Dalam era digitalisasi, bahagian sumber manusia syarikat perlu adaptasi dengan keperluan dan kehendak semasa iaitu dengan menggunakan sistem automasi dalam pengurusan. Antara sistem pengurusan yang diperlukan bahagian sumber manusia adalah HR software.
Terdapat banyak jenis HR software di dalam pasaran seperti Human Capital Management (HCM), Human Resurce Information System (HRIS) dan Human Resource Management System (HRMS). Namun, artikel ini akan memfokuskan kepada sistem automasi HRMS sebagai HR software.
Apa Itu HRMS?
Human Resource Management System (HRMS) atau Sistem Pengurusan Sumber Manusia merupakan sebahagian daripada HR software, iaitu satu peralatan pengurusan yang diwujudkan khas untuk membantu tugasan bahagian sumber manusia.
Pada dasarnya HRMS diwujudkan bagi membantu bahagian sumber manusia menguruskan data-data pekerja namun seiring dengan peredaran zaman ia dinaik tarat untuk menyelesaikan lebih banyak tugasan yang lebih rumit.
Dengan berteraskan automasi, HRMS menwarkan pelbagai fungsi yang diperlukan bahagian sumber manusia termasuk:
- Pengurusan Penggajian
HRMS dapat automasikan pengiraan gaji pekerja termasuk bonus, cukai, potongan-potongan wajib serta komisen.
- Menyimpan Rekod Pekerja
HRMS dapat menyimpan rekod-rekod pekerja seperti maklumat pekerjaan, makluamt gaji, maklumat kehadiran termasuk maklumat kesihatan dalam storan pengawanan (cloud storage).
- Pengambil Pekerja dan Onboarding
HRMS dapat membantu proses pengambilan pekerja sehingga onboarding dengan menyimpan permohonan pekerja, mencipta iklan kerja dan menguruskan senarai calon pekerja yang membuat permohonan.
- Menganalisis Prestasi
HRMS dapat menyimpan, merekod dan menganalisis prestasi pekerja serta pasukan dalam syarikat untuk memudahkan proses pemberian maklum balas.
- Pengurusan Dokumen
HRMS menawarkan cloud storage sebagai sebahagian daripada penawaran untuk memudahkan bahagian sumber manusia menyimpan dan mengakses semula data dengan mudah tanpa memerlukan ruang fizikal.
- Pengurusan Kehadiran
HRMS dapat digunakan untuk membantu bahagian sumber manusia menguruskan kehadiran pekerja dan seterusnya mengautomasikan terus untuk pengiraan gaji, mengurangkan tugasan manual yang memakan masa.
Cara Menggunakan HR Software HRMS
Tentunya terdapat banyak jenis HR software yang ada di dalam tetapi dalam artikel ini akan memfokuskan kepada cara menggunakan sistem HRMS MySyarikat yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna di Malaysia.
- Biasakan Diri Dengan HR Software dan HRMS
Langkah pertama sebelum memilih untuk menggunakan HR software adalah membuat kajian (research) dan membiasakan diri dengan perbezaan sistem HRMS, HRIS dan HCM. Cara paling mudah adalah dengan melayari laman rasmi seperti MySyarikat.com.
- Book Sesi Demo Untuk Demonstrasi
Selepas membuat research dan memilih HR software yang dimahukan, sertai sesi demo yang ditawarkan sistem tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan cara menggunakannya. Sebagai makluman sesi demo MySyarikat adalah percuma.
- Muat Turun Software dan Aplikasi
Sebaik menyertai sesi demo bahagian sumber manusia atau majikan boleh muat turun sistem dan aplikasi HR software tersebut untuk digunakan. Untuk aplikasi MySyarikat ia boleh dimuat turun dari AppStore, Google Play dan Huawei App Gallery secara percuma.
- Sertai Latihan dan Ajar Pekerja Gunakan Sistem
Menariknya tentang HR software adalah ia menawarkan sistem yang mudah untuk digunakan oleh semua dari bahagian sumber manusia, majikan dan pekerja. Namun, ia masih memerlukan latihan mudah untuk membiasakan diri menggunakannya.
- Guna Sistem HRMS Dalam Semua Tugasan
Langkah terakhir dalam menggunakan HR software adalah menggunakan sistem HRMS dalam semua tugasan harian. Apabila sudah diintegrasikan dalam segala tugasan maka kerja seharian akan menjadi lebih mudah.
Berita baik kepada anda yang sedang mencari sistem HRMS mudah digunakan dan boleh bantu tingkatkan efisiensi kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.
Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!