status pekerjaan seseorang individu secara bertulis.
Ia berfungsi sebagai bukti sokongan yang menyatakan pekerja sedang atau pernah berkhidmat dalam sesebuah organisasi syarikat. Dokumen ini juga dikenali sebagai surat pengesahan kerja, dan kedua-dua istilah ini merujuk kepada dokumen yang sama dalam konteks penggunaan harian di Malaysia.
Yang membezakan surat ini daripada sekadar surat biasa ada dua perkara:
- Ia mesti ditulis atas kepala surat rasmi syarikat (letterhead)
- Ia wajib ditandatangani oleh pegawai berautoriti, contohnya Pengurus Sumber Manusia atau individu yang diberi kuasa oleh organisasi syarikat
Tanpa kedua-dua elemen ini, surat tersebut mungkin tidak akan diterima oleh pihak yang memintanya. Jadi, bukan sekadar surat biasa dengan tandatangan, tetapi ia perlu memenuhi standard tertentu untuk dianggap sah.
Apa yang Terdapat Dalam Surat Pengesahan Majikan?
Format surat ini boleh berbeza untuk setiap syarikat, tetapi terdapat maklumat standard yang hampir selalu wajib ada. Ini yang biasanya anda akan jumpa dalam setiap surat pengesahan kerja yang dikeluarkan:
| Maklumat | Penerangan |
| Nama penuh pekerja | Nama seperti dalam kad pengenalan |
| No. kad pengenalan | Nombor IC atau pasport |
| Jawatan | Posisi yang sedang atau penang dipegang |
| Status jawatan | Tetap, kontrak, sementara atau sambilan |
| Tempoh perkhidmatan | Tarikh mula bekerja dan tarikh tamat bagi bekas pekerja |
| Gaji pokok | Jumlah gaji asas sebulan |
| Elaun | Elaun tambahan jika berkaitan |
| Pengesahan rasmi | Tandatangan + nama + jawatan pengesah + cop rasmi syarikat |
Nota penting: pastikan semua maklumat ini tepat dan lengkap sebelum digunakan untuk urusan rasmi. Kesilapan sekecil ejaan nama atau angka gaji yang silap boleh menyebabkan permohonan anda ditolak dan anda mungkin terpaksa ulang dari awal.
Bila Anda Perlu Surat Pengesahan Majikan?
Bila-bila masa ada pihak ketiga yang perlu mengesahkan bahawa anda benar-benar bekerja di sesebuah tempat, itulah masanya surat pengesahan majikan diperlukan.
Berikut adalah situasi yang paling kerap memerlukan dokumen ini:
- Kewangan & Pembiayaan
- Permohonan pinjaman peribadi atau kredit yang diminta oleh bank, koperasi, atau institusi kewangan
- Pinjaman perumahan melalui LPPSA, PR1MA, atau bank konvensional
- Pembiayaan kenderaan melalui syarikat pembiayaan
- Perbankan
- Permohonan kad kredit
- Pembukaan akaun bank baharu
- Imigresen & Antarabangsa
- Permohonan visa ke luar negara
- Urusan permit kerja melalui Jabatan Imigresen atau kedutaan asing
- Pendidikan & Urusan Kerajaan
- Permohonan menyambung pengajian ke institusi pendidikan tinggi
- Pendaftaran kursus atau urusan rasmi dengan agensi kerajaan
Macam Mana Nak Mohon Surat Pengesahan Majikan?
Proses memohon surat pengesahan majikan sebenarnya tidak serumit yang disangka, selagi anda tahu langkah yang betul.
Langkah 1: Semak keperluan spesifik pihak peminta
Jangan terus pergi jumpa HR dulu. Hubungi dahulu pihak yang meminta surat seperti bank, jabatan imigresen, atau institusi berkaitan. Tanya mereka:
- Bahasa yang diperlukan seperti Bahasa Malaysia atau Inggeris?
- Maklumat spesifik yang mesti ada dalam surat
- Perlukah cop basah atau cop digital sudah mencukupi?
Langkah 2: Hubungi jabatan HR
Setelah tahu keperluan, barulah hubungi jabatan Sumber Manusia syarikat anda. Hantar emel rasmi atau isi borang permohonan dalaman jika disediakan. Nyatakan dengan jelas:
- Nama penuh dan nombor IC
- Jawatan semasa
- Tujuan surat diperlukan
- Bahasa yang dikehendaki
- Tarikh anda memerlukannya
Langkah 3: Sediakan maklumat tambahan jika diperlukan
Kadangkala pihak HR memerlukan nama institusi yang dituju atau format draf tertentu yang perlu diikuti. Sediakan maklumat ini dengan segera, jangan biarkan permintaan HR itu tergantung tanpa jawapan, kerana ia akan melambatkan keseluruhan proses.
Langkah 4: Semak kandungan surat sebelum menerima
Ini langkah yang paling ramai terlepas. Apabila surat sudah siap, semak semula setiap butiran sebelum anda tandatangan terima:
- Semak ejaan dan nama penuh
- Pastikan nombor IC sama
- Semak jawatan dan status pekerjaan
- Pastikan tarikh mula berkhidmat betul
- Semak jumlah gaji pokok
- Pastikan tandatangan HR dan cop rasmi syarikat ada
Langkah 5: Dapatkan salinan fizikal dan simpan salinan digital
Minta sekurang-kurangnya satu salinan bercetak dengan cop rasmi. Serentak dengan itu, simpan versi PDF sebagai simpanan peribadi. Ini sangat berguna jika anda memerlukan surat yang sama untuk urusan lain pada masa hadapan.
Baca juga: HR Form: Borang dan Surat Untuk Kegunaan Syarikat
Kesimpulannya, surat pengesahan majikan mungkin kelihatan seperti dokumen kecil dalam tetapi peranannya jauh lebih besar daripada saiznya. Proses penyediaan surat pengesahan kerja boleh mengambil masa beberapa hari, bergantung kepada kepadatan kerja jabatan HR anda.
Mohon lebih awal, semak kandungannya dengan teliti, dan simpan salinannya baik-baik.
Kerana bila masanya tiba, anda sudah bersedia.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







