Dalam dunia pekerjaan, istilah bonus, komisen, dan elaun sering disebut tetapi tidak semua benar-benar memahami perbezaan ketiga-tiganya. Kekeliruan ini boleh menimbulkan isu berkaitan gaji, pengiraan cukai, dan caruman wajib seperti KWSP dan SOCSO.

Secara ringkas, ketiga-tiganya adalah bentuk imbuhan tambahan selain gaji pokok. Namun, ia berbeza dari segi tujuan, cara pembayaran, kekerapan, dan implikasi undang-undang. Dengan memahami perbezaan bonus, komisen, dan elaun, pekerja boleh lebih jelas tentang hak mereka manakala majikan dapat menguruskan dasar syarikat dengan lebih telus.

Apa Itu Bonus?

Bonus ialah bayaran tambahan yang diberikan majikan kepada pekerja sebagai penghargaan atas prestasi atau pencapaian tertentu. Bonus boleh datang dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Bonus prestasi: diberikan apabila pekerja mencapai sasaran kerja.
  • Bonus tahunan: lazimnya dibayar pada hujung tahun.
  • Bonus khas: contohnya sempena perayaan atau penghargaan tertentu.

Di Malaysia, bonus pekerja tidak diwajibkan oleh undang-undang. Pemberiannya bergantung sepenuhnya pada budi bicara majikan serta prestasi kewangan syarikat.

Dari aspek percukaian, bonus dikira sebagai sebahagian daripada pendapatan bercukai dan tertakluk kepada PCB. Oleh itu, pekerja perlu tahu cara kira bonus pekerja yang sebenar untuk elak kekeliruan. 

Dari segi caruman pula, ada bonus yang dimasukkan dalam caruman KWSP dan SOCSO, bergantung kepada struktur gaji syarikat.

Apa Itu Komisen?

Komisen ialah bayaran yang diberikan berdasarkan pencapaian kerja tertentu, khususnya berkaitan jualan atau sasaran prestasi. Ia ditetapkan melalui kontrak, misalnya kadar peratusan daripada jumlah jualan yang berjaya dibuat.

Industri yang sering menggunakan sistem komisen jualan termasuk:

  • Jualan runcit dan pemasaran
  • Ejen hartanah
  • Insurans dan kewangan

Komisen dianggap sebahagian daripada gaji kasar, justeru ia wajib dikenakan caruman KWSP dan SOCSO. Tidak seperti bonus yang bergantung kepada budi bicara majikan, komisen adalah hak pekerja selagi syarat kontrak dipenuhi.

Apa Itu Elaun?

Elaun ialah imbuhan tambahan yang diberikan untuk menampung kos atau keperluan tertentu sepanjang pekerja melaksanakan tugas. Ia berbeza dengan bonus dan komisen kerana elaun lebih berbentuk keperluan kerja.

Jenis-jenis elaun kerja di Malaysia termasuk:

  • Elaun tetap: dibayar konsisten setiap bulan, seperti elaun makan atau elaun perumahan.
  • Elaun tidak tetap: bergantung pada keadaan, seperti elaun perjalanan, minyak, atau telefon.

Elaun biasanya dinyatakan dengan jelas dalam kontrak kerja dan boleh berbentuk tetap atau sekali bayar (one-off). Ada elaun yang dikenakan caruman KWSP, ada juga yang dikecualikan bergantung kepada jenis elaun serta peraturan LHDN tentang cukai elaun pekerja.

Perbezaan Utama Antara Bonus, Komisen, dan Elaun

Berikut ialah jadual ringkas yang merumuskan perbezaan bonus komisen elaun berdasarkan aspek utama dalam struktur gaji di Malaysia:

Aspek BonusKomisenElaun
Bentuk BayaranWang tunai (sekali bayar atau berkala)Peratus daripada jualan atau nilai sasaranTetap atau tidak tetap
Kekerapan Tidak tetapMengikut pencapaian jualan/sasaranTetap bulanan atau sekali bayar
Undang-Undang Tidak wajib, bergantung pada majikanWajib jika dinyatakan dalam kontrak kerjaHak pekerja jika termaktub dalam kontrak
carumanDikira sebagai pendapatan, tertakluk kepada carumanSebahagian gaji kasar, wajib carumanAda elaun dikenakan caruman, ada yang dikecualikan
Contoh Bonus tahunan seperti 1 bulan gajiKomisen jualan kereta 2% setiap unitElaun minyak RM200 sebulan

Baca juga: Imbuhan-Imbuhan Kerja HR dan Majikan Wajib Tahu

Secara keseluruhan, bonus, komisen, dan elaun merupakan tiga bentuk imbuhan tambahan yang mempunyai fungsi berbeza. Dengan memahami perbezaan bonus, komisen, dan elaun, pekerja boleh mengetahui hak sebenar mereka manakala majikan pula dapat mengelakkan salah faham serta menguruskan dasar syarikat secara lebih telus.

Pekerja digalakkan menyemak semula kontrak kerja mereka untuk mengenal pasti imbuhan tambahan yang layak diterima. Majikan pula perlu memastikan dasar pemberian bonus, komisen, dan elaun jelas, selaras dengan struktur gaji di Malaysia, serta mematuhi caruman KWSP, SOCSO, dan cukai yang ditetapkan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of 2 male employee holding company benefits
Faedah Kerja Yang Syarikat Selalu TawarkanFakta HR

Faedah Kerja Yang Syarikat Selalu Tawarkan

Zahin ByondZahin ByondNovember 19, 2025
picture of an employee resigning and a employer wondering
Apa Jadi Kalau Berhenti Kerja Tanpa Notis?Fakta HR

Apa Jadi Kalau Berhenti Kerja Tanpa Notis?

Zahin ByondZahin ByondNovember 17, 2025
picture of a man afraid of see unearned wages
Apa Itu Unearned Wages (Gaji Tidak Layak)?Fakta HR

Apa Itu Unearned Wages (Gaji Tidak Layak)?

Zahin ByondZahin ByondNovember 10, 2025

16 Comments

  • ezee says:

    bagaimana pula majikan menyatakan akan mendapat cuti tambahan untuk sesuatu acara program, tetapi setelah selesai program tersebut, cuti itu tidak diberikan.

    apakah ada undang-undang yang boleh melindungi pekerja?

    • Zahin Byond says:

      Pemberian cuti tambahan oleh majikan selain daripada 11 hari cuti umum yang perlu diambil adalah polisi syarikat semata-mata. Dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan.

  • Rosli says:

    Assalamualaikum,
    Di dalam senarai caruman tidak wajib KWSP, salah 1 bayaran tersenarai tidak perlu caruman ialah ‘GANJARAN’. Apakah makna sebenar ganjaran?

    • Zahin Byond says:

      Ganjaran boleh jadi hadiah atau habuan yang diberikan majikan kepada pekerja. Untuk penerangan lanjut mengenai taksiran KWSP ini adalah dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi KWSP.

  • shima says:

    Bagaimana dgn tuntutan perjalanan ketika bekerja pada hari rehat? adakah ia boleh membatalkan elaun kerja lebih masa pad hari rehat kerana majikan menyediakan elaun mileage, elaun makan dan tempat tinggal?

    • Zahin Byond says:

      Pemberian elaun adalah berdasarkan polisi syarikat. Untuk elaun ini adalah dinasihatkan untuk rujuk semula kepada polisi syarikat dan pegawai HR untuk mendapatkan penerangan lanjut.

      Bagi bayaran kerja lebih masa pula ia hanya boleh diberikan sekirannya majikan meminta pekerja untuk bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan.

  • Simmie says:

    Jikalau company tukar skim komisen company, perlukah company dapat persetujuan pekerja juga? Jikalau seorang dalam anggota semua tidak setuju bolekah majikan tukar juga skim komisen Bahagian sales? Terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Perubahan pemberian komisen adalah berdasarkan prestasi pekerja dan polisi syarikat. Majikan tidak boleh tidak bayar komisen jika dalam kontrak kerja sudah menyatakan pemberian komisen sebagai sebahagian daripada pendapatan.

  • Intan Bahar says:

    Bagi bayaran tambahan daripada absence lottery draw, di bawah kategori apa ya ?

  • Ili says:

    Tuan, boleh kah majikan membayar gaji berserta bonus tahunan/kpi ? Dah dengan jumlah gaji + bonus, pcb dipotong berdasarkan jumlah tersebut?

  • Pian spx says:

    Saya bekerja dgn kurier servis…Dan Kami dibayar basic beserta dgn komisen BG setiap barang yg Di pickup..pertanyaan saya adakah layak bagi Kami dibayar ot selepas waktu bekerja wajib seharian

  • nurazalina says:

    bagaimana menghadapi syarikat yg segala elaun hanya guna ckp mulut sahaja?contohnya tahun ni ada elaun kedatangan.tahun depan tiada.tanpa beritahu pekerja

Leave a Reply