Skip to main content

Sehingga 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dikecualikan daripada cukai di Malaysia. Oleh itu, anda hanya akan dikenakan cukai ke atas pendapatan anda yang diperolehi di Malaysia, sama ada anda seorang pemastautin Malaysia atau bukan pemastautin.

Sebagai seorang pekerja, anda perlu tahu mengenai PCB. Sekiranya anda masih lagi kurang jelas mengenai PCB, artikel ini akan memberi sedikit sebanyak info yang anda patut ambil tahu tentang Potongan Cukai Bulanan dan cara pengiraan PCB dilaksanakan.

1) Apa itu Potongan Cukai Bulanan atau (PCB)?

Potongan Cukai Bulanan atau (PCB) adalah potongan pendapatan yang dikenakan ke atas pekerja untuk bayaran cukai pendapatan tahun semasa. Ini bermakna setiap bulan majikan akan memotong daripada gaji anda jumlah yang diperlukan untuk menjelaskan PCB anda. 

Potongan ini bertujuan untuk meringankan beban mana-mana pekerja yang layak harus membayar sejumlah besar cukai sekaligus sepanjang tahun. PCB ini boleh dianggap sebagai cara untuk membayar cukai tahunan anda terlebih dahulu atau secara ansuran.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa apabila ia berkaitan dengan pembayaran cukai, anda hendaklah sentiasa melengkapkan penyata secara atas talian, e-filing. Dengan cara ini, anda akan dapat kenal pasti sama ada terdapat lebihan bayaran atau bayaran cukai tidak mencukupi dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN.

Adakah anda terus akan dikenakan potongan ini sebaik sahaja anda mula bekerja? Tidak semestinya kerana gaji anda harus melebihi syarat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan jumlah gaji minimum yang layak dikenakan PCB:

  • Individu Bujang = RM2,851 selepas penolakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Individu yang Sudah Berkahwin dan Pasangan Tidak Bekerja = RM3,851 selepas penolakan KWSP

2) Bagaimana Cara Pengiraan Potongan Cukai Bulanan?

Bagaimana pula dengan Potongan Cukai Berjadual? PCB yang dibayar kepada LHDN ditentukan dengan mempertimbangkan beberapa elemen penting seperti berikut :

  1. Status pekerjaan pasangan
  2. Bilangan anak dan tanggungan
  3. Caruman KWSP
  4. Potongan-potongan cukai lain

Pada asasnya, majikan anda akan mengira pendapatan bercukai tahunan anda dengan menolak sebarang pelepasan atau potongan yang anda layak terima daripada jumlah pendapatan tahunan anda. Kemudian, amaun cukai tahunan dikira menggunakan kadar cukai untuk tahun cukai semasa. Seterusnya bahagikan jumlah tersebut dengan 12 untuk mendapatkan kadar bulanan bagi potongan PCB yang harus jelaskan.

  1. Kira pendapatan bercukai tahunan: Jumlah pendapatan tahunan – pelepasan dan potongan cukai layak
  2. Kira cukai tahunan berdasarkan pendapatan bercukai dan kadar cukai semasa
  3. Kira PCB bulanan dengan membahagikan cukai tahunan dengan 12 bulan

Contoh Pengiraan Mengikut Jadual PCB

Amaun Potongan Cukai Bulanan anda ditentukan oleh Jadual PCB. Contohnya, Ali mempunyai gaji bulanan sebanyak RM 6020 dan berstatus bujang. Berdasarkan Jadual Potongan Cukai Bulanan, jumlah PCB yang akan dipotong daripada gaji Ali adalah sebanyak RM 304.45.

3) Cara Majikan Menjelaskan Potongan Cukai Bulanan

Untuk rujukan pihak majikan, semua cek, wang pos, kiriman wang hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Terdapat beberapa cara bayar PCB secara atas talian. Bayaran hendaklah dibuat bersama dengan penyerahan CP39.

e-CP39 merupakan satu kaedah baharu bagi majikan menghantar data Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja dan membayar secara dalam talian. Kegunaan sistem ini khusus untuk majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer.

Penggunaan e-CP39 menjimatkan masa dan memudahkan pengiraan PCB. Berikut adalah manual panduan pengguna dan soalan lazim bagi e-CP39 sebagai panduan penggunaan e-CP39.

Berikut merupakan cara untuk membuat bayaran Potongan Cukai Berjadual untuk rujukan pihak majikan.

1. Kemudahan e-PCB atau e-Data LHDN

Majikan juga boleh menggunakan kemudahan sistem e-PCB atau e-Data PCB untuk tujuan penyerahan CP39. Pembayaran PCB kepada LHDN boleh dilakukan melaui FPX melalui salah satu bank berikut:

  • Bank Islam
  • Maybank
  • RHB Bank
  • AmBank
  • Public Bank
  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank

Sistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:

  1. Menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
  2. Mengira PCB pada setiap bulan
  3. Memastikan PCB yang dikira betul dan tepat
  4. Mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian

2. Kaunter LHDN

Majikan boleh membuat pembayaran PCB di kaunter pembayaran LHDN dalam bentuk cek, wang, pemindahan wang dan draf bank.

3. Kaunter Bank

Bayaran dalam bentuk tunai atau cek bersama dengan borang CP39 dalam format disket di kaunter boleh dibuat di bank berikut:

  • Public Bank
  • CIMB Bank

4. Pos Malaysia

Majikan juga boleh membuat pembayaran secara tunai bersama dengan borang CP39 dalam format disket di kaunter Pos Malaysia.

5. Perbankan Internet

Beberapa bank menawarkan servis pembayaran secara pukal. Segala proses biasanya dijalankan secara di dalam talian. Hubungi bank anda untuk maklumat lanjut.

Pentingkah Untuk Membayar Cukai?

Membayar cukai adalah cara kita menyumbang kepada pendapatan negara. Tambahan dengan itu juga ianya dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Oleh itu, sebaiknya usah mengelak atau lari daripada tanggungjawab untuk membayar cukai. Untuk makluman lanjut berkenaan cukai pendapatan, boleh rujuk di laman web LHDN.

Jika masih ada majikan atau pengurusan syarikat yang masih keliru mengenai cukai dan segala yang berkaitan sumber manusia. Kami menyarankan untuk anda memuat turun aplikasi MySyarikat bagi meningkatkan pengurusan operasi sumber manusia dan sekaligus dapat mengoptimumkan prestasi cara kerja yang lebih baik.

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

2 Comments

Leave a Reply